Monday, September 12, 2005

semalam bersama MAWI



Semalam dengan MAWI ... cerita di hadapan mata. Aku menyaksikan Akademi Fantasia 3 dari minggu ke minggu namun belum pernah mengundi walau sekalipun kerana sejak awal aku meletakkan tempat aku sebagai penonton sahaja. MAWI diumumkan sebagai JUARA. Aku terima dengan hati yang terbuka, mungkin aku bukan di kalangan peminatnya namun nama Mawi tetap ada di hati aku kerna aku mengagumi akhlaknya.

Seminggu yang lalu, aku dapat notis untuk back-up Mawi menerusi lagu Seroja dan Gadis Melayu. Bila aku cakap je pada dancers yang dorang akan back-up Mawi dengan dua buah tarian, baik yang laki atau pompuan, tetiba je hepi semacam malah hari demi hari hanya nama Mawi je ada kat bibir dorang aku hanya mampu tersenyum.

Semalam, saat yang dinantikan. Bilik persalinan dancers di sebelah bilik Mawi, saat Mawi melintas untuk ke bilik persalinannya, aku dapat saksikan betapa ramainya manusia yang mengekorinya termasuklah bodyguardnya yang ramai gak tu. Mawi cool je tapi muka tak senyum langsung, mungkin penat kot. Saat persembahan, Mawi yang ada di depan aku ini terlalu jauh berbeza dengan Mawi yang aku lihat di kaca tv, persembahannya bak penghibur yang sudah punya banyak pengalaman, mungkin apa yang dipelajari di Akademi dimanfaatkan di sini malah komunikasi Mawi boleh dikatakan baik untuk penyanyi baru sepertinya. Banyak unsur-unsur Islamic dan kata kata nasihat yang Mawi kongsi dengan peminatnya pada malam itu. 5 buah lagu dipersembahkan dengan bayaran RM17ooo. Bilamana aku berbual dengan organiser persembahan pada malam tersebut, di fikiran ini hanya memikirkan betapa bertuahnya insan yang bernama Mawi. Perjalanan hidup manusia ini terlalu subjektif sebenarnya. Saat di belakang pentas sebaik sahaja tamat persembahan, Mawi 'dilarikan' lagi oleh PR dan bodyguardnya yang sikit pun tak mesra. Aku pernah bertemu dan membawa dancers untuk back-up ramai lagi artis ternama namun inilah pertama kali aku diketemukan dengan 'pengalaman duka' ini. Inilah kehidupan seni sebenarnya.

Aku duduk di bilik persalinan sambil bibir ini berdoa agar Mawi terus berjaya dan dikekalkan akhlak terpujinya. AMIN.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home