Wednesday, June 22, 2005

MILAN's b i r t h d a y



HAPPY BIRTHDAY .... hari ni besday si Milan, jauh di Australia, petang tadik aku dah sms ngan dia, malam tadik aku dah call tapi tak dapat la pulak so aku sms lagik wish birthday. Pastinya tahun ni tahun yang penuh ngan pengalaman untuk Milan. Tapi aku tahu Milan ni tabah dan paling 'cool' ialah sikapnya yang slalu positive thinking sampaikan kekadang aku tak dapat nak terima ngan akal yang waras ni.

Milan dah pun ada syarikat designing sendiri yang dikongsi ngan kawannya, hmm awal bulan lepas dia email aku semua logo syarikatnya dan minta aku tentukan yang mana menarik dan beri komen, spatutnya dia lah yang lebih berpengalaman tapi katanya dia nak pendapat aku sebagai orang yang melihat logo dan akhirnya dia pilih gak logo tu. Aku rasa akulah manusia yang paling bertuah kalau Milan dekat ngan aku. Sukar rasanya nak menilai manusia ni, semuanya subjektif, yang tidak kita duga itulah yang sering terjadi, aku sendiri tak sangka persahabatan aku ngan Milan sampai sejauh ini, sampai tak ada rahsia dalam idup kitaorang malah sering phone cam hanya dipisahkan Penang-KL padahal Malaysia-Australia. Biarlah aku ngan Milan terus jauh dengan jarak kilometer...persahabatan ini terlalu agung bagi aku. Aku tak tahu cam ner nak nilaikan sifat Milan ni, dalam idup aku ada 2 orang je la yang aku kenal (so far) yang aku tak paham bagaimana hati dorang ni terlalu baik.....ABANG AK & MILAN. Sesekali aku pikir tempat dorang ni cam dah sah ler kat syurga hehehe tapi siapa aku nak nilaikan hari akan datang dorang kan?

Milan, seandainya saya dapat menghadiahkan awak 'dia', pastinya awak adalah insan yang paling bahagia kan?

p/s : jap tadik sempat aku tepon Abang Ozet yang tengah busy siap siap nak ke Jakarta dan Korea untuk persembahan, pastu aku tepon Abang Andy plak, baru je balik dari rumah kawan katanya...rindunya Kota Medan, tak sabar aku nak pegi bulan depan tapi pergi kali ini pergi berisi...hmmm bukan mendendam tapi memendam! Nantikan aku!

0 Comments:

Post a Comment

<< Home