Wednesday, May 07, 2008

ADA SATU CERITA .....

Fikiran rungsing teramat sangat. Tapi biarlah, kata kata mengeji aku untuk pertama kali dalam idup, terlalu menyesakkan dada. Aku aminkan saja. Biarlah. Aku cuba untuk menjelaskan kebenaran namun tiada ruang lalu aku biar angin yang membawa segala cerita duka itu (kemahiran aku bercerita di blog ni pun jadi bahan serangan katanya aku ni pendita bijak berkata-kata, tak apalah, hanya Allah yang tahu)

Aku tinggalkan segala cerita dusta itu, aku nak kongsi sumthing kat sini, sesuatu yang lebih bermakna dalam kehidupan yang boleh kita jadikan tatapan.

Masa aku di bangku sekolah menengah, keluarga aku dengan satu keluarga ni baik sangat sangat, makcik dan pakcik tu selalu datang umah. Dorang ni terlalu baik, tak tahu nak cakap mcm mana. Dorang ada 3 anak laki. Antara 3 anak laki dorang aku baik ngan anak yang ketiga namanya Amin (bukan nama sebenar). Orangnya tinggi, rambut lurus, kira dalam kategori ensem la. Disebabkan perjalanan masa dan kesibukan, aku ngan dia jadik lost contact skit apatah lagi selepas kematian mak dia. So dia tak baik sangat ngan ayah dia. Bila lama tak jumpa, akhirnya satu hari tu aku terjumpa kat Pesta Penang. Berdiri depan aku seorang ‘gadis jelita’ datang memeluk manja. Tergamam aku seketika, rupanya dia ialah anak lelaki tadi yang namanya Amin. Hmm berubah jauh, hinggakan aku bingung memikir apa sebenarnya yang telah terjadi. Hari demi hari aku sering terserempak dengannya yang bersolek tebal dan berpakaian wanita. Aku kongsi cerita ini dengan mak. Mengucap panjang mak aku.

Hari berlalu, pakcik tu meninggal. Aku pun lama tak jumpa dengan Amin dah sampai la petang tadi. Aku diberitahu Amin telah kembali menjadi seorang lelaki. Aku bagai tak percaya. Berita gembira ini aku sampaikan pada emak. Hmm mak pun selalu tanyakan Amin yang dah lama tak datang menjenguk umah. Aku SMS kat Amin bertanyakan tentang berita yang aku dengar. Alhamdulillah, dia mengakuinya. Katanya, Allah menciptakan dia sebagai lelaki dan kini dia menjadi dirinya sendiri. Meremang bulu roma aku, sesungguhnya aku bersyukur. Aku pasti mak akan hepi kalo jumpa dia nanti. Manakan tidak, anak angkatnya yang dulunya seorang lelaki macho bertukar kepada gadis sunti dan kini kembali macho (aduh, mcm mana la semua ni jadik?)

Aku belum ada kesempatan jumpa Amin tapi aku tak sabar nak jumpa dia. Aku mahu ucapkan tahniah dan mahu mendoakan agar dia terus kuat menghadapi dugaan hidup ini. Walaupun hari ini terlalu banyak masalah yang merunsingkan fikiran aku, seketika tadi tiba-tiba dada aku jadi lapang dengan berita gembira itu.

Alhamdulillah

0 Comments:

Post a Comment

<< Home