Thursday, June 30, 2005

maafkan aku wahai insan-insan



satu nyawa satu badan : telah pernah aku korbankan untuk kebahagiaan insan-insan dalam kehidupan aku ini. aku biarkan hari siang dan malamku jadi pengisi kesempurnaan mereka hanya kerana atas satu nama : KEIKHLASAN

aku kongsi rasa kasih, rasa sayang, rasa rindu, segalanya ... dengan penuh prihatin agar tiap insan di sekeliling aku ini tahu yang mereka punya aku untuk berkongsi segala rasa. tapi, yang aku perolehi hanyalah derita semata. bukan balasan sebagaimana yang aku berikan namun cukuplah dengan satu ingatan yang berdirinya aku di sini juga seperti mereka : seorang insan yang punya hati dan perasaan.

mujur aku 'lelaki' itu. yang tebal semangat biarpun kadangkala tersungkur jua. mujur aku 'lelaki' itu. yang mampu berfikir biarpun kadangkala terjerumus jua.

saat ini wahai insan-insan, maafkanlah aku kerana aku bukan seperti dulu lagi yang bisa kalian kongsi hati dan jiwanya. aku kini bagai seorang pejuang yang meniti jerangkap dengan penuh ketelitian, cukuplah bila beberapa kali aku 'mati' dulu. tak tertanggung azabnya bila disentap sebuah rasa hipokrit manusia.

aku sedang senyum dari dalam jiwa. aku bahagia dengan apa yang aku miliki saat ini, jangan diganggu diri aku kerana aku tak pernah mengganggu kalian. aku senyum di sini atas ukiran diriku sendiri, aku korbankan segalanya bagi melihat diriku tersenyum dengan lebih bermakna kali ini.

maafkan aku sekali lagi, hati ini bukan lagi untuk dikongsi oleh sesiapa ... hanya untuk mereka yang aku tahu hati budi : biar sejuta tahun untuk aku mengenali.

buat insan-insan yang telah pergi dari dalam hidupku, yang tinggalkan aku dalam kebingungan, yang kini kembali mencari ruang ... MAAFKAN AKU : di sini tiada lagi harapan buat kalian kerana hati ini telah bersempadan.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home