Monday, June 09, 2008

KERANA KAU

KENAPA?

Kenapa hati saya sering dilukai?

Kenapa saya selalu perlu berkorban perasaan untuk beri laluan pada orang lain?

Kenapa saya selalu dipinggirkan?

Kenapa saya yang perlu menanggung kesan semua ini?

Kenapa di akhir cerita kesalahan itu letaknya pada saya?

Kenapa orang lain selalu diutamakan sedangkan saya yang senantiasa mencuba yang terbaik?

Kenapa saya harus menangis atas apa yang orang perlakukan pada saya?

Kenapa maruah saya selalu dipermainkan?

Kenapa saya yang selalu mengalah pada keadaan?

Kenapa saya bagai tak ada erti pada orang lain wak?

Saat ini hati saya tertutup rapat untuk mempercayai sesapa saja. Dua hari saya meminggirkan diri mencari apa kekurangan diri saya sehinggakan saya selalu disisih. Pedihnya dalam hati hanya Allah yang tahu. Berilah jawapan dan alasan terbaik awak buat saya kerana saya benar-benar menanggung kesan apa yang jadi ini.

Kerana kau ku masih di sini
Kerana kau ku bisa menangis
Dan kerana kau yang menghancurkan
Ku tiada berteman
Terkenang wajah mu aku pilu

Selangkah ku tersebut nama mu
Tak terasa jiwa ku dipalu
Oleh rindu dan dendam pada mu
Dan ketika ini dan di saat ini
Dimanakah dikau

Kau puja bulan yang mengambang
Kau pinta bunga yang di taman larangan
Kau sendakan ku punya perasaan
Dan kau menyatakan cinta ini
Hanya satu permainan

Mengapakah tak kau rasa
Bukan paras supa yang sangat ku pinta
Ohh... ohh

Tapi hati yang dapat merasa
Yang kesedihan ini tak lain
Hanyalah kerana mu

Mengapakah ku diluka
Mengapakah harus ku tanggung semua ini
Tidakkah kau merasakan
Kesedihan ini tak lain hanyalah kerana mu

0 Comments:

Post a Comment

<< Home