Wednesday, July 13, 2005

MEDAN - satu perjalanan kehidupan

JUMAAT - Aku sampai di Polonia Airport, Medan jam 2 petang waktu Medan. Suasana yang tak banyak berubah, syukur Alhamdulillah tiada masalah yang aku hadapi, ambik teksi terus menuju hotel Sri Deli (hotel ntah berbintang atau tidak). Hanya hotel ini yang masih punya kekosongan, yang lainnya udah penuh! Fikiran aku ligat berfikir, apsal penuh? Hmm ramai sangat ke pelancong di kota yang sesak ini? Aku alihkan semua yang berada di dalam fikiran dengan terbaring di katil. Bau busuk bilik ni. Semuanya lengkap cuma berbau, bau apa aku pun tak pasti langsung aku bangun terus menuju kamar mandi dan bersiram sepuas-puasnya, LEGA. Semua pakaian aku keluarkan langsung menuju ke Pasaraya Yuki, aku terus mencari pewangi kamar hehehe puas hati aku! Hmm aku beli sedikit biskut ngan mineral water untuk stok lapar tengah malam hehehe……balik je ke bilik aku teruskan acara menyembur! Aaahhhh wanginya dan aku tertidur plak!

Azan dari Masjid Simpang Raya sayup kedengaran, hmm dah Asar! Pas menunaikan fardhu, aku call Martin (kenalan aku dari Nias, kitaorang kenal since kunjungan aku mewakili Penang pada zaman aku bergelar Artis Budaya..hmm tahun 1999) Martin datang ke bilik pastu kitaorang keluar gi shopping! YES YES YES aku pusing satu bangunan SUN PLAZA (cam KLCC tapi aku rasa Sun Plaza ni meletop lagik!) Pencarian bermula, semua kedai jual VCD dan BUKU aku masuk semata-mata mahu lunaskan janji pada Meer untuk mendapatkan senarai 10 VCD Indonesia yang dipesannya hmm yang dapat hanya 5. Yang bakinya belum lagi diterbitkan dalam bentuk VCD. VCD yang aku dapat untuk Meer :

1. TAK BIASA
2. KIAMAT SUDAH DEKAT
3. TITIK HITAM
4. AIFFEL … I’M IN LOVE (extended version)
5. ANDAI IA TAHU

Hmm…kalau korang nak tahu, VCD yang Meer minta semua ada nilai yang berjaya menarik perhatian penonton Indo, ini aku tahu dari staff kedai VCD kat sana, dorang pun heran macamana aku bleh tau pasal judul-judul VCD ni, setiap kali di tanya aku hanya tersenyum (cam bangga) tapi sebenarnya aku kehairanan mana la Meer tahu semua judul ni? Hmm maleh nak piker, aku beli jer!

Untuk aku plak…jeng jeng jeng aku beli 5 novel Indonesia :

1. Cinta Penuh Air Mata – ANDREI AKSANA
‘tak mungkin aku membagi cinta, karena diriku masih terikat, meski takdirku bukan milikmu, hanya kau yang mengisi hidupku’

2. Abadilah Cinta – ANDREI AKSANA
‘walau penantian tak bertepi, juga malam hanya titik sepi, tetap ku menanti dalam sunyi, berdoa semoga kau kembali’

3. Ungu Violet – MIRANDA
‘begitu sempitnya waktu, begitu besarnya cinta’

4. Tentang Dia – MAAMMAR EMKA
‘cuma ada dua hal besar dalam hidup ini – cinta dan kematian. Ketika kita siap menerima keduanya, bererti kita siap menghadapi apa saja …’

5. Mengejar Matahari – TITIEN WATTIMENA
‘persahabatan adalah setiap detik yang dilalui’

Aku suka membaca, sebenarnya tak kisah sangat jenis bahan baca tapi ada dua sebab aku semakin minat dengan novel-novel karya penulis Indo, yang pertama aku sukakan Andrei Aksana…tulisannya membawa aku ke alamnya. Kata-katanya bersulam puisi, sering memerangkap aku untuk berenang ke dasar hati setiap watak jelmaan itu, karyanya juga beserta CD lagu hehehe itu yang best so feeling baca sambil dengar lagu yang dia nyanyikan sendiri. Novel penulis lain best gak, dengan judul unik, bahasa indah dan lebih dalam maksudnya. Bukan mahu menidakkan penulis tempatan tapi lain padang lain belalang kan? Aku dah jatuh cinta dengan cara penulisan dorang. Nasib baik aku tak bawak duit banyak, kalau la ada lebihan sure aku bleh borong semua novel kat Gramedia tu, banyak sangat sampai tak tahu nak pilih yang mana. Yang lebih menarik perhatian aku, tak penah aku kunjungi kedai buku yang pengunjungnya punyalah ramai, aku rasa cam kat pasar….tiga kali aku kunjungi Gramedia, pengunjung berhimpit himpit memilih buku, sukanya aku cam tergolong dalam ketagihan ilmu! Hmmm….alangkah baiknya kalau kedai buku kat Malaysia cam ni gak!

