Friday, August 12, 2005

dan tirai seminggu berlabuh di sini

Jumaat, genap sudah 5 hari kerja bagai 'gila', dalam kesibukan tu aku terasa cepat benar masa berlalu (terasa dekat aku kepadaNya), mak bising tengok aku tak cukup tido, mata dah bengkak, hmm tak per la mak oooiii, anakmu ini tak ensem pun, kalau mata tak bengkak pun tak der orang nak! Hehehe...tiap pagi mak buatkan aku kopi gano, pas wat kuih kitaorang terus sarapan sambil borak-borak, kopi gano memang tak lepas, dah sminggu aku jadi gini dan aku tau masuk bulan Oktober karang tak der masa lagi dah nak rehat rehat pastinya, mcm tu la jadual keja tiap tahun, actually September pun busy tapi aku dah tolak banyak event ke kawan aku, hehehe biar dia plak bz! Aku sambung Oktober karang. Tapi ada trip dengarnya September nanti ke Damai Laut Resort, ada show 2 hari. Aku nak pegi nak sangat pegi bercuti sambil keja ke sana coz dah lama tingin sangat nak ke sana, hmm nak kena pujuk member aku yang handle pojek ni! Spatutnya aku ke Cameron Highlands coz nak serahkan sendiri quoatation(sambil menyusun strategi dapatkan pojek kat sana) minggu depan tapi Cik Rozaini dari TV3 minta penajaan persembahan plak untuk Karnival Sure Heboh (untuk booth NONA dan WANITA HARI INI so production setuju nak taja persembahan Inang Cina mewakili masyarakat Nyonya Penang, tarikh plak 20 & 21 Ogos, alahai tangguh lagi nak ke Cameron Highlands.

Malam ni ada show untuk USM tapi aku dah cakap ngan Bob aku tak pegi @ pegi lewat coz nak rehat lebih skit, Bob baru je balik dari Padang Indo so biar la dia plak wat keja, aku dah letih hehehe...aku nak gi ambik Aisye lagik kat jeti karang, dia balik minggu ni, mungkin pastu trus ke hotel EQ jenguk show!

Wokay, selamat berhujung minggu!

0 Comments:

Post a Comment

<< Home