Wednesday, August 03, 2005

WASIAT IMAM HASSAN AL-BANNA

CUTI...leganya, aku tengok jadual keja sepanjang Ogos kemarin, fuiyooo banyaknya function so cepat-cepat aku apply time off ari ni, saja jer nak cover letih (keja belum tapi dah letih dulu) Actually semalam aku balik pun dah kol brapa dah, pegi wat pemilihan akhir design baju, business card and banner kat Sungai Dua, dari jam 11.30 malam sampai 1 pagi, penat tu! Aku siap menguap berapa kali ntah!

This morning aku kemas bilik, kemarin aku ke Makro beli tikar Bali, satu kecil satu besar, pastu beli carpet untuk sisi katil ngan rak tv, Jumaat ni nak gi ambik tv yang aku antar baiki pastu nak gantikan vcd player aku ngan dvd player, maka siaplah sistem teater bilik aku hehe pasni bertambah banyaklah masa aku dalam bilik aku ni.

Yang nak aku ceritakan ialah semasa sedang mengemas bilik pagi tadi aku terjumpa ngan satu salinan Wasiat Imam Hassan Al-Banna, seingat aku salinan ni aku dapat dari Abang Zaidi (senior staff masa aku keja ngan Bumiputra Commerce Bank Berhad dulu). Korang cuba amati wasiat Assyahid ini.

1.
Apabila saudara mendengar azan, segeralah bangun bersembahyang serta merta walaubagaimana keadaan saudara sekalipun.

2.
Bacalah Al-Quran atau tatapilah ilmu atau pergilah mendengar perkara baik atau berzikir, janganlah sama sekali membuang masa dalam perkara sia-sia.

3.
Berusaha sedaya upaya untuk bertutur dalam Bahasa Arab fusha kerana ia merupakan satu syiar Islam.

4.
Janganlah banyak berdebat dalam apa perkara sekalipun, kerana pertengkaran kosong tidak mendatangkan sebarang kebaikan.

5.
Jangan banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.

6.
Saudara jangan bergurau kerana umat yang berjihad sentiasa bersungguh dan serius dalam setiap perkara.

7.
Jangan saudara bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh pendengar kerana ia menjemukan dan boleh menyakiti pendengar.

8.
Jauhi dari mengumpat peribadi orang, mengecam pertubuhan dan jangan bercakap melainkan perkara yang mendatangkan kebaikan.

9.
Bekenalanlah dengan setiap rakan yang saudara tidak diminta berbuat demikian kerana asas dakwah kita ialah berkasih sayang dan berkenalan.

10.
Kewajipan lebih banyak dari waktu, oleh itu bantulah rakanmu untuk manfaatkan waktu mereka dan jika saudara berterusan maka singkatkanlah masa, perlaksanakannya.

p/s : hmm aku termenung jap. banyaknya perkara yang aku tak buat dalam wasiat ni.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home