Tuesday, October 18, 2005

masa ... lambang cinta

Masa adalah anugerah Allah Subhanahu Wataala yang amat bernilai dan terlalu berharga. Pepatah ada mengatakan masa itu emas malahan lebih berharga dari emas, kerana emas boleh dijual beli. Emas boleh ditukar ganti, akan tetapi masa atau waktu yang telah berlalu pergi tidak akan berulang lagi.

MASA. Setiap masa yang melalui hidup aku pasti aku isi sepenuhnya, walaupun begitu masih ada ruang kesal kerana aku tidak mampu melakukan itu ini namun aku hanya punya 24 jam sehari untuk melaksanakan semua perkara kehidupan dengan sebaik mungkin. Namun, Aisye yang paling bahagia sebenarnya kerana masa aku untuk dia melebihi segalanya (moganya dia tahu menghargai apa yang aku kongsi bersamanya) Hanya ini harta yang aku ada, untuk dia tak pernah ada erti 'kesibukan' dalam perjalanan hidup aku namun aku tak pasti samada aku melakukan perkara sebenarnya atau aku mengulangi kisah kisah lama yang penuh dengan cerita duka.

Aku nak kongsi ngan korang, dari pengalaman demi pengalaman hidup aku, hargailah setiap insan yang berada dalam hati kita, tak perlu kita melihat segala pengalaman duka kita yang lalu sebenarnya, adalah tidak adil kita menghukum orang baru hanya kerana pengalaman dari orang lama kan? Namun sesekali timbul gak 'ingatan' nakal dalam kepala aku ni, kekadang manusia ni tak melihat dirinya dihargai atau disayangi atau juga berpura pura menidakkan segalanya.

Aku ada seorang kawan, tinggalnya skarang di merata pelusuk laut, bertugas di kapal di samudera luas, satu ketika dulu kami penah jadik kawan baik, mak aku cakap aku ngan dia macam belangkas. Dapat tak korang bayangkan, aku balik keja jam 5pm sampai umah lebih kurang jam 6pm, pas Maghrib kitaorang akan keluar ngan motor aku lepak la kat mana mana yang kitaorang nak sampai awal pagi pastu baru balik umah. Masa tu kitaorang isi dengan pelbagai cerita cerita kehidupan. Kami kenal tak lama, lebih kurang setengah tahun kemudian dia dapat tawaran untuk menyambung pengajian, sejak itu kami mula 'berjauhan'. Dia dengan kesibukan pengajiannya dan aku dengan kesibukan pekerjaan aku namun kami saling berutus surat (masih tersimpan sekotak suratnya pada aku), sampai saat ini kami masih berutusan menerusi sms, mungkin tidak sekerap dulu namun kami tidak pernah hilang dari jiwa masing masing (kali terakhir aku jumpa ngan kawan aku ni pada tahun 2002 - waktu itu aku sedang mengacarakan persembahan di Hotel Legend KL, dia datang betul-betul di depan muka aku, terkedu aku jadinya, malam tu kami isi dengan cerita cerita kenangan lama) Skarang, bilamana dia tiba di mana mana pengkalan untuk berlabuh, sms tak pernah lekang dikirimkan untuk aku. Aku percaya, satu hubungan yang sempurna tidak ada perkataan 'sibuk' di dalamnya kerana perkataan itu memakan diri sebenarnya. Mungkin ini hanya satu cerita yang dapat aku kongsi dengan korang, aku percaya masing masing antara korang ada cerita di sebalik 'masa'.

p/s : Hari ini, Tuhan berikan secebis kasih sayang. Mungkin besok hari, Tuhan campakkan rasa benci. Hargailah kasih sayang hari ini. Kelak besok, kita mungkin hilang nikmat kasih sayang. Hargailah siapa sahaja yang ada di sisi anda.

Friday, October 14, 2005

seorang perempuan di tepi jalan ....

