Tuesday, December 25, 2007

ho ho ho MERRY CHRISTMAS


siapakah gerangan gadis kat sebelah aku ek? hmm namanya LYNN, gadis sarawak yang menganuti agama kristian tapi jauh mendalami adat budaya melayu tak kurang juga pengetahuan agama islam. apa yang bleh aku citer pasal dia ek?

beberapa tahun lalu, masa aku masih bergelar artis budaya, kitaorang rapat sampai la skarang neh. lynn tak pernah tercicir dari senarai artis budaya dalam setiap persembahan production aku skang ni. dulu kitaorang selalu berbincang tentang nasib artis budaya ataupun penari tapi skarang aku tau lynn hepi coz skarang ni dah keja ngan cimb bank tapi masih menari sebagai hobi.

sumthing yang menarik yang aku nak kongsi, setiap kali menjelang raya, lynn la yang paling busy tempah baju raya, kasut raya, sumernya la dan dia la yang paling melaram setiap kali syawal berbanding kawan-kawan melayu aku yang beragama islam yang len.

dan setiap kali krismas, aku ngan lynn tak pernah lupa adat bertukar hadiah. tadi aku ada function kat rasa sayang, pastu terus gi jumpa lynn kat hydro majestic. air mata lynn berlinang je aku tengok, sedih barangkali tak dapat pulang beraya. hmm sedih plak aku. tak dapat berbual lama coz aku kena gi airport. sempat bukak adiah yang lynn kasi - bantal katak, suka sangat dengan adiah yang based katak ni. aku kasi dia teddy yang ada love kat dada. dia msg aku dia suka adiah aku. tetiba hati jadik sayu.

kawan - ada di mana-mana. terpulang kita bagaimana mahu mengekalkan persahabatan itu.
p/s : HO HO HO HO

Saturday, December 22, 2007

hikayat mimpi sang putera ...

MIMPI. sebagaimana yang aku janjikan, dan kini aku ceritakan tentang mimpi yang menjadi igauan. aku tak tahu napa sejak kecil mimpi selalu jadi teman malam aku dan kebanyakan mimpi selalu bawa petanda untuk aku baik dalam kehidupan aku mahupun orang yang dekat dengan aku. dulu masa ada couple aku selalu mimpi dia jalan bergandingan ngan orang lain dan hari ini mimpi itu jadi kenyataan. dulu aku slalu bagitau dia tapi dia cakap aku merepek dan dia sedih coz aku selalu mimpi dia cam tu tapi skang? hmmm....

Ok la, ini mimpi aku ..... korang ada hak mentafsir sebagai mainan tidur atau apa apa je lah (aku seram)

suasana di dalam satu perkampungan yang dikelilingi hutan tebal, ramai sangat manusia berurusan ke sana ke sini, semuanya sibuk dengan kegiatan masing-masing. tiba-tiba langit jadi gelap, guruh dan kilat sambung menyambung, keadaan yang tenang tadi jadi hiruk-pikuk, semua orang melarikan diri lintang-pukang termasuk aku. lama jugak keadaan tak terkawal macam tu. tiba-tiba langit jadi cerah semula, semua manusia bercakap-cakap bingung apa yang jadi, masing-masing tidak ada jawapan. jauh di sudut hujung kampung aku lihat mcm ada kilat yang datang dari langit terus ke tanah, besar dan bercahaya. tiba-tiba keadaan kembali huru-hara, semua jadi kelam-kabut. manusia bergelimpangan di tanah termasuk aku.

