SEHARI LAGI DI HARI AHAD

Ahad. Seharian aku sibuk di butik pengantin. Awal lagi aku ngan Fir ke Sungai Ara untuk tolong angkat perabot naik lori, berat sangat sangat semua perabot tu. Fir plak tak abis dok wat lawak. Dari Sg Ara terus ke Batu Ferringhi, kitaorang sampai dulu. Tak lama pas tu lori sampai, dah keja ngusung ke tingkat 1 plak, sabar je la. Penat btol ari ini. Dah abis keja, umah kat Batu Ferringhi tak ada air la plak so terus je ke Teluk Bahang, sampai umah ada orang dok ngurut plak, kawan mak. So aku, Fir ngan Shahril decide pegi lepak kat jeti Teluk Bahang (aku attached gambo yang sempat aku snap), best gak jalan ke tengah laut tengok orang mancing, dah lama aku tak ke laut. Dulu pas skolah masa sekolah rendah aku selalu ke laut, main selut. Hmm kenangan btol. Cantik dah area sini coz banyak yang dibangunkan untuk pojek Taman Negara. Hmm ramai la plak couple lepak sini, mcm sweet je aku nengok. Sabo je la.
Ada skit cerita yang aku nak kongsi, sebuah cerita yang penuh emosi antara aku ngan dia. Berbual secara terbuka segala kenangan dan mengakui segala kelemahan satu ketika dulu. Skarang dia sudah punya jalan idupnya yang barangkali menarik, mungkin yang menuruti kemahuannya. Dan aku sekadar mendoakan segala yang terbaik untuknya kerana diri ini pernah menyayangi dia, tidak lama dulu.
Andai ada di hatimu,
Ruang cinta itu,
Kan ku simpan anugerah,
Ke akhir hayatku.
0 Comments:
Post a Comment
<< Home