Friday, June 24, 2005

c h i c k e n c h o p



sodap tue, kalau korang nak tahu, inilah makanan kegemaran aku, hmm kang kalau sesapa jumpa aku, belanja makan chicken chop ek! hehehe, tak pun sate ayam ngan daging, sure ingat korang sampai mati hehehe ..... tahu kat on the way to Balik Pulau ada gerai makan tepi jalan di tengah-tengah hutan, hmm kat situ ada panaroma cantik pastu sejuk lak, kalau gi ngan couple makan sambil tengaok sunset adussss kiranya mesra giler tu! Tapi aku tak penah la pulak bawak couple aku ke sana (ader couple ke aku ni? hehehehe)

Petang ni pas semayang Jumaat aku kena jumpa sorang Event Organiser ni yang banyak masalah, dah lima show dia tak settle payment dan aku ditugaskan jumpa dia petang karang untuk 'perbincangan mesra' hehehe apa la aku nak wat karang ni, kalau bab senyum dah lebih senyum dah aku ni ngan client hmm kena jampi serapah la agaknya karang. Tapi hati aku macam yakin je bleh settle jap lagi, tak dapat cash dapat cheque pun jadik la...hmmm tunggu berita selanjutnya ek!

Spatutnya tengahari ni aku kena cover function kat Vistana Hotel untuk Ushering lunch 1500 tetamu hotel tu, tapi waktunya jam 1-2, mana ada manpower nak wat, girls ada la boys mana ada, semuanya nak gi solat (bagus btol bebudak dancers laki ni : njoy sampai lupa diri tapi semayang Jumaat tak tinggal ek? Hmm tapi btol ke tujuan g semayang Jumaat tu noq? Hmm sendiri jawab la k!)

Wokay la .... adios dulu ek!

0 Comments:

Post a Comment

<< Home