Monday, June 02, 2008

WATSON’s DINNER 2008



Ari ni production house aku dapat kepercayaan Watson Malaysia untuk perform kat annual dinner dorang untuk staff utara, hepi sangat aku. Actually offer ni dah lama aku dapat tapi ari ni ngan esok la tarikhnya. Konsep dorang Retro hmmm best gak sesekali wat item cam gini so aku prepare lagu Malam Pesta Muda Mudi, One Night Only (btol ke tidak ntah la tajuk dua lagu ni) satu lagu lagi Ku Mahu nyanyian Dato Siti Nurhaliza. Untuk show cam ni aku tak ada collection costume coz show aku banyak tertumpu pada tradisional asli n kontemporari so terpaksa la aku mengeluarkan budget untuk dapatkan set costume baru untuk boys n girls untuk 3 tarian ni hmm tak per la, pikir sebagai pelaburan. Aku dapatkan semuanya kat KL (senangnya nak dapatkan costume di KL) Thanks to Mr Firdaus!

Aku bawak 6 dancers je, past tarian kedua kitaorang dapat offer joint the buffet. Hmm apa lagi, mcm sebulan tak jumpa makanan je semua jadinya. Aku pun hancur! Aduh pas makan cam nyesal la plak (tapi sempat gak aku tapau bawak balik umah, bleh tapau ke buffet? Huhuhu sesekali tak per la kan)

Tapikan tadik masa makan aku ada ingat seseorang la. Hmmm tak per lah, dah takder depan mata nak wat cam ner, aku ingat yang ada depan mata dah la. Makan punya makan sampai semua naik nak termuntah jadiknya padahal ada satu item lagik. Memang makan tak hingat dunia la semua malam tadik.

Esok satu malam lagi nak perform, aku nak amek pic dancer boys plak! Ciao….

0 Comments:

Post a Comment

<< Home