Pas beli buku ngan VCD tu aku balik bilik, mandi nak siap nak tido, teringat plak kat Arie..anak Medan yang aku kenal semangat kesungguhannya mengorbankan usia remaja semata-mata untuk menyara keluarga dan adiknya yang masih bersekolah, aku masih ingat dengan keluhannya padaku beberapa tahun lalu, tentang impiannya, tentang harapannya, tentang semangatnya. Aku SMS Arie mengatakan yang aku di sini – di kota dia dibesarkan. Dia reply : Abang, Arie gembira kali Abang di sini, syukur Alhamdulillah doa Arie dimakbulkan. Belum sampai setengah jam Arie berdiri di depan pintu bilik aku, wajahnya menceritakan kegembiraan dia bertemu aku, wajahnya juga menceritakan kepahitan dan kesengsaraan hidupnya! Pakaiannya kusut, katanya baru pulang kerja jam 6 petang dan mahu masuk kerja jam 11 malam hingga 3 pagi, esoknya jam 10 pagi hingga 6 petang semula. Aku diam. Aku bagai hilang arah, sebab itu beberapa kali kedatangan aku ke sini aku tak hubungi Arie dan keluarganya – aku terlalu payah melihat wajah kesusahan keluarga itu. Malam itu dia meluahkan sebuah cerita lagi. Aku banyak diam membisu. Saat itu hati aku tak putus bersuara pada Allah : memohon aku diberi kekayaan agar mampu aku membantu insan seperti Arie. Wajahnya tak aku perhatikan, hanya mendengar suaranya bercerita, dalam diam suaranya semakin mengecil, aku tahu dia menangis. Arie bagaikan tertekan dengan apa yang dilaluinya dalam usia 22 tahun. Aku peluk anak itu – biar dia merasakan bahawa aku juga merasai apa yang dia rasakan. Penat yang aku rasai setelah kesiangan ke sana sini hilang bila sepanjang malam itu dipenuhi dengan cerita derita Arie. Aku sudah cukup bingung dan sudah cukup merasai derita jiwanya. Rupanya ada insane yang lebih menderita dan lebih sengasara dari hidup aku. Aku lihat Arie banyak menyembunyikan kedukaannya, bila berjumpa lagi ngan aku kali ini dia terus bercerita seolah tiada lagi hari esok dan aku jadi pendengar yang harus setia. Semakin panjang dia berbicara semakin banyak simpati aku padanya. Namun apa daya yang aku ada untuk terus di sini sebagaimana yang dia pinta. ‘Kenapa harus cepat pulang? Tak punya sedikit masa lagi untuk Arie kongsi perasaan ini ama Abang?’ Aku diam. Moga Arie tahu jawapannya.

SABTU – semalaman tidak tidur. Biarlah, sekurang-kurangnya episod cerita Arie disandarkan juga di bahu aku. Awal lagi aku dah ke Medan Mall ngan Abang Ozet– shopping! Naik motor tak pakai helmet di tengah Kota Medan, cam gangster je aku rasa dah tu jalanraya kat sini cam tak der system, lampu warna apa sekalipun dorang redah jer! Kecut gak perut aku dibuatnya! Hmm inilah masanya. Puas aku berbelanja. Bukan senang nak shopping barang murah ni. Banyak gak la Rupiah aku melayang tapi tak per aku rasa puas, tekanan keja dan hidup selama ini cam tetiba melayang. TAPI…masa nak balik hotel, sepanjang jalan pulang itu aku tengok anak anak kecil kat tepi jalan main gitar sambil minta sedekah mengharapkan ihsan untuk sesuap nasi agaknya. Yang lebih menyedihkan aku ibu ngan anak ‘melepak’ di tengah tengah kesibukan jalan juga meminta sedekah, teringat mak ngan adik adik aku kat Penang. Sesungguhnya aku rasa bertuah. Pandangan aku ke arah lain, sengaja aku alihkan, tak sanggup nak lihat penderitaan dorang, kisah Arie semalam pun dah cukup menginsafkan. Di hotel aku tengok barang-barang aku shopping, terasa bersalah sangat ntah napa …. Jurangnya antara aku dan pengemis jalanan itu terlalu payah aku terima.

