Monday, August 01, 2005

Thanks SAYANG

Dihempas ombak
Terdampar buih
Menanti waktu pulang ke laut
Begitu rindu

Dipisah takdir
Meniti saat bersulam cinta

Lihat..Lihat..
Ke dalam mataku..
Sinarnya menyala..
Lihat..Lihat..
Ke dalam mataku..
Cintamu bertakhta...


Sebelum ku kenal
Dirimu siapa
Aku tak kenali
Apa itu cinta
Setelah ku kenal
Dirimu sebenar
Kau cinta sejati
Ku sandarkan jiwa

Digilis angin
Tercarik awan
Menanti detik sebelum hujan
Begitu sendu Diguris resah
Meniti hari bersulam tangis


Lihat..Lihat..
Ke dalam mataku..
Sinarnya menyala..
Lihat..Lihat..
Ke dalam mataku..
Cintamu bertakhta di hati..

Takkan berganjak pendirian ku ini
Selagi kita tak kembali bersatu
Selamanya....
Takkan berubah perasaan ini terhadap mu
Biar digugat..Biar dicabar..Biar dihalang...



Semalam. Aku habiskan masa ngan AISYETERU. Indahnya tak dapat aku gambarkan kat sini, hmm kata kawan aku...'adatlah tu, yang baru semuanya indah'. Tapi aku tak penah junjung ayat tu pun malah tak penah ada dalam kamus idup aku. Yang aku tahu, sewaktu ngan xgirl dulu, tiga tahun ngan dia...tiga tahun itulah cinta aku ngan dia segar senantiasa cuma mungkin tak der jodoh antara kitaorang (dan aku syukur sangat dengan perpisahan tu, betul kata yang tertulis...setiap yang terjadi itu ada hikmahnya, perpisahan itu mengajar aku tentang satu semangat yang paling kuat dalam hidup aku dan perpisahan itu gak yang menyedarkan aku bahawa aku punya teman dan keluarga tercinta) DAN perpisahan itu gak yang mengizinkan aku bertemu dengan dia yang aku sayang skarang ni. Saat ini aku teringatkan x-girl aku gak, InsyaAllah tak lama lagi bakal melahirkan baby pertama setelah hampir 8 tahun mendirikan rumahtangga. Minggu lalu dia menelefon aku lagi namun sengaja aku meringkaskan perbualan, aku sayang dia..sayang yang teramat sayang (cinta pertama tak mungkin aku lupa) namun aku perlu sedar di mana letaknya diri aku sekarang. Kitaorang terpaksa berpisah lantaran keluarganya yang melihat aku sebagai insan yang tak punya apa-apa. Itu satu ketika dulu..dan hari ini aku bangun dengan 'keegoan' mereka dan Allah itu Maha Adil. Biarlah...aku tak mahu lagi mengungkit segala apa yang telah terjadi satu ketika dulu cuma aku sering mengingatinya sebagai landasan untuk aku meneruskan kehidupan.

(awak, rindu ini biarlah jadi milik saya biarpun saya tahu awak terlalu merindui detik kita bersama dulu tapi segalanya dah berlalu, semua itu biarlah kita tinggalkan di hati kita sebagai kenangan. hargailah dia yang bersama awak kini, tentang diri saya awak tak perlu risaukan kerana saya juga sudah punya insan yang telah banyak berkorban untuk saya selama ini, biarpun hubungan kami bukan di landasan yang sama seperti saya dan awak tapi saya bahagia memilikinya. izinkan saya untuk terus menyimpan kenangan kita)

Hmm...sebenarnya bukan itu yang mahu aku ceritakan di sini. Yang mahu aku luahkan ialah, buat pertama kalinya aku didendangkan lagu LIVE di tepi telinga aku ni, suara terus ke jiwa. AISYE nyanyikan aku lagu Bertakhta Di Hati, saat lagu tu mati di baris lirik terakhir, airmata aku bergenang namun cepat-cepat aku sembunyikan. Aku sayang sangat hubungan ini tapi aku bimbang, teramat bimbang andainya hubungan ini tak ke mana. Kalau nak pikir wat tambang bimbang je kat hati kan? Biar je la, yang penting skarang ni aku tetap cam diri aku sendiri, sayang hanya pada yang menyayangi aku.

Semalam banyak yang kitaorang bincangkan tentang apa yang harus kitaorang lalui dalam hubungan kitaorang. Aku lihat Aisye banyak memahami aku biarpun pada mulanya dia tak dapat nak menerima diri aku dengan kerjaya yang aku jalani skarang ni. Katanya bergelumang dengan dunia hiburan dan glamour membuatkan dia kurang senang, dia akui yang dia yakin ngan kejujuran aku namun jauh di sudut hatinya masih ada sesuatu yang berbisik : tentang aku dan dunia kerjaya aku. Aku tahu dunia kerjaya aku ini menyimpan 1001 cerita dan menemukan aku dengan 1001 manusia yang berbeza jiwa. Buat ke sekian kalinya, aku jelaskan lagi pada dia tentang apa yang sebenarnya aku cari dan apa yang sebenarnya aku lalui dalam kerjaya ini. Mujurnya dia mengerti (biar masih ada sangsi di hati)

Aisye dah balik kampus tadi. Jap tadik aku baring kat buaian sambil tengok bintang, tetiba masuk SMS Gd Nite wishing dari Aisye. RINDU SANGAT.

1 Comments:

Anonymous Anonymous said...

moga berbahagia... bila nak kenalkan nie;)

11:28 AM  

Post a Comment

<< Home