Tuesday, April 01, 2008

CERITERA KEHIDUPAN

31st MARCH 2008 – ANUGERAH BINTANG POPULAR 2007

Pengalaman. Aku tak pernah ada plan dan terfikir nak pegi event cam gini, every year aku njoy tengok dari TV je kat umah, beli kopok…goreng nugget…sambil tengok TV sambil makan. Tapi kali ni ada pengalaman berbeza yang nak aku ceritakan.

Few weeks ago aku suarakan kat Fir nak tengok event live Anugerah Bintang Popular kat Genting tapi tak tahu cam ner nak dapatkan tiket. Masa tu kitaorang plan nak pegi reramai la, kengkawan dancers KL pun nak turun. Dalam kesibukan keja aku lupa perancangan kitaorang sampai la sebelum gi Medan ari tu aku dapat peluang untuk dapatkan tiket, itupun Fir yang tolong amekkan. Masa kat Medan Fir SMS katanya dah dapat tiket, masa tu hepi giler coz aku nak saksikan artis yang aku minat perform LIVE.

Alhamdulillah, finally aku sampai gak kat Kota Keriangan tu tapi yang sedihnya hanya aku ngan Fallah, Shahril ada exam ari Isnin tak dapat ikut, Fir ngan kengkawan le nada show last minit kat KL, hmm dua orang jer la jadinya tapi tak per lah aku nak njoy the show jer.

KItaorang dapat seat tengah dan depan gak ler, best tu! Tepi aku ada geng akak akak misi, sempat borak-borak gitu masa kat pintu masuk, tak sangka plak dapat tempat sebelah-sebelah. Yang aku ingat masa beratur nak masuk tu aku nyanyi lagu Seribu Tahun tapi slow jer, akak tu dengar pastu bagitau kat kawan dia, pastu dorang ketawakan aku, selumer je aku cakap ‘saya nyanyi ikhlas, tak yah bayar’ hehehe lagi la dorang ketawa.

Seat kitaorang dekat gak ngan tangga red carpet so aku dapat tengok la semua artis yang masuk. Hmm pengalaman baru, masa Nabil Raja Lawak masuk, dia diberikan tepukan ngan sorakan yang kuat gak, terdetik di hati aku tentang nasib seseorang tak sama, dari seorang dispatch skarang dia punya tempatnya sendiri dalam bidang seni. Semua artis masuk melalui pintu yang sama so dapat la tengok dorang secara dekat tapi yang paling aku teruja dapat tengok Siti Nurhaliza, Erra ngan Anuar depan mata, ya la ramai lagi artis len tapi 3 owang artis ni yang paling aku nak tengok pun.

Sememangnya menyaksikan acara seperti ini di TV dan LIVE memberikan pengalaman dan gambaran yang berbeza, jauh berbeza. Bila tengok LIVE ni banyak sangat perkara yang tak dapat kita saksikan di TV. Hmm nak diceritakan pun banyak, kalo korang ada kesempatan di masa depan, gunakan peluang ni, lebih enjoy dan penuh dengan gelak tawa dan debaran pun ada gak. Kak Engku ngan Kak Ogy plak gediks sangat, tak kering gusi tengok telatah dorang. Masa Meet Uncle Hussin perform ada masalah wiring guitar tapi mungkin korang kat umah tak perasan. Lagi satu Kak Ogy ada naik angin kat back stage dan masa tu mic dia still on, tak gamat jadinya? Masa iklan crew la yang paling sibuk giler dengan stage, masa tu gak artis yang nak perform kuar standby, peminat pun hysteria ler. Kelibat artis jalan sana sini gi toilet n back stage boleh dilihat masa iklan.

Malam tu aku puas merasai getaran suara Siti Nurhaliza, Anuar Zain, Bob, Atilia, Liza Hanim ngan Ning Baizura, sememangnya vast sangat sangat, lain rasanya bila dengar live ni berbanding kat TV, aku wish pasni aku akan dapat peluang tengok acara live cam gini, sebelum ini aku kureng skit dengan acara cam gini untuk tengok live coz malas berasak asak tapi aku dah mulai suka la plak. Yang menarik gak persembahan Jalaludin Hassan, siapa sangka tapi telah terbukti kelunakan suara jantannya.

