Saturday, May 10, 2008

9th MAY – AKU HARUS MEMILIH

Mengapa aku perlu dalam keadaan tertekan menghadapi masalah sedangkan aku boleh memilih untuk berada dalam ketenangan dan membiarkan segala masalah yang ada bagai angin yang menyapa? Itu yang hadir dalam fikiran aku sekarang ini.

Bukannya aku tidak berusaha, bukannya aku tidak membuang segala ego, bukannya aku tidak memohon maaf, bukannya aku mendiamkan diri, segalanya telah aku lakukan malahan lebih dari yang sepatutnya.

Hari ini aku tak mahu lagi dalam keadaan sugul, berpijak di bumi tapi fikiran entah ke mana melayang. Sudah-sudahlah. Untuk yang mencari pasal dengan aku, semoga suksess dalam hidup. Satu hari bilamana fikiran telah berfungsi dengan sempurna, jangan pernah menyesal dengan apa yang jadi dan waktu itu jangan terus menyalahkan aku kerana terlalu banyak salah aku yang diletakkan ke bahu dan aku menerima seadaanya walaupun berat tak tertanggung.

SMS semalam adalah pemutus segalanya. SMS yang aku tak dapat terima dek akal. SMS yang aku baca banyak kali samada ini datangnya dari orang yang berfikiran waras ataupun tidak. SMS terakhir meminta aku supaya tidak mengambil tahu akan dia lagi. Baikhlah, mulai hari ini aku sudah noktahkan sebagaimana yang di minta, cukup. Jangan lagi mencabar kesabaran hati ini kerana aku sudah tenang di dalam liga aku sendiri.

Sebentar tadi, sebelum bersolat Jumaat, aku bersua dengan teman lama yang berbicara tentang Solat Tahajjud, banyak juga yang diceritakan pada aku seolah tahu apa yang sedang aku lalui dan juga hikmah di balik solat itu. Aku percaya ada hikmah di sebalik yang terjadi, ada usaha yang mahu aku lakukan untuk menenangkan diri dan aku percaya semua yang terjadi ini punya sebabnya sendiri dan aku juga percaya aku sedang menuju apa yang aku cari.

Semoga dengan izin Allah, ketenangan ini menjadi milik aku.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home