Wednesday, May 21, 2008

16th – 20th MAY 2008 : SEBUAH PERKENALAN, SERIBU KENANGAN, CERITERA PENGALAMAN KEHIDUPAN

Sekali lagi, aku akan ke Medan namun kunjungan kali ini sedikit berbeza kerana menemani Daniel, kawan Syafiq yang mahu ke sana untuk membeli-belah, katanya…..

Daniel belum pernah ke Medan, aku diajak jadi peneman coz dia ada bisnes yang berkaitan perkahwinan gak so dia nak la survey material kat sana so kebetulan aku ikut saja. Tapi pas bagi persetujuan nak ke Medan, ada plak show yang masuk, a very big show pada 21hb sedangkan aku balik Penang 20hb, dah jadi tabiat aku nak uruskan semua so terpaksa la aku mintak tolong Bob ngan Fallah arranged semuanya. 21hb tu jugak ada raptai penuh untuk Penang Food & Cultural Promotion di KL nanti pastu 22hb ada meeting Festival Tari Kebangsaan peringkat Negeri Pulau Pinang, semuanya serentak. 25hb aku bertolak ke KL untuk emcee the event. Fuh…..belum pergi Medan tapi semua penat tu aku dah rasa skarang.


16th May : Menantikan masa untuk boarding, aku jumpa dengan Bob yang kebetulan nak ke Medan ngan Padang, lama tak berbual ngan dia kerana masing-masing punya arah so aku gunakan kesempatan yang ada untuk berbual. Pastu aku gi kat seat Daniel tapi dia tengah berbual ngan sorang ‘bro’ neh, aku join sama. Rupanya bro ni nama dia Siva, seorang guru yang telah bersara dan hobinya skarang ialah melancong seorang diri, mcm best je aku dongar tapi why alone huh? Hmm ntahlah, mayb dia hepi cam tu. Ini adalah pengalaman pertama dia nak ke Medan sama cam Daniel gak la so dia plan nak ikut kitaorang jer coz aku dah tau sket-sket jalan kat sana, no hal nyer! Dalam flight kitaorang duduk skali, banyak gak la yang diborakkan. Cuaca on the way to Medan agak kurang baik, flight cam tunggang langgang gak la.

Sampai kat airport aku nampak Abang Andy ngan Abang Ozet, dorang tunggu Bob sedangkan aku datang tanpa bagitau dorang, saja je nak bagi surprise tapi tak jadi. Bising je dorang bila nampak aku dah tu sempat plak sentap hmmm ntah ler. Aku, Daniel ngan Bro Siva (Daniel panggil Uncle, pakcik angkat katanya hehehhe…) terus amek taxi ke Ibunda Hotel, Bro Siva ni tak ada hotel so aku bawak ke Sri Deli jer la (but esoknya dia cakap hotel tu truk sangat hehehe sabo jer la skadar nak tido je kan)

Sampai bilik 211 (bilik bulan madu untuk orang tu huhuhuhu) aku ngan Daniel (tanpa mandi) dah start pot pet citer memasing, ye la kan untuk 4 hari berikutnya kitaorang nak ‘berduet’ ke hulu hilir so kena la kenal memasing dulu, kiranya cam orientasi la kan.

Malam tu kitaorang kuar makan ngan Bro Siva skali la kat gerai tepi jalan sebelah hotel. Aku skadar minum ngan rasa 3 cucuk Sate Padang yang Daniel order. Balik bilik sambung ngomel lagik huhuhu banyaknyyyyyaaaaaaa cccciiiitttteeeerrrrr idup! Sesuatuh sangat yang mencuri rasa, tak sangka sangat dalam dunia yang serba itu ini, masih ada manusia yang tabah menjalani ujian perasaan yang terlalu mencabar. Kalo aku, ntah dapat bertahan ke idak! Malam tu banyak sangat-sangat yang aku kongsi ngan Daniel, dia pun sama gak….walaupun baru kenal tapi kitaorang cam ada keserasian untuk saling bertukar cerita. Berlabuh sudah cerita semalam…..