Satu pengalaman baru telah tercipta di Genting Highlands. InsyaAllah semua ini akan tercatat dalam memori kenangan hidup aku, antara kenangan yang terindah.


27th MARCH 2008 – AYAT AYAT CINTA

Dalam ruang yang penuh sibuk aku sempat menonton AYAT AYAT CINTA yang aku beli kat Medan tempohari, itupun dengan pertolongan tour guide aku coz kat sana masa pack sangat tak sempat nak gi carik movie. Aku pesan je kat Mas Wira tu supaya belikan aku movie terbaru kat sana. Malam nak balik Penang tu dia antar kat bilik aku, hmm finally aku tengok gak movie AYAT-AYAT CINTA ngan JAKARTA UNDERCOVER, dua dua best tapi aku lebih suka dengan movie AYAT AYAT CINTA, hmm erti sebuah pengorbanan. Selain tu aku suka gak ngan lagu tema movie ni yang di nyanyikan oleh Rossa.

Aku tak tahu bila movie ni akan masuk Malaysia (masuk ke tidak ntahlah) tapi aku rasa movie ni bagus sangat, tentang banyak perkara dalam kehidupan, tentang perasaan, tentang ketabahan, pengorbanan, hmm terlalu banyak untuk diperkatakan. Aku tak tahu macam mana nak bercerita di sini tapi aku harap korang yang membaca blog aku ini akan dapat menonton movie ni, InsyaAllah. Kalo nak wat copy movie, karang jadi kesalahan la plak tapi Meero awal lagi dah mintak nak tengok movie ni (karang Zac kasi ler!)

Hayati lirik lagu Ayat-Ayat Cinta ini, dan ianya lebih terasa kesannya andaikata korang dapat peluang menyaksikan movie ini.


Desir di pandang tandus
Segersang pemikiran hati
Terkisah di anatara
Cinta yang rumit

Bila keyakinan datang
Kasih bukan sekadar cinta
Pengorbanan cinta yang agung
Ku pertaruhkan

Maafkan bila ku tak sempurna
Cinta ini tak mungkin ku cegah
Ayat ayat cinta bercerita
Cintaku padamu

Bila bahagia mulai menyentuh
Seakan ku bisa hidup lebih lama
Namun harus ku tinggalkan cinta
Ketikaku bersujud


25th MARCH 2008 – MEDAN..sebuah lagi catatan kenangan


21st – 25th March – aku di Medan, Indonesia lagi. Hmm kali ini kunjungan di dalam kumpulan yang agak besar, bersama para Artis Budaya menjayakan misi persembahan kebudayaan mewakili Pulau Pinang sempena Pekan Raya Sumatera Utara 2008. Aku ke Medan sehari sebelum dorang pegi, iaitu pada 21st March coz tiket pada 22nd March dah abis, aku amek flight terakhir kol 5.30 petang, sampai je sana terus carik hotel coz esoknya baru check in Hotel Asean International. Sabar je la, hotel semur dah penuh, dah la hujan agak lebat, last skali aku dapat hotel apa ntah, aku tak ingat, harganya Rp80,000 hmm tak sampai RM30 pun. Ok la gak tapi guna kipas, buka je bilik terus berbau. Hmm tension rasanya. Tapi aku pikir semata nak tido jer, ok la. Aku check in pastu kuar gi supermarket situ beli air refreshner ngan ubat nyamuk, aku sembur setengah botol, puas ati aku.

Esoknya awal lagi aku kuar sarapan, aku kuar jejalan sampai tengahri terus aku amek becak mesin gi Hotel Asean, sib baik jap je nunggu rombongan Kerajaan Negeri sampai. Lega. Hmm check in jer terus masuk bilik, lega sangat sangat, jauh lebih nyaman! Huhuhu….