Aku pernah terbayangkan apsal reality tv kita tak wat program cam ala ala AF tapi dari bab agama, contohnya cam ceramah ke baca Al-Quran ke, azan ke, pastu ada komen juri pro ngan undi penonton hehehe tak der penaja agaknya! Dan bila aku tgk TV Indo, dah ada lah program cam itu! Its real…peserta di beri masa berceramah agama dengan cara tersendiri dan dikomen juri professional dan diundi penonton! Hmmm cam mimpi je aku rasa. Tabik hormat btol aku kat Indo ni.

Satu lagi program Nikah Gratis (Kawin Free) hehehe…pasangan yang terpilih ni biasanya orang susah la, yang bercinta tapi tak mampu nak kawin, nak wat kenduri, nak pakai pakaian mewah dan segalanya. Hmm terharu gak rancangan ni, bila dua hati jadi satu, bayangkan orang susah tetiba dapat sesuatu yang bermakna dalam hidup dorang? Kebahagiaan yang terpancar kat wajah dorang tu lebih ikhlas….

Another one sama cam rancangan TV3 skarang ni BERSAMAMU kat sana nama apa ntah tapi dorang dah mendahului, penaja utama rancangan dorang ialah SUZUKI. Pengacara dorang 2 lelaki tapi memang menyentuh perasaan.

Tapi yang memeningkan kepala aku ialah konsert dangdut bleh kata setiap tv ada hehehe sampaikan kekadang tu aku ‘terlayan’ gak hehehhe pening, sib baik jap jer kat sini, kalau lama skit sure aku balik Penang ngan imej dangdut hehee ‘ayoohh mas, kita dangdut!’

Malamnya Arie datang lagi. Katanya singgah sebentar kerana esoknya dia sibuk. Katanya pertemuan itu mungkin kali akhir, entah bila dia dapat jumpa aku lagi, tangan aku diciumnya lembut, kata Arie … “Abang, biar jauh manapun kita terpisah, yakinilah Arie terlalu bersyukur kepada Allah kerana di datangkan Abang pada Arie yang banyak memberi semangat untuk Arie dan keluarga. Hanya satu yang Arie pinta dari Abang, jangan lupakan kami di sini. Ibu senang sekali dengan kehadiran Abang dan persaudaraan kita. Kita jauh terpisah dengan jarak dan jurang kehidupan tapi Arie yakin Abang juga seperti Arie yang sering merasakan kehadiran satu sama lain. Pesan Arie, Abang jangan tinggalkan ibadat solat dan ingatlah bahawasanya Dia senantiasa memerhatikan kita, ingat ya Abang.” Anak itu memeluk aku dengan penuh erat seolah-olah tiada lagi pertemuan selepas ini. Dada aku berombak kencang. Saat itu terlalu sukar aku gambarkan. Arie diuji Allah, andainya aku dalam situasinya belum mampu aku sekuat dia.

Malam itu aku lepak di balkoni melihat jalanraya Medan. Biar udah lewat malam sampai masuk awal pagi tapi masih kelihatan kenderaan tanpa henti, warganya masih berkeliaran. Atas urusan apa aku tak pasti! Dan nyatanya malam kedua aku tidak mampu tidur lagi. Air mata aku menitis di bumi Medan – kota ketiga terbesar di Negara Indonesia selepas Jakarta dan Surabaya. Aku tidak tahu kenapa terlalu pilu rasa di dalam hati aku. Rasanya banyak lagi penderitaan yang belum aku saksikan di negara lain (di negara aku sendiri juga mungkin ada insan yang memerlukan tapi tidak aku sedari) Dalam diam aku panjatkan segala kesyukuran pada Ilahi.