aku sedar kembali, dan kini hanya kain putih menyelimuti badan, ramai juga yang ada dengan aku dalam bilik yang putih bercahaya tu. aku tanya, kat mana aku skarang ni. ada satu suara yang ntah datang dari mana berkata, aku kini sedang menantikan giliran untuk dimandikan, disucikan untuk bertemu dengan Pencipta aku! Pandangan aku tiba-tiba menjadi kabur, aku merayu menyatakan aku belum bersedia, terlalu banyak dosa yang aku lakukan slama ni, bukan hanya aku, manusia lain dalam bilik tu semua menangis minta dipulangkan ke masa hidup untuk melakukan suruhanNya. Tapi kata suara itu semuanya sudah terlewat kecuali aku saja. aku berjalan dalam hutan seorang diri, di kiri kanan jalan aku lihat banyak kubur binatang, bilamana aku sentuh kubur binatang itu, binatang seperti kucing dan burung kembali hidup. aku teruskan jalan aku.

tiba-tiba aku tersedar dari mimpi panjang itu. peluh jangan cakap la, basah satu badan cam mandi. aku terus tak bleh tido. mimpi yang datang beberapa hari sebelum Aidil Adha ini benar-benar kuat dalam ingatan aku. aku renungkan sejenak cerita di sebalik mimpi ini. dalam hidup aku, inilah kali kedua aku bermimpi sesuatu yang berkaitan alam seterusnya. dulu aku pernah bermimpi 3 malam berturut-turut.

mungkin aku dipilih untuk disedarkan tentang masa lalu yang aku lalui dan kini aku perlu sedar diri jalan mana yang harus aku pilih untuk kehidupan akan datang. adakah aku mahu 'bahagia' di dunia ini sedangkan ianya bukanlah selamanya atau aku mahu 'aman' di dunia yang seterusnya kerana dunia itulah yang kekal selamanya.

bagi korang yang membaca blog aku, kita renungkan sama sama apa yang kita cari dan apa yang sedang kita tempuhi, mati tak menunggu kita, entah esok entah lusa, wallahualam.

Wednesday, December 19, 2007

salam AIDILADHA

Seharian aku busy giler ari ni ke sana ke mari memenuhkan masa yang terlalu singkat, sempat gak shopping barang-barang yang mak kasi on list untuk masak sempena rayer esok. Alhamdulillah sekali lagi dapat beraya ngan family tersayang esok, insyaAllah. Tiap kali menjelang raya aku la yang paling sibuk, sehari pas raya akan busy sampai hujung tahun, penuh dengan function, Alhamdulillah.

Esok ada undangan open houz yang aku nak pegi sangat-sangat nak jumpa kengkawan lama yang dah lama aku tak bermesra, aku mahu menggunakan kesempatan kali ini btol-btol. Akak angkat kat KL yang wat bisnes kuih raya kasi sekotak besar kuih raya, hehehe meriah sungguh raya kali ni. Ni aku kepenatan sangat sangat, jap lagi nak kuar ronda amek angin jap kat Bt Ferringhi, lama tak jalan situ.

Sempena Aidil Adha esok, apa kata korang baca sejarahnya .....

Aidil Adha disambut bukan sahaja tanda kesyukuran ke hadrat ilahi kerna kemenangan yang terkandung dalam ibadah haji itu, tetapi lebih dari itu ialah mempunyai hubungan dengan sesuatu peristiwa yang berlaku pada tahun kesembilan hijrah. Pada waktu ibadah haji tahun tersebut, suatu ketetapan telah diistiharkan kepada masyarakat Arab Mekah ketika itu mengenai perhubungan diplomatik antara orang-orang islam dengan yang bukan islam telah dimatrikan dan dikuatkuasakan. Kota Mekah telah diistiharkan dengan rasminya sebagai tanah haram, tidak lagi dibenarkan kepada orang musyirikin kafir Quraisy untuk menziarahi Baitil Allah Al-Haram. Serentak dengan ketetapan ini, Kota Mekah dan di sekelilingnya telah dibersihkan dari perkara-perkara syirik dan kekufuran seerta kalimah tauhid telah ditegakkan dengan gagahnya di bawah nauangan kaabah dengan suatu pemerintahan islam pimpinan Baginda nabi Muhammad SAW.

