Monday, September 20, 2004

BuLan CiNta

September..bulan cinta? Ntah, aku pun tak pasti, yang aku tahu, hubungan aku ngan Iz semakin rapat, stiap hari ada sms dari Iz yang pastinya membuatkan aku tersenyum (Iz banyak mengubat rasa luka di dalam hati aku bila Fid hilang), Fid slalu telefon (aku sayangkan Fid gak, aku tak salahkan dia bila dia hilangkan diri dulu), Nasir mengajar aku tentang sebuah cinta, sebuah perasaan yang datang secara tiba tiba dan hilangnya juga secara tiba tiba, kadangkala aku mahuketawa tapi ada juga rasa sedihnya. Valentine J nak kerja di cruise tahun depan, dia inform aku tanya aku kasi ke tak? Siapa aku nak menghalang perjalanan kerjaya manusia lain cuma aku akan rasa kehilangan, Faz sms smalam, lepas raya dah nak kawin, dia tanya bleh ke dia kawin ngan aku, hehehe, manusia oh manusia.


Aku senyum, aku dianugerahakan ‘kemesraan’ yang terlampau agaknya hinggakan berjaya memiliki semua mereka namun tak pernah terlintas di hatiku untuk mempermainkan perasaan orang lain walaupun perasaan aku sendiri sering dipermainkan, dengan baki usia yang tinggal ini aku mahu rasa kasih dan sayang ini dikongsi dengan seramai mampu mereka yang inginkannya dari aku.
Hari ini aku senyum esok belum tentu, yang pastinya kad raya akan bertambah dengan adanya dorang-dorang ni, hehehe, malam ini bintang boleh menari lagi!

Saturday, September 11, 2004

masih adakah ruang di situ ...

1.39 pagi, baru aja aku selesai menghadiri majlis sambutan kelahiran seorang teman, di sana terlalu ramai manusia dan masing masing ditemani pasangan sedangkan aku seorang bertemankan sms dari Fid...(Fid dah kembali, hatinya bagaikan mahu aku terus bersamanya sedangkan aku semakin risau apa yang akan ada di jalan antara kami di hadapan)
Yang nyata aku sunyi malam ini, cemburu menyaksikan pasangan pasangan yang asyik bercinta.
Yang jelas di mata aku aksi aksi insan yang aku sayang satu ketika dulu..bagaikan sengaja bermesra untuk mencipta suasana cemburu di hati aku. Di fikiran aku mudah sahaja : moga bahagia hendaknya.
Sebelum aku berlari ke alam mimpi, ingin aku suarakan betapa syukurnya aku pada Ilahi (kerna masih memelihara aku disisiMu)

Thursday, September 09, 2004

begitu banyak cerita

begitu banyak cerita ... antara hari hari yang aku lalui terlalu banyak pengalaman yang mendewasakan aku, sebenarnya aku rasa bangga walaupun kadang kala ada derita yang terpaksa aku lalui. dah semua tahu ini lah lumrah kehidupan.


menjadi seorang insan di bumi Ilahi terlalu menguji kesabaran. jika dulu mungkin aku merasa tertekan tapi kini semuanya sudah mematangkan diri sendiri. semoga akan ada satu hari nanti di mana hidup aku penuh dengan kebahagiaan.


hari demi hari mengajar kita untuk terus berdiri sebenarnya, semuanya antara sedar dan tidak.


hidup aku kini lebih bererti walaupun sedikit masa lalu kehilangan Taq yang teramat aku sayang, padaku itu sudah tertulis. setelah sekian lama melalui detik detik pedih, aku bangun semula untuk kehidupan akan datang.


aku percaya langit tak selalu mendung, moganya akan hadir bintang memberi sinar untuk aku, InsyaAllah.

kisah cinta agung

Karya Agung – Menyaksikan Puteri Gunung Ledang membawa aku ke zaman silam, biarpun hanya beberapa jam namun sudah mencukupi untuk aku menghargai betapa indahnya sebuah cinta. Andai ada si Puteri Gunung Ledang ingin aku seru agar diberikan rahmat kepada wanita wanita di dunia ini sebuah cinta agung. Sesungguhnya dahaga aku pada cinta yang sebenarnya.

Puteri Gunung Ledang menghanyutkan aku dalam khayalan, simpati pada si puteri yang agung cintanya, pengorbanannya terlalu besar, yang pasti hingga akhir hayat cinta terus bersamanya.

Hang Tuah dan Puteri Gunung Ledang mampu memberikan aku satu pengajaran, cinta adalah satu perasaan yang terlalu besar nilainya. Tak mungkin dapat dibeli dengan harta dunia. Lahirnya dari sekeping hati yang dikurniakan Ilahi.

Sebaik sahaja meninggalkan pawagam, jiwaku berbisik : andai aku punya sang kekasih hati seperti Puteri Gunung Ledang ….

Sunday, September 05, 2004

BUKAN CINTA BIASA

Begitu banyak cerita
Ada suka ada duka
Cinta yang inginku tulis
Bukanlah cinta biasa
Dua keyakinan beza
Masalah pun tak sama
Ku tak ingin dia ragu
Mengapa mereka selalu bertanya
Cintaku bukan diatas kertas
Cintaku getaran yang sama
Tak perlu dipaksa
Tak perlu dicari
Kerna kuyakin ada jawabnya oh...
Andai ku bisa merubah semua
Hingga tiada orang terluka
Tapi tak mungkin
Ku tak berdaya
Hanya yakin menunggu jawapnya
Janji terikat setia
Masa merubah segala
Mungkin dia kan berlalu
Ku tak mahu mereka tertawa
Diriku hanya insan biasa
Miliki naluri yang sama
Tak ingin berpaling
Tak ingin berganti
Jiwa ku sering saja berkata
Andai ku mampu ulang semula
Ku pasti tiada yang curiga
Kasih kan hadir tiada terduga
Hanya yakin menunggu jawapan
memang benar ini bukan cinta biasa, cinta seorang insan pada insan lain yang tidak tertulis dalam suratan atau kebetulan. sebenarnya, hidup ini penuh dengan dilema yang sukar dijelaskan. namun inilah cabaran namanya.
malam ini hati semakin gelisah memikirkan perjalanan kehidupan akan datang.
alam, doakanlah kesejahteraan ku!

Friday, September 03, 2004

air dari langit

malam ini air turun dari langit, segar rasanya, siang tadi panas menggila hinggakan aku berbogel badan, tak tertahan, agaknya bagaimana rasanya suasana di hari pembalasan!
sesejuk malam mengalihkan ingatan aku dari kesibukan merancang perjalanan pemasaran kepada si dia - dia yang dah tiada dalam kamus hidup aku tapi sesekali muncul di celahan mukasurat yang usang. beginilah kehidupan - tak dapat aku lari dari ingat pada kenangan, telah banyak yang aku korbankan untuk kehidupan insan lain. walaupun aku sering percaya masa untuk aku mengecapi kebahagiaan akan tiba, sesekali terlintas juga di hati kecil ni, sampai bila aku harus begini? menunggu detik bahagia yang aku sendiri tak pasti!
malam ini aku sendiri lagi melihat air dari langit membasahi bumi, moga ada harapan esok hari, insyaAllah.