Ntah macam mana aku nak citerkan kat sini tapi aku btol-btol nak kongsi citer yang menarik ini, setiap pagi aku kuar umah, aku stay kat Teluk Bahang - end of the world (mawi ciplak world aku!), kalau dulu bermotorsikal Jaguh kuning (rindunya aku kat motor aku ni) tiap pagi menyelusuri pantai Batu Ferringhi , skarang aku dah ada buah hati baru, si Atos silver. Dari keta ni aku dapat hayati gak ketenangan pantai di kiri dan keindahan hutan di kanan. Tapi yang lebih menarik nak aku ceritakan ialah tentang sorang perempuan yang selalu aku jumpa, masa pegi keja dan masa balik keja gaks!

Perempuan ini berkulit tanned (aku rasa sebab kena sambar dek panas mentari tiap hari), slalu pakai dress paras lutut dan di tangan kirinya ada bungkusan beg plastik, dia berjalan umpama di pentas catwalk (sayangnya dia agak rendah), semua destinasi aku dah jumpa dia, slalunya dalam kawasan Batu Ferringhi, Tanjung Bunga, Tanjung Tokong, Bagan Jermal dan Georgetown. Dah lama sangat persoalan ini bermain di fikiran aku - siapa dia? kenapa dia berjalan ke sini sana?

Akhirnya aku dapat jawapan dari bekas teman sekelasnya yang juga akak kepada Eton, kawan aku yang skarang dah pun keja kat GSC (Alhamdulillah) Begini citernya ......

SI perempuan yang ke hulu ke hilir itu asalnya seorang pelajar perempuan yang begitu cemerlang pengajiannya semasa di bangku sekolah namun dia dilahirkan di dalam keluarga yang miskin (hmm sian sangat), lantaran kemiskinan itu, dia terpaksa melupakan hasratnya untuk menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi sebaliknya terpaksa menyara kehidupan keluarga dan adik adiknya yang masih kecil lagik. Dan yang menyedihkan aku bila mendengar kenyaatan ini - dia jadi cam tu kerana tekanan perasaan! Aku percaya pada cerita ini kerana aku penah jumpa ngan beberapa orang yang berada dalam keadaan tertekan dan aku juga penah melalui satu keadaan tertekan, yang aku ingat kala itu, badan aku berpeluh dan alam sekeliling seakan berpusing (semua ni jadi pas aku puas pikir tentang 1 perkara, pikir sampai aku jumpa jalan buntu) Mujur aku cepat tersedar dan aku tenangkan kembali fikiran aku yang berkecamuk masa tu.

Masa drive nak balik umah tadi aku masih memikirkan tentang perempuan itu, aku simpati sangat pada kehidupannya namun apa daya aku. Sekadar merenung berkongsi simpati.

p/s : aku fikirkan aku punya banyak masalah, rupanya ada lagi yang bermasalah.

Sunday, October 09, 2005

tertulis aku milik mereka ...



masak lemak telur cili padi ... untuk kali pertama dalam hidup aku, sedapnya lauk itu! hehehe, sesungguhnya aku dah jatuh cinta ngan lauk tu, warna kuning ngan telur hancur, sedap sangat sangat sampai saat menaip ni pun aku terbayangkan lauk tu! hmm aku makan kat umah Aisye ari Jumaat lepas sewaktu buka puasa ngan family dia.

malam tu aku buka puasa ngan kurma, nasi lauk masak lemak tu, ayam goreng rempah daging dan tempe! ya Allah, sedap sangat walaupun simple dan yang lebih menyedapkan lagi bila layanan family Aisye yang ramah giler, dari nak cover malu tak jadik malu dah coz aku senang sangat ngan layanan dorang pada aku, baik mak abah dia ataupun adik adik dia. keakraban tu dah mula terasa walaupun jika diikutkan aku masih baru je mengenali dorang!

sesungguhnya Ramadhan ini terlalu bermakna!