Kota Mekah diberi gelaran kota suci yang telah bersih dari sebarang bentuk syirik dan kufur, yang selama ini membanjiri kota Mekkah dan sekeliling kaabah. Languan "Allah Akbar" dan talbiah berkumandang di segenap penjuru kota itu, dari rumah-rumah besar yang tersergam indah hingga ke rumah-rumah buruk di tepi bukit dan gunung. Kesedaran dan kedaulatan islam dengan risalah Allah mendapat tempat di hati manusia yang kufur pada mulanya. Mereka diberi hidayah dengan Nur llahi.

Salah satu amalan ibadah yang disunatkan pada hari raya ialah melakukan korban. Waktu menyembelihnya ialah sesudah mengerjakan solat sunat Aidil Adha sehingga hari tasyrik (13 Zulhijjah). Ianya boleh dilaksanakan dengan menyembelih seekor kambing untuk seorang atau seekor lembu untuk 7 orang.

p/s: Aku ingin mengucapkan Selamat Hari Raya AidilAdha buat semua yang mengenali aku, semoga kalian senantiasa di dalam rahmat Ilahi. Sama-sama kita hayati apakah erti pengorbanan yang sebenarnya...selagi masih diberi peluang bernyawa di bumi Ilahi ini.

Tuesday, December 18, 2007

melawan kesepian .....

apapun yang terjadi
berjalanlah tanpa henti
airmata yang tertahan
waktu untuk dijatuhkan

nanti kita kan tahu
betapa bijaknya hidup
sepahit apapun ini
pelajaran yang bererti

semoga kepergianmu
tak akan merubah apapun
semoga mampu ku lawan
kesepianku

apapun yang terjadi
berjalanlah tanpa henti


aku suka lagu baru dalam album Siti - Hadiah Daripada Hati. dalam kesibukan tadik, sempat aku miliki album ini masa gi Gurney Plaza. Yup, aku mahu berjalan tanpa henti. pengalaman lalu banyak mengajar aku agar lebih menghargai masa supaya jangan alpa dalam cinta! hmm bukan tidak percayakan cinta tapi aku lebih senang begini, biar sukar menerima cinta kerana ianya bakal menjadi sesuatu yang lebih berharga, insyaAllah. aku puas dengan kehidupan sekarang, walaupun sibuk teramat sibuk dengan urusan kerja masih ada ruang untuk aku rasa dikasihi oleh insan sekeliling, terima kasih kalian kerana senantiasa menyokong usaha aku. sampai saat ini aku terasa puas dan bebas dengan dunia aku sendiri, Alhamdulillah.

slama ini ruang aku hanya kepada seni persembahan, skarang aku ada skop baru iaitu pengendalian keseluruhan acara. berkat usaha, aku telah memiliki dua kontrak mega untuk mengendalikan acara di mana syarikat aku sendiri yang mengendalikan sepenuhnya! syukur sangat-sangat, penat lelah aku berbaloi. januari nanti bakal menyaksikan perubahan dalam syarikat aku, dengan izin Allah.

5 januari juga paling aku tunggu coz produksi aku akan terlibat dengan pelancaran Taman Negara Pulau Pinang, ishk ishk cam tak percaya bila diberi peluang sebegini. skarang pun team aku sibuk dengan persiapan persembahan julung kali ini. oh ya, dengan bantuan PDC, aku diberi seminggu untuk mempamerkan produk produksi aku di Rasa Sayang Resort n Spa, Alhamdulillah, satu lagi peluang keemasan yang aku dapat berkat jalinan baik kerjasama dengan PDC. bukan mudah untuk memiliki ruang pameran selama seminggu di sebuah hotel bertaraf antarabangsa, thanks to Tengku kerana banyak memberikan kerjasama.

ni aku baru siapkan tempahan biskut yang orang tempah untuk raya haji, esok nak gi antar. malas sangat sangat nak buat tapi dek kerana orang mintak jugak jugak so aku buat la jugak. aku janji nak bagitau pasal mimpi kan, hmmm malam karang aku cari masa update blog k. yang pastinya, mimpi tu memang menggerunkan. nanti la ek!