Petang tu aku kuar ngan Helmi, one of the dancer, gi carik kerincing ngan kompang. Kali pertama dia naik becak tu muka jadi biru dah hehe ya la dorang tak ikut peraturan, dah la jalan sesak, nafas dia lagi sesak jadinya hehehe aku gelak je. Dulu aku pun cam tu gak masa memula. Sampai hotel siap terus kena gi latihan kat stage.

AKu tengok stage punya besar cam Konsert Sure Heboh, 2 malam berikutnya aku akan bertugas sebagai Pengacara Persembahan. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Aku hepi keja ngan team ni, semua berdisiplin. Senang keja cuma ada la sorang dua yang mungkin masih baru dalam bidang ni, nampak cam tak berapa tahu. Tapi semua tu boleh diatasi, bukankah pengalaman itu mendewasakan?

Dalam tempoh dua hari tu waktu siangnya aku banyak isi dengan jalan sesorang je pegi shopping mall, malas aku pegi ramai-ramai. Banyak gak la yang aku borong kali ini, untuk kegunaan produksi aku. Tapi adakalanya aku jadik bosan gak coz dah banyak kali ke sini. Kunjungan kali ni rasa best gak coz Abang Ozet, Abang Rahmat, Abang Andy ada datang. Malam last Abang Andy datang bawak aku kuar makan, kesempatan tu aku jumpa kembali ngan Arie ngan Chandra. Malam tu aku kenal ngan kawan baru, nama Azmi gak. Best lepak ngan dorang, semua sporting n happening giler. Pastu kitaorang kuar ronda naik moto sepanjang malam. Ishk sesekali cam gini rasa best sangat, lupa jap segala tekanan perasaan yang ada.

Banyak pengalaman yang aku dapat sepanjang 5 hari di sini. Bekerja dengan team yang baru, berkenalan dengan dancers baru, dapat kawan baru dan yang lebih penting ada job yang sedang menunggu aku dalam tahun ni, hasil dari trip keja ni, Alhamdulillah.

Seperkara lagi masa di sana gak aku sempat dapatkan 2 koleksi lagu-lagu popular sana tapi sampai skarang aku belum sempat dengar lagi. Aku ada beli gak movie latest sana iaitu BUTTERFLY, AYAT-AYAT CINTA ngan JAKARTA UNDERCOVER. Hmm nanti la ada masa aku wat review, InsyaAllah.

p/s: Kota Medan yang penuh dengan kenangan ….


18th MARCH 2008 – DIA BERCERITA

Bukan sahaja hari ini tapi pada hari-hari sebelumnya dia acapkali menghubungi aku, bercerita dan terus bercerita tentang kekesalan yang wujud di dalam hatinya sejak meninggalkan aku dahulu tapi apakan daya aku untuk berkata apa apa, dia sudah memiliki sebuah keluarga yang pada aku sudah membuatkan dia sempurna tapi nyata itu tidak berlaku.

Tadi aku terima SMS darinya, satu sms yang mengharapkan bantuan tapi jujurnya aku tidak dapat menuruti apa yang dipohon. Sedih juga dalam hati bilamana tak dapat membantu seorang insan yang pernah bertakhta di dalam hati, ntahlah. Sudah itu yang dipilihnya dahulu, baru sekarang menyesali, tak ada apa yang mampu di lakukan lagi. Kekadang bila berhadapan dengan situasi yang sebegini aku jadi bingung juga walaupun dalam hati aku tidak mahu dikaitkan apa apa lagi namun sudah lumrah manusia, sayang itu tidak terbatas walaupun ianya telah menjadi sejarah.

Hari ini banyak perkara yang mahu aku fikirkan, aku cuba buang jauh masalah masalah tepi yang datang agar aku dapat meneruskan apa yang aku inginkan.

Untuk awak, maafkan saya kerana tak dapat membantu menyelesaikan segala kekusutan yang melanda diri awak, maafkan saya.

p/s: antara coretan sebuah kisah hari ini ….


