Monday, August 08, 2005

sorotan seminggu



tajuk entry aku tu cam tajuk berita plak rasanya tapi itulah yang paling tepat hehehe aku nak citer kat sini tentang beg LV aku yang hilang minggu lepas, jadual keja memang padat sangat, masuk Ogos aku dah memang tau event akan masuk non-stop dan tak diduga, show akan dapat confirmation last minute cam tu gak ngan fucntion lelain (selamat la coz aku cover show jer) Beg LV tu aku sayang sangat tapi yang paling aku sayang ialah kamera digital Minolta (yang iklan SitiNurhaliza tu) ada dalam beg, kamera tu aku dapat PERCUMA masa promotion kamera digital tu baru launch! Diari pun ada gak tapi yang lebih aku sayang dan takbleh cari dah ialah katak hadiah Aisye tu! Aku sayang giler katak tu, aku bawak gi mana pun. (Kat dalam pic tu) Hmm sedey sangat, cd..surat ngan photo Aisye pun dalam tu gak! Hmm aku mula sedar beg aku takder ngan aku bila ari Sabtu lepas Aisye ada beli kamera digital baru kat Gurney Plaza pastu dia suruh aku bawak digital kamera aku skali, baru la aku sedar beg tak der! Aku cari dalam bilik ngan dalam keta, tak jumpa gak! Mayb ada kat studio. Ari Ahad ada latihan so aku gi studio, sib baik dancers cina datang kat aku, 'Zac, ini beg awak, tertinggal sudah lama sini' hehehe cam nak peluk je mamat cina tu! Akhirnya apa yang hilang telah dijumpai, syukur sangat!

Isnin - aku rasa cam letih bukan kerana keja tapi memikirkan function sepanjang minggu ni yang akan aku lalui jap lagi, malam ni aku buat Emcee kat Grand Plaza Parkroyal untuk USM, esok jam 8 pagi aku dah kena standby untuk sambutan VIP (penumpang penerbangan Jatayu Airlines, Adam Air dan Malaysia Airlines yang semuanya dari Medan, Indonesia dengan pesawat jam 8.45am, 9.30am, 1.05pm dan terakhir 3.35pm). Makanya aku akan berada di sana dari pagi hingga petang tapi skip 9.30am dan 1.05pm coz aku terlibat ngan penerbangan terus. Ari Rabu full meeting pagi ngan petang, malam nak gi airport ambik Lynn yang fly dari Sarawak. Khamis show untuk TYT Penang kat Kediaman DO, Jumaat show untuk USM lagik kat EQ hotel. Skian jadual minggu ini. Hehehe, For sure Sabtu Ahad ni aku 'pengsan'. Tapi tak bleh gak Aisye balik sini so kena la luang masa ngan dia coz bukan selalu dia kat Penang. Minta-minta tak der function on Saturday n Sunday.

p/s : penat sangat

1 Comments:

Anonymous Anonymous said...

salam kenal...visit me at http://www.rizal.allhere.com/

4:28 PM  

Post a Comment

<< Home