Sunday, December 16, 2007

macam-macam

Saat ini suara aku lebih cun dari Ella, dengan batuk ngan selsema sekaligus, tahniah kepada aku, slalu time banyak function, ini la yang jadi dengan aku. Tapi bila pikir semula, aku terlalu banyak keja, lari sana sini, guna banyak sangat tenaga, makan minum ntah ke mana, rehat ngan tido tak cukup dan yang paling penting, terkena selsema jangkitan somebody yang keja sama ngan aku, tu la pasal rapat-rapat sangat, asyik berkepit jerk! Apapun dah nak sakit, kan ke sakit tu penghapus dosa-dosa kecil, hmm banyaknya dosa aku! Ampun...

Ada banyak menda nak cerita tapi on and off datang dalam kepala otak aku ni. Aku mulakan dengan apa yang aku ingat dulu la. Skarang ni aku makin hepi dengan perkembangan bisnes yang aku baru mulakan kembali, Alhamdulillah banyak juga projek mega dalam genggaman. Bisnes kecik aku amek juga tapi bisnes besar yang cuba aku pelopori ni nampak cam menjadi. Aku tak henti berdoa agar semuanya berjalan lancar. Korang doa-doakan gak k!

Esok pagi aku kena attend lelong kat Penang Mutiara, Jumaat semalam aku dah pegi view barang-barang yang dorang nak lelong, aku tanda barang yang penting je cam televisyen, sofa dan lelain yang aku rasa perlu untuk umah baru aku, umah? Hmm Alhamdulillah. Tengahari plak aku ada meeting kat sebuah hotel kat Bt Ferringhi about 1 year contract performance, hopefully berjaya. Petang aku nak gi Air Itam, ada temujanji yang asyik tersadai je dari minggu lepas. Malam hmm tatau lagik hehehe

Tadik malam aku ada event, ternampak la dari jauh sowang mamat ni yang penah keja ngan aku dulu. Hmm aku tau dari kengkawan yang len, dia ni asyik citer buruk aku je, memacam dah telinga aku dengar pasal dia tapi aku malas amek port. Cakap aku itu ini padahal aku tak der masalah apa pun ngan dia. Aku diam je duk kat kerusi blakang stage, tetiba dia datang hulur tangan. Aku sambut jer, perkataan yang aku dengar, MAAF. Dia say sorry, aku cakap 'ada wat salah ke?' dia senyum jer. Katanya aku lebih tahu apa yang aku dah dengar. Hmm btol la tu, dah orang mintak maaf, aku ampunkan je. Abis satu kisah.

Masa pas function jumpa plak ngan sorang member aku kat parking usung lover baru. Hmm di kenalkan pada aku, katanya lover baru. Aku just say hi jer la. Aku cakap nak balik cepat coz tak sihat. Dalam keta aku sms kawan aku tu, masa putus nangis cam nak rak, tension la, kecewa la, sgala mak nenek, skarang apa dah jadik? Hehehe dia reply, ini soal hati. Aku reply, tengkorak ko soal hati! Dia reply plak cakap aku makan hati ke siap nak kenalkan aku ngan seseorang plak, aku cakap tak payah! Tahu la aku carik sendiri. Carik? Hmmm dah ada kot! Tak yah carik. Ntahlah.

Aku ni tengah batuk gatal sangat tekak ni cam nak masukkan jari dalam kerongkong gi garu lama lama kat situ. Tak tahan sangat. Mcm mana nak wat ni? Aku kena sembuh cepat gak, minggu depan nak turun KL lagik, tak kan ngan suara cam Ella ni lagik?

