Wednesday, August 24, 2005

carnival oh carnival



carnival month ... itu je la nama yang bleh aku kasi bagi melambangkan bulan Ogos kali ini, jadual penuh hampir setiap hari sampaikan aku rasa dah btol-btol nak lari jejauh (terengganu ke cameron ke johor ke...3 lokasi dalam pilihan)

Sabtu Ahad hari itu aku 'berkampung' di PISA untuk Karnival TV3, kali pertama aku gi sana itupun coz kena handle show untuk NONA, Wanita Hari Ini dan Harian Metro, kalau tak kerana kerja jangan harap aku nak gi sana, rimas sangat orang punya ramai (mostly nak tengok personaliti Tv3 ngan artis) Sepanjang dua hari kat sana, kulit terbakar macam giler, aku tak sedar tapi bila dah semua asyik menegur baru la aku perasan, hmm semakin hitam la aku yang dah hitam ni tapi mak kata yang hitam tu la yang manis hmmm .... yer ke?

Isnin, awal pagi dah terpacak kat Sheraton Hotel untuk sambutan kebudayaan untuk MB Selangor sempena Promosi Makanan Selangor di Penang, punya la banyak makanan sampai aku nak termuntah tengok, last last aku makan Sate Kajang je, hmm first time dalam idup aku makan Sate Kajang, sebagai peminat sate aku kasi 3 bintang la untuk Sate Kajang ni, aku sempat gi dapur hotel lagik jenguk abang abang sate bakar sate, meyelerakan!

Selasa, meeting kat Tourism Penang ngan semua jawatankuasa penganjur (seram aku tengok polis polis berpangkat yang datang meeting ni, muka bengis giler) Konvoi Merdeka 25 ni. Sebanyak 148 motorsikal berkuasa besar (alangkah indah kalau aku ada sebijik motor ni), 50 motorsikal tempatan dakan terlibat dalam acara ini. Kitaorang akan buat persembahan boria (identiti Penang) dalam 4 bahasa utama iaitu Melayu, Inggeris, Cina dan India, selanjutnya persembahan kebudayaan multi-racial, persembahan tema Puteri Gunung Ledang dan juga back-up dancer untuk Aliya (siapa ni?) dan The Muffins (ini aku kenal la).

Jap lagi aku briefing untuk MC dan Artis katanya jam 5 petang, aku nak kena rush gi banyak tempat ni, adusss macam tak cukup masa jer jadinya. Nulis kat blog ni pun rasa cam tak cukup syarat je.
Karang je la aku sambung!

1 Comments:

Anonymous Anonymous said...

askum....lama x dgr berita yee...heheh wah sibuk bangat yaa ..xperlaa sibuk tandanya rezeki pun mencurah2....seomga sihatla ye dan kirim salam kat awek2 yg dlm gambar tue ye..hehehee

4:44 PM  

Post a Comment

<< Home