Wednesday, July 02, 2008

aku masih seperti dulu .....

Hari ini ada cerita baru dalam hidup aku, suatu yang memulakan segalanya kembali. Sudah puas aku menyusun kata untuk merangka perjalanan baru ini dan aku berserah pada Yang Maha Esa agar segalanya kembali biasa. Setiap manusia di dunia ini pastinya mahukan kebahagiaan, tak siapa yang mahukan penderitaan. Begitu juga dengan aku yang terlalu banyak menempuh segala ujian. Rasanya sudah puas aku menjaga hati insan di keliling aku dan sekarang aku mahukan sesuatu untuk diri aku. Buat dia yang mahu menghargai.

Aku ambil segala tanggungjawab ini, buang segala rasa untuk bangun kembali atas apa yang pernah aku tinggalkan. Bak kata Daniel, segala yang sudah lepas, dia dah kuburkan dan dia tak akan menggali semula batu nisan yang telah ditanamkan. Hmm ada benarnya…..

0 Comments:

Post a Comment

<< Home