Hmm, esok malam kalo ada kesempatan aku nak citer pasal mimpi aku semalam, gerun sangat sangat, buatkan hari ni aku terpikir pikir soal idup dan mati, serius beb! Kekadang kita ni hepi hepi kat dunia yang penuh tunggang langgang ni buat kita lupa nak mati anytime kita bleh mati tapi nak ke kita mati dalam keadaan serba songsang? Hmmm renung-renungkan! Esok aku citer sempena Hari Raya AidilAdha yang bakal menjelang. Hmm pengorbanan. Btol la tu, pengorbanan ke arah kebaikan.

p/s : Awak, terima kasih kerana senantiasa ada bersama saya. Maafkan saya kerana adakalanya berkasar dengan awak kerana di hati saya ini terlalu sukar melupakan noktah hitam yang ditinggalkan dalam idup saya. Berikan saya masa, akan cuba saya padamkan segalanya dan masa tu akan saya buka buku baru untuk kita....InsyaAllah.

Friday, December 14, 2007

dia datang lagi ....

Dia datang lagi, sapa ek? SAKIT TEKAK....hmmm ini la yang paling aku tak suka, sepanjang bulan ni jadual aku pack sangat, Alhamdulillah. Aku tak tahu napa tetiba aku dapat job banyak sangat sampai cam gini especially kat KL. Mungkin ini namanya rezeki sampaikan balik umah sehari dua hari je jumpa family, teringat zaman sibuk dulu. OK la dari sunyi karang pikir memacam plak! Aku suka dengan life aku skang ni walaupun banyak benda yang aku kena cover! Sesungguhnya sibuk terlalu sibuk.

Minggu lepas aku banyak mandi ujan kat KL, ha skarang rasa la akibatnya. Start dengan selsema, sakit kepala otak dan skarang suara mula hilang. Ni la yang paling merisaukan aku coz aku cari makan dengan suara ni. Lately aku banyak kenal orang bila kembali sibuk di function. Hmmm indahnya. Sronok plak bila ada somebody yang btol-btol caring ngan kita, baru la rasa dihargai sangat sangat tapi susah gak nak percaya manusia ni, mulut manis cam ada tebu kat tepi bibir jer, hampeh sebenarnya. Tapi ngan sorang ni aku hepi la, ada dia aku rasa lega sangat sangat. Tenang jiwa. Rasa cam putera raja pun ada gak. Hehehe melampau btol rasa cam gitu ek tapi itu la aku rasa skarang ni! Mungkin coz selalu jumpa n keja sesama buatkan aku selesa dengan dia. So far tak der la nampak perangai lagi, esok esok ntahlah! Tak sabar nunggu Januari coz ada trip oversea yang kitaorang terlibat sama. InsyaAllah.

Suara aku dah cam nak dekat Ella. Sabar je la. Ok la, till now, nak gi solat Jumaat!

p/s : FAZI, hehehe sowii sowiii busy teramat!

Tuesday, December 11, 2007

Q SERA SERA

Que Sera, Sera,

Whatever will be, will be,

The future’s not ours to see,

Que Sera, Sera,

What will be, will be.

Friday, December 07, 2007

bertanam tebu di pinggir bibir ....

Malam. Syukur kerana aku punya tempat di sini untuk meluahkan segala rasa yang ada di jiwa. Meronta dalam hati mahu berkongsi ketidakpuasan ini dengan mak tapi memikirkan kontra yang ada makanya aku pendamkan saja. Aku sudah terlalu dewasa untuk menempuhi kehidupan sebegini. Mungkin takdirnya aku harus menangis di atas kebahagiaan orang lain. Tak mengapa, bukan sekali bukan dua lagi detik sebegini merentasi dunia aku.

Tidak ku fahami
Mengapa terjadi
Peristiwa pahit mengguris hati
Jalanan hidup ini
Sudah tertulis
Kutempuhi dengan kesabaran
Kusedar kebesaranMu Tuhan

Saat ini aku makin mengenali siapa sebenarnya manusia. Sesekali aku jadi penat dan masih susah untuk mempercaya kenapa aku yang terpilih untuk semua ini? Mungkin belum cukup sempurna di mata insan lain agaknya. Kehilangan kali ini buatkan aku lebih membuka segala jiwa yang ada dalam diri ini. Pelbagai gelodak timbul dalam hati aku, haruskah aku terus menerima insan yang hadir dengan kata cinta atau mungkin juga sekadar menanam tebu di pinggir bibir?

