Tuesday, June 28, 2005

dan itu yang tertinggal ....



its GENTING .... kenangan lagi yang aku ciptakan. Sejak tahun 1996 Genting dah sebati ngan jiwa aku : di situlah tempat aku melepaskan tekanan yang ada, di situlah aku berkongsi kegembiraan dan di situlah pernah aku melahirkan kekecewaan. Sebenarnya Kota Keriangan itu 'biasa-biasa' sahaja tapi jiwa aku mudah tenang pabila melihatkan kebanyakan yang datang ke sana mencari hiburan jadi secara tidak langsung hanya dipenuhi dengan wajah-wajah gembira. Suasana sejuk...sesuailah ngan aku yang moody n panas baran hehehehe (kekadang je siot itupun bila dah tahap maksima)

Walaupun hanya 2 hari kat sini, aku puas sesangat. Hmm kekadang sesuatu yang jadi milik peribadi tak bleh nak citer kan? Hmm biarlah aku simpan kebahagiaan ini dalam hati aku. Kali ini aku rasa aku mahu semuanya jadi milik aku ngan dia. Masih terlalu baru untuk aku menyatakan apa yang aku miliki sekarang tapi aku harap kali ini biarlah kebahagiaan ini jadi milik aku selamanya.

Sebagai manusia kita berhak punya impian tapi apa yang bakal terjadi dalam kehidupan akan datang kita tak tahu tapi aku bulatkan semangat dalam jiwa aku agar semua impian ini akan aku usahakan sebaik mungkin untuk jadi nyata. Dah terlalu banyak masa 'pahit' yang datang dalam hidup aku, semakin hari semakin aku membesar dengan dunia nyata. Dan kini aku melangkah setapak lagi : mencipta satu hubungan yang belum pasti.

p/s : GENTING, di sini aku kongsi lagi sebuah kenangan bersamamu ....

0 Comments:

Post a Comment

<< Home