Sunday, June 01, 2008

31th MAY 2008 – WAJAH WAJAH KUALA LUMPUR




Hari ini hari terakhir aku di Kuala Lumpur, dah seminggu aku menjalankan tanggungjawab aku untuk mengacarakan persembahan sempena Pesta Promosi Makanan dan Kebudayaan Pulau Pinang di Legend Hotel, KL. Hmm dalam tempoh seminggu ini, pelbagai perkara yang terjadi. Banyak yang aku kutip untuk dijadikan panduan dan pengalaman dalam idup aku ni. Pelbagai ragam manusia yang aku temui. Selalunya aku akan handle kumpulan penari aku sendiri tapi kali ini berbeza kerana aku bekerja di bawah arahan orang. Kumpulan Kebudayaan Seni Mutiara Pulau Pinang merupakan sebuah kumpulan kebudayaan di bawah Setiausaha Kerajaan Pulau Pinang, bagi aku kumpulan ini punya harapan yang cerah untuk terus berkembang asalkan mereka punya system pengurusan yang baik. Yang pastinya aku dah menjalankan tanggungjawab aku sebaik mungkin, sedih gak nak tinggalkan dorang semua yang dah macam family ni tapi setakat tu saja tempoh kerjasama aku ngan kumpulan ni. Lagipun banyak lagik kerja yang menanti aku kat Penang karang. June akan tiba esok, jadual June aku terlalu penuh hinggakan aku jadik takut nak terus melangkah hmm ntah napa aku masih rasa cam ni walaupun aku dah tempuh bertahun-tahun.

Di sini gak aku kenal ngan kawan-kawan baru as Doc (best giler kenal ngan doc ni, orangnya simple, funny n easygoing hmm kalo sumer orang dalam dunia ni cam gini kan besh), Karl (kawan si Fir yang punya pandangan jauh melangkaui usianya yang masih muda, tengkiu bawak gi makan kat Kampung Baru) ngan Azmir Arif (pendatang baru dalam dunia seni suara, aku pasti dia akan pergi jauh tak lama lagi, korang dengarkan single dia yang berjudul Maafkan Aku kat www.myspace.com/azmirarif)

p/s : banyak kenangan yang buatkan aku ketawa sepanjang di sini, sebenarnya. To Daniel, thanks so much bro! (mungkin u tahu apa sebenarnya…..)

1 Comments:

Anonymous Anonymous said...

Whoa liau wey... Handsome nyer hero nie! Especially your first picture. Fuh! ala ala hero hollywood gitu. hehe
You blog is very interesting. Keep the post coming :)

11:47 AM  

Post a Comment

<< Home