Tuesday, June 10, 2008

edisi tambahan dari IKMAL .....

Aku dapat email lagi dari Ikmal, sehari selepas itu. Hmm dia mentafsir aku dengan lebih jauh lagi. Kekadang bila orang tahu apa kita rasa, apa kita lalui, terasa cam dihargai sangat. Andai semua orang cam ni kan bagus.....

Dari rasa naluri hati ini, saya berpendapat awak sebenarnya akan melalui tempuh kesepian ini mungkin sepanjang hayat .... Sebagaimaan dalam sms semalam, sekalipun awak telah berkahwin namun jauh di dalam hati awak masih ada bekas kesepian yang tidak terpadamkan ...

Itulah musuh awak sebenarnya ... Biarpun hidup awak banyak di lingkari hasad dengki, dendam dan sebagainya tapi pada wajah awak jelas tergambar bahawa awak sebenarnya seorang yang sangat bernasib baik ... Nasib banyak memihak kepada awak, Zac ... Dan awak sering kali terlepas dari niat buruk orang ... Tapi awak sering kali gagal utk melawan kesepian dan kesunyian yang awak sembunyikan di dalam hati itu ... Syukur Tuhan megurniakan awak sebuah wajah yang tenang biarpun sesekali hempasan badai dalam hati itu kekadang boleh meroboh jambatan pulau pinang ... Awak seorang yang sangat tabah .... Juga mempunyi tahap kesabaran yang sangat tinggi ... Perliharalah dua perkara ini agar tidak hilang dalam dari diri awak, Zac .... Itu kunci kejayaan awak nanti sehingga bergelar seorang jutawan ...

Mungkin ada dari susur galur keturunan awak yang kehampirannya dengan Allah terlalu dekat dan sehingga kini doa mereka masih bersama awak, Zac .. Juga mungkin bersama keluarga awak ... Tapi apa yang pasti wajah awak dari beberapa gambar terbaru jelas mengambarkan warna dan cahaya keimanan ada disitu .. di wajah awak ... Mungkin awak dalam masa terdekat ini lebih mendekatkan diri kepada Tuhan, agaknya ... Kekalkan la kebaikan ini ... Takut kepada Tuhan bererti kita perlu lebih dekat kpdNya ... Ntahla ... Mungkin saya tersilap pandang barangkali ... Jangan ambil berat sangat apa yang saya cakap ni ... Terkadang mata manusia ini juga sering dikaburi oleh pandangan syaitan ....

Tentang kesepian dan kesunyian tu ....Kerana apa ? Rasanya kerana cinta yang terutama ... ! Cinta .. Maknanya terlalu luas ...Cinta paling agung adalah kepada Tuhan ...Awak sedang nenuju kearah itu ... Kalau awak ikhlas dan tekun dan tahu jalannya, awak akan mendapatkan cinta agung itu ....

Tapi cinta sesama manusia, itulah yang awak selalu gagal dan mungkin tidak akan menjumpainya seumur hidup awak ... Disitulah kesepian dan kesunyian itu memburu awak, sahabatku ....Tapi Tuhan telah mengurniakan ketabahan dan kesabaran yang tinggi dlm diri awak sejak azali lagi ...

Percayalah, awak tidak akan pernah rebah biarpun sepanjang hidup penuh dengan kepedihan .... !Awak akan senantiasa bernasih baik !

Percayalah awak selalu memilih utuk mengalah dari untuk menonjol kedepan menegakkan sesuatu ... Diam awak tidak pernah kalah, zac malah berbiasa biarpun terkadang bisa itu sangat meracuni awak .... Juga, terkadang awak menjadi terlalu diam ... Kalau awak banyak bercakap bukan bererti awak gembira ... Susah bgi mereka memahami siapa awak sebenarnya ... Awak sgt pandai berselindung .... JUga awak seorang yang sangat cerdik ... Tapi emosi terkadang menjadikan awak lemah dan nampak boleh dikalahkan ....Perkara ini awak perlu ambil perhatian sangat-sangat .... Jangan dedahkan emosi awak kerterlaluan ....

0 Comments:

Post a Comment

<< Home