17th May : Awal lagi kitaorang dah bangun, siap n terus gi sarapan. Jumpa Bro Siva kat bawah so sarapan skali ler. Pastu aku bawak dorang pegi Yuki Plaza coz memasing nak bali Sim Card Indon (Simpati). So pastu memasing start SMS ngan KOL orang tersayang le tuh! Pastu aku ngan Daniel tolong arranged kan untuk Bro Siva ni nak ke Danau Toba, lama gak la kitaorang tolong dia wat plan. Finally dah tengahari baru la dapat ke Pajak Ikan, sabo yer Incik Daniel.

Kat Pajak Ikan Daniel tak beli apa pun, skadar dari satu kedai ke satu kedai lain, dah ler keadaan sesak giler di tambah plak dengan harga kain yang agak mahal so kitaorang terus ke Medan Mall. Kat sana banyak gak yang Daniel soping, mostly kain renda untuk butik pengantinnya, selain tu dia soping untuk keluarga yang tersayang katanyaaaaaa……sehari suntuk la jugak lepak kat situ, pendek kata dah kuar peluh pun kering di badan.

Ari ni gak aku blajar tentang cerita getah! Hmm malas plak aku nak cerita kat sini tapi yang aku ingat Daniel citer kat dalam lif masa berhimpit ngan ramai orang dan aku kena cover gelak! Tengkiu ha for the cerita tentang getah tu! Balik bilik aku tetido kecapetan, Daniel aku tak tau la dia watper huhuhuhu….

Pas Maghrib kitaorang sambung bercerita lagi tentang pengalaman kehidupan masing-masing. Tentang harga diri, pengorbanan, kesedihan, kegembiraan, segalanya yang tersimpan di dalam hati selaman ini, aku puas dengan apa yang aku suarakan dan apa yang aku dengar dari mulut orang yang menempuh semua ini, sekurangnya ada perkara yang boleh aku pelajari dari pengalaman insan lain. Sedih, terharu, kesal semuanya datang bercampur baur, entah kenapa wujud manusia berhati sebegitu, berdiri penuh bahagia sedangkan ada insan yang menderita hatinya biarpun tidak nampak di mata. Sesuatu yang aku suarakan, hari ini mungkin kita tidak merasa sebarang rasa kesal atau sesal sebaliknya kita katakan ini jalan dan takdir kehidupan untuk kita tapi jika esok dugaan yang lebih hebat datang kepada kita, hadapilah seadanya (mungkin kita tak mampu tersenyum seperti dia) masa itu barulah kita tahu dan untuk melarikan diri dari segala permasalahan ujian itu, maaf! Hari ini mungkin hari dia dan siapa tahu esok jadi milik kita, andai kegembiraan datangnya dari air mata, entah apa gunanya!

Aku yang mendengar pengalaman hidup Daniel jadi seram sejuk tak ketahuan, meronta-ronta persoalan dalam diri aku ni ha, kenapa dia terlalu baik dan kuat untuk menempuh segala cerita palsu ini? Betulkah itu manusia? Masih adakah lagi insan seperti dia dalam dunia ini? Hmm sedangkan aku ni selalu di katakan Fazi sebagai insan tabah tapi kalo aku dalam situasi Daniel, dah lama aku mengalah. Mungkin dia punya kekuatan yang sudah lama bersarang dalam hatinya tapi aku bukan dia, cukup skadar mendengar (tapi masalahnya, aku plak yang jadik penat….huhuhuhu)

Tapi jauh di sudut hati aku ni memang respect giler dengan Daniel coz dalam usia sebegini (dia tua dari aku huhuhuhu) dia sudah memiliki segala-galanya kecuali isteri dan keluarga (huhuhu sedap je cakap mcm ni kan), memang hepi la bila tahu dia punya kerjaya hebat, rumah sendiri, ada side business saloon n butik pengantin, keta yang nak abis bayar dah tahun depan kan, apalagik ek…keluhuran budi (eh make sure belanja chicken chop kat Lunas tau!)