Seharian hari ini aku luangkan masa untuk diri aku. Berjalan ke sana ke sini, melihat alam yang penuh palsu. Fikiran mula jadi buntu, seakan takut untuk menunggu hari esok, soalannya apa lagi selepas ini? Sedangkan aku sudah punya duniaku sendiri.

p/s: indah menyaksikan pasangan menonton wayang bila malam menjelang. Sepadan? Hmm ntah, mungkin cinta lama kembali di rasa.

ntah mengapa .....

Aku fikirkan aku sedang melewati masa tenang aku, tanpa sebarang masalah yang ada. Bulan kebelakangan ini aku sibuk dengan urusan hidup aku tanpa mengganggu sesiapa, tanpa mempedulikan manusia-manusia yang sibuk mencipta cerita, mencari ruang untuk mempersalahkan aku dengan apa yang jadi. Di fikiran aku skarang, dah terlalu banyak masa yang aku simbahkan pada orang lain dan skarang aku mahu menumpukan masa untuk diri aku sendiri, tanpa mengganggu sesiapa tapi hari ini aku betul-betul rasa terganggu!

Ada cerita yang ditimbulkan seolah aku lah manusia yang paling bersalah, paling punya emosi, aku juga yang menjauhkan diri, aku juga yang mengelak dari kenyataan. Malah aku juga punya teman sehingga mahu melupakan hubungan yang telah lama diwujudkan. Pedih sungguh aku membaca baris-baris ayat dalam SMS, terasa sedih sangat-sangat sedangkan aku tak mampu bercerita situasi yang maha benar jadinya aku diamkan saja. Biarlah mereka saja yang tahu, biarlah rasa kepuasan dan kemenangan itu milik mereka.

Hajat di hati petang tadi mahu melelapkan mata kerana seminggu kebelakangan ini aku sibuk benar travel ke sana ke sini, banyak urusan yang mahu disiapkan menjelang akhir tahun tapi aku tak mampu berehat juga tadi. Sibuk pula aku memikirkan apa objektifnya, apa mahunya, apa kehendaknya sedangkan aku tak pernah ada rasa mahu mempersoalkan apa yang telah terjadi. Aku diminta untuk mengunci segala perasaan, menutup mulut dari terus berkata-kata makanya aku turutkan.

Aku tahu orang itu sedang asyik di lamun cinta, asyik berbahagia. Aku kenal siapa dia, aku juga kenal temanya.Dan aku minta hidup aku juga tidak diganggu sebagaimana permintaannya pada aku. Biar aku sendiri, biar aku dengan jalan hidup aku. Skarang aku dilihat oleh pihak lain sebagai seorang yang emosinya terlebih, keras hati, dan sebagainya dan aku yakini segala cerita dibuka dan sebelah lagi diselindungkan. Tak mengapalah, hari pembalasan akan tetap ada. Bingung aku untuk terus memikirkan semua ini.

Hari ini aku mungkin jatuh lagi dengan segala 'luahan rasa' tapi aku mahu diam sahaja. Lagipun aku mahu menghormati pandangan dan nasihat yang diberikan pada aku. Biarlah apa saja tanggapan pada aku, yang paling penting aku tahu diri aku sendiri dan apa yang sedang berlaku.

Kadangkala kita terlalu cepat lupa, hari ini kita menyakiti hati orang lain, esok lusa kesannya mungkin pada kita malah lebih hebat lagi. Kebahagiaan itu tak mungkin kekal lama tambahan pula jika kita sedar di mana landasan hidup kita yang sebenarnya, renung-renungkan!

p/s : Ya Allah Ya Tuhanku, Kau tunjukkanlah segala kebenaran.

