Thursday, June 05, 2008

PAKU DI HATI

Tadi petang di ketika semua housemate aku sedang enak tidur, aku tak tahu nak buat apa. Ari ni aku ada banyak masa yang terluang so aku gunakan untuk surf net jer la. Aku jumpa cerita ini. Sesuai sangat. Kekadang manusia ni bila sakitkan hati orang mudah je mintak ampun mintak maaf sedangkan dia tak pernah nak sedar yang dia dah tinggalkan parut luka di hati. Bila baca je cerita ni aku tengok jauh di sudut hati aku hmmm banyaknya parut. Penat sungguh menjaga hati orang lain sedangkan hati sendiri terabai. Doranglah yang terbaik, doranglah sempurna, segalanya milik dorang. Tak perlah, dorang calon syurga tingkat ke sebelas kot! Tak per lah, hati aku dah berparut, mungkin ini bahagian untuk aku…..korang hayati cerita ini k.

Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja. Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku.

"Untuk apakah paku-paku ini ayah?" tanya pemuda tersebut.

"Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita ini, bagi melepaskan kemarahan mu" jawab ayahnya.

Pada hari yang pertama sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok batu tersebut. Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya, jumlah paku yang digunakan juga berkurangan.

Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul paku menembusi tembok batu tersebut. Akhirnya tibalah pada suatu hari, dimana pemuda tersebut tidak marah, walau sekali pun.

Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira. Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku itu satu persatu, pada setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan. Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-paku tersebut. Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut kepada bapanya dengan bangganya.

Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata "Kau telah melakukannya dengan baik, anakku, tetapi lihatlah kesan lubang-lubang di tembok batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatan sama lagi seperti sebelumnya. Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini.

Kau boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya. Tetapi ingatlah, tak kesah berapa kali kau memohon maaf dan menyesal atas perbuatan mu, namun lukanya masih tetap ada. Luka di hati adalah lebih pedih dari luka fizikal.

p/s : sedihnya hati aku, kenapa aku sering disakiti hati? Mungkin kerana aku lebih suka berdiam diri? Ntahlah….kekadang hanya kerana disakiti hati, aku melakukan perkara yang tak sepatutnya hanya untuk memuaskan hati aku dan kala itu juga kesilapan terus menjadi milik aku sedangkan siapa yang memulakan? Noktah di situ, semuanya salah aku. Hmmm kalo tak cukup iman, kurang pendirian, rosak idup aku. Ya Allah, bimbinglah hambaMu…

0 Comments:

Post a Comment

<< Home