Aku sering melihat diri aku sebagai insan kecewa, melalui terlalu banyak halangan kehidupan, pengorbanan yang ntah apa apa tapi setelah apa yang aku dengar dari Daniel,bagi aku ujian untuk aku tu cam sampah jer! Ada sesuatu yang aku kongsi dengan Daniel hari ini, tentang memberi peluang kepada diri sendiri, menyayangi dan menjadikan diri ini penuh dengan kekayaan hehehehe bestnyer jadik kaya! Dan malam itu Daniel hilang, balik ntah kol brapa (ketika aku juga hanyut bermimpi indah)

18th May : Seharian dengan jadual soping lagi, ari ni kitaorang pegi Medan Mall, Carrefour ngan Sun Plaza, penat siot memanjat becak mesin (sian yang bawak becak tu coz kena bawak dua lelaki yang memiliki saiz punggung yang luar biasa huhuhu). Daniel soping lagik. Kitaorang makan kat satu café ni nama apa ntah, sodap gak aiskrim. Lama aku tak makan aiskrim hmm abis la diet aku sepanjang kat sini asik makan je kejanya.

Malam tu kitaorang kuar makan kat Kampung Keling. Bro Siva pun join skali, dia dah balik dari Danau Toba ngan Brastagi, cam best sangat aku dengar pengalaman dia kat sana, ntah bila aku nak sampai Danau Toba sedangkan aku dah banyak kali ke Medan hmmm mungkin kunjungan yang berikutnya kot. Aku order Murtabak Mesir, pas rasa Tauhu Goreng yang Daniel pesan aku plan pesan huhu tapi memang sedap Tauhu tu. Ada lagik aku order hehehe Sate tapi kali ni kuah kacang la plak. Kenyang giler malam tu sampai letih gak la nak balik hotel. Malam tu Daniel plan nak kuar tapi tak jadik plak katanya. Kitaorang borak lagik sampai tetido.

19th May : Ari ni Daniel ngan Bro Siva balik dulu tapi aku stay lagik coz tiket aku terlewat beli so mahal skit kalo balik ari ni tapi kalo esok murah la. Pas sarapan last round pegi ke Medan Mall lagi coz Daniel nak carik baju untuk dad dia. Dia beli kasut gak (hehehe apsal la tak amek kasut LV yang petak-petak tu ha? Cantik tau, rugi je tak beli….) Dari sana kitaorang ke Jalan Majopahit. Aku bawak Daniel gi rasa kek Bika Ambon ngan Kek Lapis.

Tengahari tu kitaorang makan nasi padang kat lobi hotel jer, Ricky kawan Daniel datang join tapi masa tu aku dah nak abis makan, pastu aku terus gi cyber. Bosan sangat. Bro Siva turut membuntuti aku ke cyber, yang bestnya aku suggest kat dia suh tulis blog tentang perjalanan dan pengalaman dia travel n skarang dia dah ada blog! Huhuhuhu….Daniel? Hmm katanya kuar gi ‘mall’ ngan si Ricky, shopping final round kot.

Petang tu around 5pm pulang la dorang. Yang bestnya pas adegan perpisahan, teksi Daniel tu dah jalan dah sampai ke jalan utama terpaksa la Daniel tu berkejaran sambil diperhatikan oleh mata-mata yang ramai sekali itu. Pastu Ricky balik, tinggal aku sowang. Naik je bilik trus pengsan! Tiba-tiba je sunyi, penat, bosan menerpa jiwa.

Aku kuar dinner awal skit coz malas dah nak kuar malam sesowang, banyak sangat cubaan membawa aku ke pusat urut oleh warga-warga pembawa becak! Yang menggelikan aku sangat sangat ada sowang makcik bermakeup tebal yang kejanya melepak depan hotel, dari malam first dok offer nak urut badan aku, mintak simpang! Huhuhu…..tak nak wei. Ha ni satu lagi pengalaman aku kat sana, ada gegaran kecil. Aku tergerak dalam hati effect kecik gempa bumi kot…tertido gak akhirnya!

