Wednesday, September 21, 2005

LELAKI IDAMAN



sesuatu yang agak menarik untuk aku kongsi ngan korang, macam best je bila aku baca tentang 10 LELAKI IDAMAN dalam majalah MASTIKA keluaran Oktober 2005.

YANG bercita-cita besar untuk menolong orang lain yang memerlukan, bukannya hidup di lamun angan-angan dan prlu ditolong!

YANG tidak malu untuk berkata "saya minta maaf, sayalah yang bersalah"

YANG dapat melihat pelbagai pengaruh buruk yang cuba merosakkannya tapi tanpa ragu-ragu berkata 'tidak!'

YANG meletakkan urusan Tuhan melebihi segala-galanya

YANG membuat sesuatu, misalnya melaksanakan impiannya dengan bersungguh-sungguh dan apabila berjaya dia menghadiahkan setinggi-tinggi penghargaan kepada orang-orang yang membantunya

YANG sentiasa tersenyum, merendah diri dan mesra dengan sesiapa sahaja tanpa mengira darjat dan kedudukan

YANG melihat kesilapan diri sendiri sebelum melihat kesilapan orang lain

YANG sedia mencurahkan wang, masa dan kebolehannya kepada orang lain tanpa memikirkan balasan

YANG sentiasa berusaha untuk menjadi contoh terbaik kepada anak-anaknya daripada hanya beromong kosong mengenai hal tersebut

YANG membawa anak-anak ke rumah ibadat, bukannya menghantar mereka ke sana

0 Comments:

Post a Comment

<< Home