Tuesday, August 09, 2005

bintang, aku kembali....

Bintang, aku kembali di sini, mahu meluah yang terpendam, yang terasa di lubuk dendam. Aku udah mula bosan dengan kehidupan bilamana sesekali diuji kesabaran. Aku sudah puas berfikiran, kenapa manusia lain kurang arif bila memahami hati dan perasaan sedangkan mereka mahu diri mereka dilayan sebaik mungkin, dijaga hati, dibelai jiwa tapi tidakkah mereka sedar yang aku juga seperti mereka mahu juga merasai kebahagiaan itu.

Saat ini aku diam sendiri. Aku mahu merasa kosong, tenang biarpun jiwa terlalu kacau, tak mungkin ada yang memahami atau berpura-pura tidak mahu memahami. Datangkan sesiapa sahaja pada aku untuk aku dengar isi hati luahan rasa, pastinya jiwa ini akur pada suara itu tapi bagaimana dengan aku? Adakah aku perlu bersuara pada dinding?

Setiap detik yang berputar mendekatkan aku dengan usia yang semakin hari bertambah umurnya, aku rasa aku harus lebih matang dengan setiap detik itu, jadinya aku akan lebih peka dengan alam tapi bila aku lihat ke belakang, manusia yang tertinggal itu seolah kembali dan terus kembali ke usia yang entah ke berapa bagai mahu jadi anak kecil yang hanya berfikir dengan diri sendiri.

Bintang, aku terlalu sunyi, saat terlalu letih mengenang nasib diri, esok aku harus melalui kehidupan ini lagi.

LELAKI TERINDAH

2 Comments:

Anonymous Anonymous said...

I stumbled upon your BLOG few days ago. and i like it. it seems like you're writing 'from the heart'. good. keep blogging.

3:02 AM  
Blogger lelaki di dalam cermin said...

izwan, thanks coz ada masa terluang untuk membaca blog saya, tak la secanggih orang lain tapi kat sini la saya 'bercerita' dengan diri saya sendiri, take care di rantau orang!

11:54 AM  

Post a Comment

<< Home