20th May - Flight aku delay dari jam 4.05pm ke 6.55pm last skali ke 7.15pm, sakit hati sangat sangat. Awal pagi lagi aku dah packing semuanya, tak sabar nak balik. Boring sangat, aku tak contact kengkawan kat sini pun, ntah la napa. Mayb aku nak bersendirian kot, release masalah yang ada. Aku turun sarapan, ari ni aku spend masa yang paaannnnjjjjjaaaannnnnggggg sangat kat café (walaupun aku dah cirit birit sejak smalam) aku paksa diri makan gak coz kang aku dapat gastric. Citer pertama – memang ada gegaran smalam effect dari gempa bumi area mana ntah, Medan ada effect skit la….hmmmm menakutkan tingat masa kat Jepun dulu.

Masa aku sarapan aku tengok budak kecik sekitar 7 atau 8 tahun kot tengah kilatkan kasut. Sian sangat. Dia offer nak kilatkan kasut aku tapi aku kan pakai slipar buruk je. Kecik-kecik lagi dah keja carik duit. Menurut Daniel yang ‘rajin’ mendengar dan menonton TV, kadar kemiskinan kat Indon ni memang tinggi sangat sangat, beruntung kita kat Malaysia ni yang ada kerja dan kehidupan yang sederhana.

Tengahari tu aku lunch nasi padang lagik, malas aku nak gi makan jauh-jauh coz cuaca pun panas. Nasi ayam rending ngan begedil jer, cukup la kan. Pas makan aku lepak kat lobi, borak borak ngan mamat nama Angga, bercerita tentang kehidupan di Indonesia, tentang perancangan hidupnya. Hmm peritnya melalui kehidupan di sebuah negera sebegini, ada baris ayatnya yang menyentak perasaan aku, lebih kurang cam gini la ‘kenapa Tuhan itu tidak pernah habis membariskan orang yang tak punya seperti aku ini dengan sejuta dugaan?’ aduhai aku ni kalo dengar ayat-ayat power cam ni mula la coz aku merasa jauh ke dalam hatinya, kerna aku juga dihimpit dengan seribu ujian kehidupan. Tapi aku respek btol la ngan mamat ni, family dia kat kampong keja bercucuk tanam, dia datang jauh ke kota untuk menyambung pengajian dalam bidang perawatan (kejururawatan lar). Dia menyewa bilik (kat mana ntah aku lupa nama tempat dia). Jadual kuliah dari jam 9 pagi ke tengahari kekadang dari tengahari sampai petang tapi jadual kerja tetap dari jam 8 malam ke 8 pagi, dia keja sebagai pelayan kedai makan 24 jam. Bayangkan macam mana dia membahagikan masa keja ngan study dan yang lebih menyedihkan pendapatan kerja lebih kurang RM150 sebulan dan RM90 digunakan untuk bayar sewa bilik, selebihnya itu lah (makan minum pakai biaya pengangkutan bahan kuliah dan lelain) yang digunakan untuk meneruskan kehidupan. Hmm mcm mana? Ada sanggup? Aduh, tetiba cerita tu masuk dalam kepala aku, kalo la aku ni jenis berduit dan kaya raya, nak je aku bantu tapi apakan daya, mayb suatu hari nanti, tak gitu Daniel?

Aku tinggalkan Angga di hotel Ibunda kerana aku perlu pulang. Dalam perjalanan ke bandara (airport) aku sian sangat teringat nasib dia (antara mereka yang diuji) jauh di sudut hati aku pasti ada doa untuk dia agar tabah dengan kehidupan yang dilaluinya sekarang. Siapa tahu dia bakal berjaya di lapangannya satu hari nanti. Dengan izin Allah …..

Aku selamat sampai di Penang akhirnya….Syafiq datang amek.

p/s : ada sebuah cerita lagi di balik semua ini. Untuk awak, semoga tabah menghadapi segala dugaan yang ada ini, jangan pernah kesal kerana ketentuan kehidupan ini kan milik Dia.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home