Wednesday, December 05, 2007

hmmm....cerita ntah apa

Awal petang tadik aku jumpa kawan aku, tetiba hp dia bunyi. Tetiba gak dialog dia lebih kurang gini....

"ang ingat ang bagus sangat, dah buat salah senang senang nak mintak maaf, apa aku dapat selama kawan ngan ang? aku cukup tak sangka macam ni perangai ang! selama ni aku setia kat ang, memacam aku buat untuk ang, ini yang aku dapat?" bla bla bla etc, yang adakalanya aku tak nak type kat sini coz tak sampai hati.

Begitulah lebih kurang dialognya. Aku diam jer padahal baru jumpa tak sembang apa lagik ni. Dah dekat 10 minit, kawan aku ni matikan hp dia. Suasana bisu. Aku tak tanya apa pun. Penat aku dengar dia marah-marah tadik.

Rupa-rupanya ada masalah ngan lover. Satu je aku cakap, kalo marah sekalipun, itukah ayat yang sepatutnya kuar dari mulut. Last-last aku plak kena sembur. Adussss......

Malam tadik dorang bersemuka. Ntahlah gi mana. Hmmm aku ni sibuk je post entry pasal orang len kan! Aku sendiri tak betul ni. Actually aku tak tau nak citer apa cuma ari ni hepi coz dapat adiah baju. Dah lama tak dapat adiah tetiba je orang kasi adiah baju, cam hepi giler.

Sunday, December 02, 2007

malam ku bermimpi ...

Malam sebelumnya aku bermimpi, mulanya mahu aku kongsi di sini tapi aku halang jari-jari ini terus menitip kerana aku mahu melupakan segalanya bukan mengimbau kenangan, mimpi yang sering dikatakan mainan tidur, mimpi yang sering datang dalam malamku dan aku sudah lelah melalui siri mimpi-mimpi ini.

Tapi, mimpi ini bukan lagi mimpi. Biarpun yang terjadi bagaikan mimpi tapi aku telah menempuhnya malam semalam. Harapnya ianya yang terakhir.

Cukup kali ini
Kau menyakiti
Berulangkali
Tak usahlah kembali
Dengan rela hati
Melepas kau pergi…

p/s: malam ini aku mahu tidur lena. sesungguhnya aku terlalu bersyukur pada Ilahi. nyatanya, sesuatu yang berlaku itu ada ketentuan yang tersendiri.

Saturday, December 01, 2007

kisah-kisah binatang .....

Aku baru je sampai umah, tadik letih sesangat tapi seperti biasa bila dah mandi, hilang segala mengantuk dan penat. Hmm ada cerita yang aku nak kongsi, tentang binatang!

Kira-kira dua minggu yang lalu, keluarga aku menerima kehadiran 'orang baru'. Namanya Pok Yen, ha bukan pembantu rumah dari China atau Nepal ok, hmm seekor kucing jantan berusia kira-kira 5 tahun, campuran Parsi dan Siam, cantik sangat sangat! Punya la gemuk dan gebu! Aku la yang paling hepi. Sejak Eman mati akibat sakit tua, umah aku ni cam hilang seri plak. Slalu nampak kelibat Eman tapi dah lama tak ada. Ilang orang yang aku sayang, ilang kucing hmm semuanya wat aku sepi, tiap hari kalo turun town aku gi kedai-kedai binatang yang penah aku pegi ngan dia dulu, saja tengok-tengok anak kucing. Sebenarnya Achik Rita, kawan mak aku nak pindah stay ngan mak dia cuma mak dia tak suka kucing so dia ni sayangkan sangat kucing dia, dari kecik dapat treatment kat klinik binatang, siap ada kad rawatan lagik. So dia decide nak bagi mak aku je jaga lagipun dia tahu kitaorang satu family suka kucing. Aku saksikan la gak drama penyerahan kucing pagi tu yang penuh syahdu. Hmm sian dia.

