Wednesday, June 29, 2005

aku dan hariku



Hariku bermula lagi. Satu hari yang panjang pastinya. Subuh tadi sebaik jer sarapan nasi tomato lauk ayam merah, sotong kicap ngan telur dadar (macam banyak jer...hehehe) aku borak kat dapur ngan mak : topiknya ialah KAWIN. Adussss satu topik panas tapi aku syukur coz mak paham sangat ngan aku, mak slalu cakap kalau dah jumpa yang berkenan di hati, cakap je kat mak, biar mak yang uruskan! Hmmm lega aku dengarnya tapi aku dah jumpa ramai yang berkenan di hati cuma aku je tak nak wat masa ni, tengok kengkawan yang dah kawin dan ada baby, jeles gak tapi biarlah aku ngan kehidupan aku wat masa ni, once dah ready, aku cakap je kat mak karang : cukup dengan pengalaman lalu, pedihnya perpisahan cinta pertama tak terbayang dek mata, tak terungkap dek kata-kata (dan sejak detik itu aku melangkah ke alam baru...alam tanpa suara, hanya tahu di kalangan mereka yang tahu) Inilah kehidupan : diujinya kita untuk melalui batasan masa.

Pagi tadi gak aku baca semua sms U....G yang masih aku simpan sejak awal kitaorang kenal tapi pagi tadi aku delete semuanya, bukan kerana benci tapi hanya mahu mengikis segala kenangan yang tak sepatutnya aku simpan di ingatan, dia lah insan pertama yang kenal ngan aku melalui blog aku ni. Dia juga banyak memberi semangat tapi akhirnya apa yang aku harapkan hanya mimpi aku di siang hari. Perhubungan perlu ada komitmen, tanpa kepercayaan tiada apa yang akan menjadi kenyataan. Aku banyak ikut kata hati aku : menilai dari pandangan mata dengan suara dari jiwa. Mungkin aku salah tapi biarlah hanya aku yang tahu siapa sebenarnya diri aku. Jauh dalam hati ini masih mahu berjumpa dengannya satu ketika nanti tapi biarlah masa yang akan tentukan semua tu. Hasrat yang dulu dah terkubur, yang tinggal hanya nisan yang tercatat kenangan aku ngan dia. Cukuplah aku mengenalinya dari catatan hariannya, cerita-cerita hidupnya, teman-teman seperjuangannya dan segala luahan jiwa dia. Aku dilahirkan 'di sini' juga di 'alam' ini tapi aku mahu jadi yang teristimewa antara semua yang mendiami 'dunia' itu. Syukur sangat bilamana aku ditemukan dengan satu 'kehidupan'. Maafkan Zac, kalau ada izin Tuhan, 1 hari nanti kita akan bersua dan waktu itu lihatlah sedalamnya di mana Zac letakkan keikhlasan Zac dalam persahabatan kita. Biar mata ini yang berbicara ....

Hmm aku pakai baju peach lembut ngan sluar coklat gelap, macam ensem jer hehehe, tau tak per. Dah siap dapat sms Syafiq ajak nonton wayang War Of The Worlds malam karang, hmm aku cakap ok je (teringat Cikgu Kimin - esok aku nak jumpa dia).

Jadual kerja rasmi bermula jam 10.30 pagi, antara lokasi hari ini :
1. Kewangan Negeri Pulau Pinang (nak claim cheque, discussion ngan CC Rahim)
2. Pen Event KOMTAR (nak bincang pojek pelancaran pecah tanah oleh Sultan Pahang)

Yang tak rasmi plak...hehehhe! (pandai makan pandai simpan la ek!)
3. Butik Kecantikan MONA (nak ambik ubat si Eton yang nak tegangkan ehem ehem)
4. Kedai Kak Ila (CD lagu aku dah siap)
5. BSN (aku simpan duit kat sini)
6. ASTRO (nak langgan untuk adik-adik aku : janji dari tahun lepas hehehe)
7. TELEKOM (bil bulan ni ngan bulan lepas hehehe)

Petang karang mayb nak g ambik Bob yang dah move dari Padang Indonesia - KLIA - Penang. Dah rindu plak nak gelak-gelak ngan si Bob ni. Malam kuar nonton ngan Syafiq je rasanya. Hmm macam banyak je tenaga hari ini...macam je la kan!

p/s : Akak Lilsy....rindu la akak, bila nak jumpa ni? Kita gi barbeque nak? Hehehe....

0 Comments:

Post a Comment

<< Home