17th MARCH 2008 – HARUS KU TERUSKAN

Kanan dan kiri suramnya terasa
Cuba fahami apa yang terjadi

Kanan dan kiri suramnya terasa
Cuba fahami apa yang terjadi
Tidak tertanggung beban di alami
Mengapa terjadi sebegini

Tiada guna bertanya semua yang terjadi
Janjiku kepada diri hidup harus aku teruskan

Tuhan berikan sinar harapan
Hembuskan suatu kekuatan
Ku mohon jauhkan dari kegelapan ini
Agar bisa aku teruskan

Walaupun lelah untuk menghadapi
Mengalah bukan jawapan yang ada
Walaupun berat segala di dada
Ku pasti mengharungi ke akhirnya

Tiada guna bertanya semua yang terjadi
Janjiku kepada diri hidup aku teruskan

Tuhan berikan sinar harapan
Hembuskan suatu kekuatan
Ku hanya insan yang kerdil di dunia ini
Tunjukkan ku jalan hadapan

Genggami tangan ini oh teman
Di saat aku memerlukan
Dan bila waktu melangkah pergi
Berikanlah daku cahaya tabahkan jiwaku oh Tuhan

HARUS KU TERUSKAN merupakan salah satu dari lagu dalam album Aliff Aziz yang aku suka. Sebenarnya aku suka lagu lagu yang banyak motivation, yang banyak bagi semangat. Sesekali kalo ada problem, bila dengar lagu yang mcm ni, fikiran jadi rilex n cool jer.

Masa kat Singapore dulu aku dengar tentang Aliff Aziz dah, tak rugi la kalo aku minat ngan sora young singer ni, memang best pun. Banyak lagi lagu dalam album dia yang aku suka gak tapi lagu ni la yang paling aku suka. Cool.


16th MARCH – DARI DALAM HATI

Saat ini aku sedang berfikir, jauh. Ada satu keputusan hidup yang mahu aku lakukan, jujur dari dalam hati. Aku fikirkan tentang keluarga, kerjaya dan peribadi aku. Sebenarnya Allah itu menetapkan sesuatu adalah untuk kebaikan aku tapi aku rasa aku telah terlepas pandang. Seakan hanyut bagaikan tak sedar.


15th MARCH – SECEBIS RASA


Anak punai anak merbah,
Hinggap di tunggak mencari sarang,
Anak sungai lagikan berubah,
Inikan pula hati orang.

Aku suka sangat dengan pantun yang diucapkan Imran Ajmain di dalam albumnya. Ok la jugak keseluruhan lagu-lagu dalam album tu, yang penting aku njoy dengar lagu-lagunya. Dah lama aku tak dengar pantun, sesekali terbuai gak rasa dalam hati dengan patah pantun yang aku dengar tu. Tenteram jiwa tambahan pula ada makna yang boleh dihayati. Berbicara tentang hati, aku seakan tak ada noktah. Letih pun ada gak mengenangkan soal hati ni. Berubah hati mungkin lumrah manusia tapi bagi aku hati tak mudah berubah sekiranya tiada penyebab. Manusia memang mudah berubah hati, dan aku mungkin juga di dalam kelompok yang sama. Namun jauh di sudut hati ini juga, masih tersimpan satu kenangan yang tak mungkin aku lupakan, saat di manja dan di belai umpama hanya aku sahaja nyawanya. Kini, biarpun ianya berlalu menjadi satu kenangan, ianya tetap ada di dalam hati aku. Biarpun aku terima nyatanya dia telah berpunya, aku yakini diri aku juga masih di dalam hatinya. Ntahlah, mungkin hanya dia yang tahu apa yang aku maksudkan. Sesekali SMS darinya membuai rasa. Tak mampu aku katakan apa apa, biarlah hanya hati ini yang bersuara.

p/s : hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu sentiasa menjadi kenangan

0 Comments:

Post a Comment

<< Home