Saturday, June 07, 2008

ada 2 cerita

DI SEBALIK WAJAH …..

Aku ada kawan blogger nama Ikmal, tak pernah jumpa pun tapi Ikmal ni pembaca setia blog aku, dia ni cam biskut, jap ada jap ilang. Aku selalu buka blog dia coz citer dia best tapi tak pernah update dah, lama gak. Dua tiga hari lepas kitaorang ada email, tu pun bila dia antar email tanyakan aku coz dia penah SMS aku beberapa bulan sudah tapi katanya ada reply cakap ‘ZAC TAK ADA’ hmmm aku pelik gak, sapa la yang ‘rajin’ membalas sms hp aku plak, seingat aku hp aku senantiasa ada dengan aku dan aku plak rajin sms, mustahil la aku nak reply sms orang yang tanya khabar aku dengan sms cam tu, apapun hanya Allah saja yang tahu.

Tadi Ikmal ada email lagi, email yang buatkan aku terdiam. Sebak ada gak dalam dada, tipulah kalo tak bergenang air mata bilamana seseorang yang jauh tak pernah berjumpa, yang hanya mengutusi email sekali sekala, yang mengenali aku hanya menerusi blog tapi mampu membaca aku, menilai aku, mentafsir aku. Hmmm kadang-kadang insan depan mata pun belum tentu dapat memahami kita sebaik mungkin. Hepi aku ada kawan cam gini. Hmm ntahlah, memang aku hepi, sekurangnya aku tahu ada orang yang senantiasa bersama aku.

Aku kongsi kat sini, antara kandungan email yang yang Ikmal antar tadik…..

Percayala, awak mmg ada tanda nk jadi jutawan cuma jangan jadi jutawan rupiah sudah la. Dari gambar kat blog tu saya nampak pada wajah, awak seorang yang sangat jujur, hati-hati dalam kejujuran itu akan ada banyak manusia lain yang akan mengambil kesempatan. Orang seperti awak akan hancur dalam dendam tapi tidak akan pernah sekalipun membalas dendam. Awak seorang yang terlalu perahsia, hati awak juga selalu sepi, awak yang selalu membuat sesuatu sampai sempurna dan sangat teliti, awak selalu menjaga perasaan orang lain biarpun hati sendiri terluka, awak takkan cakap kalau sesuatu itu tidak memuaskan hati tapi murah dengan pujian. Awak adalah seorang yang selalu dan terlalu banyak berfikir. Terlalu pemaaf. ITULA AWAK .......... Hati-hati ye .... Dalam setiap kebaikan pasti ada yang tidak menyukainya, itula hidup, itula warnanya. Hati awak terlalu lembut sebenarnya ....Diri awak sarat dgn fitrah kebaikan ... Jagalah fitrah itu jangan dikotori ...

Aku baca berulang kali, terlalu banyak makna yang harus aku persetujui di sini. Kadang kadang aku jadi bosan untuk berdiri demi orang lain tapi aku tak faham kenapa aku sering terperangkap dalam situasi tu, dah tu selalu jadi mangsa tak puas hati orang sedangkan aku dah cuba sebaik mungkin, di hujungnya aku juga yang salah. Mungkin ada benar, dalam kebaikan kita pada orang lain, ada yang tak menyukainya.

Dalam asyik menaip, Ikmal kirimkan aku SMS

Awak kena tabah, hati awak akan sepi sepanjang hayat sekalipun awak dah berkeluarga. Sepi itu bahaya. Awak tak akan hancur kerana dendam tapi akan rosak kerana sepi. Orang mcm awak perlu lebih dekat dengan Tuhan.

Hmmm si Meero plak antar SMS tanya dah dengar ke background muzik kat laman web www.sepithemovie.com? Hmmm aku pun bukak la laman web tu, lagi la aku rasa sepi.

notakakiku : emangnya aku kesepian sekarang ini, melihat perjalanan sebuah kisah itu yang sedang meniti. Ntah di mana noktahnya tapi aku yakini ada. Ya Tuhan, tabahkanlah hatiku.


6TH JUNE 2008 - DRAMA MINGGU INI

Sebuah cerita yang sungguh menyayat hati, hari ini aku makin mengenali siapa insan di sekeliling aku, tak perlu la aku menyatakan dengan lebih jauh lagi tapi sendiri ingat la, sungguh memalukan. Manusia yang terumbang ambing cam ni, bodoh sombong tak akan ke mana hidupnya. Mungkin di fikirnya aku ini bagai budak mentah yang tak tahu apa apa. Hmm aku sengaja mengambil sikap diamkan diri, aku mahu lihat sejauh mana dia mampu membawa diri. Berlakon sangat sangat dalam dunianya sendiri. Kadang-kadang aku termenung mahu ketawa tapi ada kalanya aku bimbang juga, mahu menangis seakan tiada apa, melihat satu persatu geraknya dalam dunianya yang dia sendiri tak pasti.

Sebenarnya aku tak tahu apa yang mahu aku luahkan kerana rasa ini terlalu dalam di sudut hati. Bukan sekali dua aku kenal manusia sebegini, dah beberapa orang yang aku kenali pergi dari hidup aku dan akhirnya kembali dengan berita duka. Kenapa kembali sedangkan awal dulu dah pernah aku hamparkan pesanan. Bukankah semata-mata membuang masa kehidupan diri sendiri?

Ada pengajaran hidup kebelakangan ini yang menambahkan pengalaman aku – jangan mudah percaya pada sesiapa, seringnya aku tahu tentang ini tapi aku sering juga tewas. Manusia hanya mampu bersuara tapi belum mampu mengota. Sedih juga perasaan hati bilamana mengetahui tentang kebenaran yang pahit tapi aku terima. Hari ini juga aku dicerca, dihina untuk ke sekian kali. Ada pihak bertepuk riang atas semua ini tapi aku percaya Allah itu ada, melihat segalanya. Di pihak lain seolah baling batu langsung sembunyi tangan, mudahkan? Hmm tapi jangan fikir semudah itu, lambut laun manusia yang penakut ini akan berhadapan dengan kehilangan juga. Kala itu mungkin dia akan sedar apa sebenarnya yang telah dia lakukan satu ketika dulu. Siapa sebenar-benarnya yang hipokrit, kesian sungguh. Mengapa ada manusia yang mcm ni ntah, hmmm berpura baik sedangkan hatinya? Subhanallah…..

Hari ini aku mendapat kembali sesuatu yang pernah aku hilang, aku bangga kerana jalinan ini masih utuh, hanya Tuhan yang tahu kenapa ianya masih ada walaupun telah hilang satu ketika dulu. Dan untuk mereka yang cuba menjarakkan hubungan ini, sudah-sudahlah….tak perlu bercerita yang buruk-buruk untuk melihat terpisahnya persaudaraan yang terjalin. Dalam hati kalau dah ada sifat dengki, jauhkanlah. Renungkan tentang hakikat alam, hidup yang hanya sementara ini, bukankah lebih baik kalau senantiasa kita nikmati semua ini bersama.

Berbalik pada nawaitu, sematkanlah yang terbaik untuk diri kita dan orang lain, di hujungnya pasti tiada lagi rasa kecewa.

Segalanya aku serahkan pada Ilahi…..

0 Comments:

Post a Comment

<< Home