Tuesday, August 02, 2005

FeNiNg



DHL...sejak awal pagi lagi aku dah pening ngan function DHL ni, mulanya Officer dorang cakap kat aku office dorang kat MASKARGO. Dah bebudak dancers terpacak nunggu dari jam 8 sampai jam 9 pagi, tak nampak pun muka Officer tu, bila aku call dia cakap kat DHL Penang Gateway plak yang kat area Batu Maung tu, aku cakap la bebaik yang dorang cakap lain kemarin pastu tetiba Officer tu naik hangin cakap ninggi suara ngan aku! Fuh aku plak ari ni cam 'period' jer, pepagi buta dah kena serapah! Aku hangin la balik, aku cakap 'tolong jaga sket mulut awak tu, kalau U tak puas hati, kitaorang boleh balik skarang gak!' hehehe menjadi gak seranah aku, pastu dia cakap slow balik, ha baru tau...dia ingat dia sorang je bleh hangin.

Ari ni DHL nak sambut Boss dorang dari mana ntah, bila dah patah balik ke DHL Penang Gateway, dancers semua salin baju pastu standby je, sian dorang dari pagi tu. Panas plak cuaca ari ni, nasib korang la hehehe aku dah rasa semua tu, aku stay kat lobby jer, ngantuk plak rasanya hehehe....sempat gak aku bergambar wat kenangan!

Actually ari ni sejak pagi aku not in mood, ntah la pasal. Masa tengah drive abis function tadik aku dapat call dari Kejuruteraan Kimia USM dari Dr Lee, beliau setuju dengan quotation yang aku antar dan suruh standy for the show on 8th Ogos kat Penang Parkroyal untuk function 3rd Workshop on Regional Network Formation for Enhancing Research and Education on Materials Engineering and Green Energy. Aku plak dengan bangganya say OK.

Balik je opis dan bila aku semak organiser aku, MAMPOS! On the day itself dah pun aku confirmkan satu show lain plak kat PISA...alahai mati la aku kali ni! TENSION. Aku pun mula menjalankan kerja menelefon ke sana sini carik stok dancers dan hasil kerja keras, aku dapat dancers luar untuk cover show produksi hehehe lega! Ari ni aku save by the bell tapi kalau bleh tak nak lagi perkara cam ni terjadik! Risiko besar siot! Tadi aku ke studio jenguk training dorang, ok la tu ..... harapnya semua success karang.

Aku ngantuk .....

0 Comments:

Post a Comment

<< Home