p/s : mungkin udah tertulis, aku ini milik keluarga itu

Wednesday, October 05, 2005

tibanya RAMADHAN

Petang Ramadhan aku di rumah Aisye tanpa Aisye. Dari jam 5.30 petang hingga 10 malam, meluangkan masa bercerita tentang aku, tentang dia dan keluarganya, memahami dan cuba membentuk satu rasa cinta sesama kami. Aku disajikan ngan bihun goreng berkicap (sedap siot, pedas sangat tapi I'm loving it!) Aku menonton ASTRO dengan ma Aisye, bertukar cerita apa saja, dari cerita biskut raya ke cerita AP Rafidah Aziz, semua kuar! Dan yang pastinya tentang Aisye : siapa dirinya dari pandangan ibu kandungnya! Aku semakin memahami dan menyayangi (pastinya) namun aku juga semakin berhati-hati (perlunya rasa ini ada di jiwa)

Ramadhan ini terlalu istimewa, bilamana aku punya dia, seorang insan yang semakin dekat di hati aku dari hari ke hari. Pastinya pagi Syawal nanti bertambah seri (biarpun kami tak berpeluang meraikan bersama di pagi raya) - aku sedih sangat, aku berangan je la dapat ada di sisi Aisye di Aidilfitri. Hmm mungkin tahun depan, segalanya mungkin!

Aku teringatkan arwah nenek, dulu sewaktu arwah masih ada, aku slalu solat Maghrib ngan nenek, kitaorang sekadar menjamah kurma ngan air pastu solat pastu baru la makan nasi. Skarang semuanya dah tak der lagi. Sayu sangat kat meja makan tadik, hmm suratan hidup dah tertulis kan? Hanya doa je yang dapat aku hadihkan wat nenek ...

Ramadhan ... terlalu banyak kenangan yang tersimpan!

Monday, October 03, 2005

sepasang kain biru hitam

Tak lama je lagi Ramadhan akan menjelma, pastu Syawal plak. Tahun ni rasa hepi sangat dari tahun-tahun lalu coz ada Aisye yang akan bersama ngan aku sambut Aidilfitri nanti, InsyaAllah. Tadi pagi aku ada event kat EQ hotel pastu terus aku gi KAMDAR carik kain untuk persalinan Syawal buat Aisye, pening kepala aku carik kain yang sedondon ngan aku. Puas pusing akhirnya jumpa gak, kain warna hijau epal (warna kegemaran mak). Hmm Khamis ni Aisye balik Penang aku nak kasi kat dia untuk tempah cepat-cepat, itupun rasa cam tak yakin je, ada ke tailor yang nak ambik tempahan lagik ni! Cuba je la....

Masa tengah cari kain tu, aku terpandang sehelai kain sutera cina warna biru hitam, biru hitam banyak kenangan untuk aku. X-lover dulu suka sangat ngan warna ni, aku ingat lagi, masa tu kitaorang sedang holiday kat Negeri Kelantan Darul Naim, masa kat atas bas, dia ternampak ada pakcik jual kain warna biru hitam, dia cakap dia suka sangat ngan kain tu, yang aku ni pun di bawah pengaruh minda bawah sedar terus suruh abang driver tu stop kejap, aku turun gi beli kain tu kat pakcik tepi jalan pastu naik bas balik kasi kain tu sebagai hadiah untuk dia. Hmmm dapat korang bayangkan? Aku sendiri tak tahu macam mana aku bleh wat cam tu. So jap tadik bila terpandangkan kain warna cam tu aku teringatkan dia , just teringat jer la, kejap je pun, kata orang cinta pertama ni susah nak lupa kan? Banyak sangat kenangan tapi skarang ni aku cuma nak hati aku diisi oleh Aisye jer, tak nak yang lain. Baik buruk hanya Aisye jer. Aku ni bukan jenis sana makan sini makan, nak kata aku bodo pun kata la, yang aku tahu aku nak jadi bf yang baik, itu jer!

Khamis ni aku nak gi ambik Aisye, Jumaat InsyaAllah dia sahur kat umah aku, buka puasa karang kat umah dia, iya-iya sangat mak dia ajak makan kat umah, dah berapa kali aku tolak so kali ni tak der alasan lagi nak menolak, kang nampak sangat aku ni ntah apa apa.

p/s : terima kasih pada yang sudi menyayangi, maafkan aku kerana terpaksa menyatakan di sini, hanya Aisye yang bertakhta di hati.