Tuesday, October 18, 2005

masa ... lambang cinta

Masa adalah anugerah Allah Subhanahu Wataala yang amat bernilai dan terlalu berharga. Pepatah ada mengatakan masa itu emas malahan lebih berharga dari emas, kerana emas boleh dijual beli. Emas boleh ditukar ganti, akan tetapi masa atau waktu yang telah berlalu pergi tidak akan berulang lagi.

MASA. Setiap masa yang melalui hidup aku pasti aku isi sepenuhnya, walaupun begitu masih ada ruang kesal kerana aku tidak mampu melakukan itu ini namun aku hanya punya 24 jam sehari untuk melaksanakan semua perkara kehidupan dengan sebaik mungkin. Namun, Aisye yang paling bahagia sebenarnya kerana masa aku untuk dia melebihi segalanya (moganya dia tahu menghargai apa yang aku kongsi bersamanya) Hanya ini harta yang aku ada, untuk dia tak pernah ada erti 'kesibukan' dalam perjalanan hidup aku namun aku tak pasti samada aku melakukan perkara sebenarnya atau aku mengulangi kisah kisah lama yang penuh dengan cerita duka.

Aku nak kongsi ngan korang, dari pengalaman demi pengalaman hidup aku, hargailah setiap insan yang berada dalam hati kita, tak perlu kita melihat segala pengalaman duka kita yang lalu sebenarnya, adalah tidak adil kita menghukum orang baru hanya kerana pengalaman dari orang lama kan? Namun sesekali timbul gak 'ingatan' nakal dalam kepala aku ni, kekadang manusia ni tak melihat dirinya dihargai atau disayangi atau juga berpura pura menidakkan segalanya.

Aku ada seorang kawan, tinggalnya skarang di merata pelusuk laut, bertugas di kapal di samudera luas, satu ketika dulu kami penah jadik kawan baik, mak aku cakap aku ngan dia macam belangkas. Dapat tak korang bayangkan, aku balik keja jam 5pm sampai umah lebih kurang jam 6pm, pas Maghrib kitaorang akan keluar ngan motor aku lepak la kat mana mana yang kitaorang nak sampai awal pagi pastu baru balik umah. Masa tu kitaorang isi dengan pelbagai cerita cerita kehidupan. Kami kenal tak lama, lebih kurang setengah tahun kemudian dia dapat tawaran untuk menyambung pengajian, sejak itu kami mula 'berjauhan'. Dia dengan kesibukan pengajiannya dan aku dengan kesibukan pekerjaan aku namun kami saling berutus surat (masih tersimpan sekotak suratnya pada aku), sampai saat ini kami masih berutusan menerusi sms, mungkin tidak sekerap dulu namun kami tidak pernah hilang dari jiwa masing masing (kali terakhir aku jumpa ngan kawan aku ni pada tahun 2002 - waktu itu aku sedang mengacarakan persembahan di Hotel Legend KL, dia datang betul-betul di depan muka aku, terkedu aku jadinya, malam tu kami isi dengan cerita cerita kenangan lama) Skarang, bilamana dia tiba di mana mana pengkalan untuk berlabuh, sms tak pernah lekang dikirimkan untuk aku. Aku percaya, satu hubungan yang sempurna tidak ada perkataan 'sibuk' di dalamnya kerana perkataan itu memakan diri sebenarnya. Mungkin ini hanya satu cerita yang dapat aku kongsi dengan korang, aku percaya masing masing antara korang ada cerita di sebalik 'masa'.

p/s : Hari ini, Tuhan berikan secebis kasih sayang. Mungkin besok hari, Tuhan campakkan rasa benci. Hargailah kasih sayang hari ini. Kelak besok, kita mungkin hilang nikmat kasih sayang. Hargailah siapa sahaja yang ada di sisi anda.

1 Comments:

Blogger hisyam abbas said...

sibuk sentiasa dilontarkan justeru itu mensyaratkan cinta maka sibuk itu memakan cinta yg sekian lama..benarlah kata putera sibuk itu..

8:09 PM  

Post a Comment

<< Home