AHAD - Sakitnya kepala teramat sangat, selepas Subuh aku tertidur, hp aku berbunyi, dari Abang Ozet bertanya mahu ke mana, aku ke Medan Mall jer nak shopping last round, aku pegi sorang je, Abang Ozet menyusul kemudian. Ya Allah … ramainya manusia, hmm sampai pusing aku jadinya. Hampir setengah hari gak aku kat mall tu, lega semua yang nak aku beli ada di situ. Yang paling penting dan kewajipan setiap kali kunjungan ke sini ialah underwear CK ngan Versace (murah siot) Aku beli 4 underwear (puas hati aku) Abang Ozet sampai, kitaorang borak-borak kat situ jap pas tu dia hantar aku balik hotel, borak lagi…banyak je perkara nak bual, dulu Abang Ozet study di USM so dah jadik rapat cam abang kandung sendiri, lagipun aku suka bual ngan dia coz dalam lucu dia banyak maksud tersembunyi….skarang dia dah jadi Pensyarah di sebuah universiti di Medan. Tengah bual, masuk staff Housekeeping nak kemas bilik so aku bual lak ngan mamat tu, hmm lagi la kesian, sejam upah kerja hanya Rp2500 (kira-kira RM1) Nafas aku cam dah mati kat situ. Banyak gak yang aku interview dia..kat dalam hati aku ni waktu tu bukan lagi nangis dah tapi dah tahap melolong!

Abang Ozet balik, aku tido, bangun dah hamper senja, aku siap siap, pas Maghrib aku call Martin ajak dia kuar nak belanja dia makan. Abang Ozet datang plak bawa barang satu plastic besar…hmm dia mintak aku kirimkan kepada Pak Su, aksesori tari. Pastu dia kasi sebiji Bika Ambun (kegemaran aku ni) Aku plak order kat hotel 4 biji tambahan, nak bawak balik kasi kat jiran-jiran! Abang Ozet antar aku ke Gramedia Sun Plaza, kali ni aku tak beli novel dah cuma aku buang masa baca skit skit synopsis novel yang ada, banyak plak yang baru tapi memandangkan duit Rupiah aku dah tinggal sket, aku tak beli apa dah. Aku bawak Martin makan kat Pagar Ruyong. Aku suka suasana kat situ, kunjungan sebelum ini pun aku lepak situ, makan sate ngan murtabak, balik hotel sakit perut!

ISNIN – Siap dah semuanya. Seawal jam 8 pagi aku ambik teksi depan hotel terus ke Airport, sampai trus check in aku lepak je kar ruang nunggu. Pastu masuk satu group, aku rasa semua orang Malaysia coz dari dorang cakap aku tahu group Penang tapi sorang pun aku tak kenal so aku wat dek jer la. Spatutnya jam 11.20 dah fly tapi jam 12.45 masih kat ruang nunggu, dengarnya pesawat ada technical problem, hmm ni yang wat aku kecut perut ni, akhirnya masuk gak pesawat jam 1 petang so aku apa lagi doa doa doa doa hehehe tahu takut! Seat aku 8A kat tepi tingkap, sempat aku call ibu Arie kasi tahu yang aku dah nak fly balik ke Penang. Sedih sangat waktu ibu Arie pesan supaya aku jaga diri dan ingat dia selalu kat sana, cam nak nangis tapi control macho siot! Zaasssss selamat di udara, baru je nak pejam mata aku rasa cam nyawa melayang hehehhe passenger jerit! Korang tahu pasal? Pesawat tu cam junam sket alahai aku rasa cam kecik je diri aku ni. Sib baik semua under control, Pramugari (ishk ishk seksi giler pramugari dorang, dah la badan sekeping pastu skirt pendek, kulit putih melepak, dada hmmm ntah lah sensitip bab ni!) wat announcement minta semua bertenang. Dan ibu ibu juga bapak bapak dalam peswat itu pun diam sket, cam berlakon pilem plak aku rasa!

Sampai kat Penang tak der orang nak ambik so aku pun ambik teksi je la, bayangkan dari Airport Penang ke umah aku kena bayar RM60! Hmm mahal siot tapi nak wat cam ner, bayar jer lah! Sampai umah aku gedeboommm zzzzzzzzzz di dalam kamar aku yang aku rindui hehehehe….

HP bunyi, sms rupanya ‘ko kena datang studio, organizer nak jumpa jam 7 mlm bincang show kat Pahang’. Cam ner tu? Menyumpah seranah aku dalam hati. Aku bangun, mandi, makan ubat sakit kepala, tunggu mak balik dari kerja, jumpa mak jap lepas rindu pas tu kuar ke studio…

Aku letih giler. Tak ada perasaan dorang ni. Aku resign kang baru dorang tahu tapi pastu aku nak makan apa? Sapa nak bayar duit keta aku? Bil Streamyx aku lagik…..tak jadi resign hehehe….

p/s : Rindu sangat pada AISYETERU aku tu, rindu nak dengar suaranya, rindu nak dengar rengekan manjanya, rindu dengan kekerekannya hmm dan juga kepoyoannya…2 minggu lagi baru nak jumpa!

0 Comments:

Post a Comment

<< Home