Sejak ari tu Pok Yen stay ngan kitaorang cuma dia takut-takut. Merata dia sembunyikan diri tapi skarang dah ok skit. Dia suka kat kaum Hawa je, kaum Adam ni dia eksyen skit. Satu hari di minggu lepas, tetiba dia hilang, mak sedar dia hilang masa pas Subuh. Apalagik, kecoh la jadiknya..puas acara menggeledah umah dijalankan secara rapi tak jumpa gak. Aku tak dapat bayangkan cam mana keadaan Pok Yen masa tu. Finally mak wat satu keputusan yang memeranjatkan hehehe nak gelak pun ada, dia nak gi 'menengok' kat sorang pakcik kat Balik Pulau tentang misteri kehilangan kucing ini. Mak pegi ngan abang, kebetulan aku busy yang teramat sangat. Malam tu aku kol mak, tanya cam mana? Mak citer la apa yang pakcik tu citer, Pok Yen masih berada di dalam kawasan perumahan kitaorang, dia sedang dikurung di dalam sangkar oleh seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun yang mana di rumah kanak-kanak tersebut juga ada kucing yang digantung lehernya seutas rantai. Pakcik tu cakap gak, Pok Yen akan kembali kat kitaorang, jangan risau coz budak tu udah diseru supaya mengembalikannya. Hmm misteri sungguh. Malam tu mak gi 'melawat' setiap umah di kawasan perumahan tapi malangnya tak jumpa. Sapa la nak ngaku amek kucing yang 'meletop' tu. Finally kitaorang tido dengan membiarkan pintu depan terbuka luas dengan harapan Pok Yen akan pulang.

Subuh. Di kala sibuk membuat sandwich di dapur, Pok Yen juga muncul. Haaaa balik pun! Bising dia mengeyeow (ada ke perkataan neh?) macam nak cakap mana dia pegi. Aku pun membebel la kat dia, kuar lagik umah tu pasal kena culik. Sejak ari tu Pok Yen stay dalam umah je, dengan kitaorang pun dia tak berapa rapat lagik kecuali ngan mak. So skarang ni tiap hari aku layan Pok Yen jer. Skian pasal kucing.

Pasal kura-kura plak, aku parking keta kat satu area Pulau Tikus minggu lepas, masa nak kuar parking tu jumpa la plak ngan kura-kura nak melintas jalan tengah-tengah bandar, angkat letak dalam keta, bawak balik umah. Mak bising cakap kitaorang semua dalam umah ni tahu nak membela binatang je tapi last-last dia gak kena jaga hehehehe finally kitaorang serahkan kat jiran sebelah yang ada kekura gak, skarang kura-kura dia dah ada kawan!

Dan yang terbaru pasal ular sawa. Aku sampai umah dari antar sandwich yang nak dijual kat Tanjung Bunga tetiba dengar akak jiran umah selang 1 dari umah aku menjerit, rupanya dia nampak kelibat ular kat tangga umah dia. Aku pun dengan beraninya (padahal penakut sangat, aku geli gak kat ular ni tapi aku suka tengok) pegi la umah jiran aku neh ngan pakcik sebelah umah. Skali dia kasi lampu suluh suh aku suluh di celah-celah almari, tak nampak plak. Penat geledah akhirnya jumpa la ular tu tengah menyorok kat tepi almari. Hmm usaha menangkap oleh pakcik tu bermula dan aku berusaha untuk jadi saksi kejadian hehehe, dalam hati aku bercakap, jangan suh aku nolong dah ler. Kejap je ular tu berjaya ditangkap, ular sawa batik. Besar la gak, pakcik tu selumber je pegang. Aku tak hingin nak pegang, kalo yang albino aku berani la.

Demikian tadik kisah-kisah binatang untuk siaran kali ini. Disember dah bermula, jadual aku memang padat sangat buat freelance coordinator show ngan MC, Alhamdulillah rezeki akhir tahun. Mak kata, baik ngan binatang, banyak le rezeki datang tapi tengok binatang la gak kan? Hehehehe....ok la aku nak tido.