Saturday, June 18, 2005

BINTANG, aku tenziiooonnn.....

Bintang,

Dah lama aku tak ngadu cerita idup aku pada ko, bukannya apa…aku mengajar diri aku untuk jadi insan yang tabah. Ko bleh tahu sendiri kan bila last aku cakap ngan ko, cuba ko baca balik blog aku ni Bintang ooiii…. Tapi aku geram la Bintang, semakin hari aku baik ngan orang, makin banyak lak dugaan datang dalam diri aku ni, kekadang aku rasa cam nak jadik gila pun ada, kepala aku macam biol ni skarang ni!

Dua tahun lalu, aku resign keja kat bank semata-mata nak tolong kawan aku set-up bisnes, aku sanggup resign tu! Ko ingat senang ke Bintang nak resign keja yang ramai orang nak keja tu? Aku ni pejam je mata kerana nawaitu aku nak bina kehidupan baru…bukan senang tapi itu bukan la masalah utama, yang jadi pening skarang ni kehidupan aku skarang ni ngan ‘artis-artis’ tak fofular tapi sikap lebih sudu dari kuah, aku dah banyak sabar ngan dorang, memacam hal! Yang paling aku tak tahan banyak sangat gossip sampaikan kekadang aku rasa tiap ari aku buat dosa kering, dosa basah yang aku buat skarang ni pun tak abis! Bintang, ko dengar tak ni?

Aku rindu la nak keja bank semula, rasanya belum terlambat kan? So aku bleh keja dalam entertainment ni part time jer, macam dulu balik, pegi keja 9-6, back as showboys pas jam 8 malam, ko rasa ok tak Bintang? TAPI aku tak akan ada life cam skarang la……aku akan kembali ke pentas (kat pentas lagi la banyak dugaan Bintang….) hmm cam ner ni?

Keja skarang buat aku jadi manusia matang tapi di sebalik tu banyak sangat gejala yang &(^&^%&%!@^%^!@ hmmm sendiri mau ingat la kan, kekadang aku jatuh gak tapi tak la sampai lumpuh cam ‘manusia-manusia’ itu. Skarang ni aku banyak bertemu ngan orang tu orang ni, pegi sana pegi sini, wat itu wat ini, tak macam dulu penglibatan aku terhad. Tapi aku tak sanggup lagi nak bertemu dengan masalah masalah yang semakin hari semakin banyak ni, hmmm bingung aku Bintang!

Cam ni lah, aku nak tido la, aku nak rehat. Kalau aku terus pikir cm ni dgn keadaan penuh tekanan, sampai esok pun tak abis!

p/s : di balik tirai ini ada cerita suka duka seorang lelaki yang masih terperangkap di dalam cermin, setiap hari dia melihat dan mencari dirinya sendiri yang kadangkala jelas dan kadangkala kabur….sampai bila semua ini akan berakhir, dia sendiri tidak pasti.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home