Thursday, August 11, 2005

inikah harga sebuah cinta ?

"Awak, saya baru pas ambik dan antar budak Sarawak yang saya kata dulu pada awak. Dia ngan family, ambik kat airport, sewakan hotel dan penuhi apa saja keperluan dia. Sian saya pada dia plak."

"Dia konvo hari Jumaat, terdetik hati saya nak bergambar ngan dia tapi tak mungkin dapat. Banyak lagi orang yang lebih dia sayang. Saya simpan je hasrat saya tiga tahun lepas."

"Saya cuma berniat nak bantu dia, dulu saya pernah berkorban perasaan saya untuk melihat dia bahagia. Cukup la dengan dapat memudahkan urusan dia tadi."

"Cuma sebagai manusia biasa yang ada perasaan, saya juga ingin merasai kebahagiaan itu. Tapi saya sedar, bahagia itu bukan milik saya. Saya akur dengan semua ini biarpun terpaksa mengalirkan air mata."

"Saya blajar jangan ada perasaan, Dah lama saya blajar begitu, semua kerana sayang walaupun dia tak menyayangi saya, saya tak ada cara lain untuk melihat dia senang dan bahagia melainkan membantu dia."

"Terdetik hati saya nak merasai saat bahagia dengan orang yang saya sayang tapi saya lupakan kerana saat ini saya hadir hanya untuk memudahkan urusan dia bukan untuk disayanginya."

"Segalanya telah saya korbankan, yang saya minta hanya mahu bergambar sahaja itupun tidak kesampaian."

"Esok saya nak dapatkan perfume kesukaannya coz dia suka bau perfume tu!"

"Awak mesti kata saya bodoh tapi saya terlalu sayangkan dia biarpun saya sedar saya tak akan berjaya memilikinya!"

Demikian SMS yang aku terima dari IZ. Macam mana nak aku mulakan aku pun tak tahu, Iz ni x-student USM, budaknya baik ya amat, pendek kata anak orang berada yang tahu asal usulnya, ha senang citer! Aku pun best jadik kawan dia tapi satu kekurangannya (setiap orang ada kelebihan ngan kekurangan kan?) ialah dia ni terlalu mudah mengalah pada perasaan.

Dulu dia penah citer ngan aku yang dia ni ada lover orang Sarawak, sama sama study kat USM tapi hubungan dorang tak penah nak rasai kebahagian coz hanya dia yang beriya-iya cuba menjadikan hubungan dorang tu colorful sedangkan lover dia tu wat dek jer, Iz ni slalu dimainkan perasaan, di caci itu ini, tak dipedulikan dan memacam lagi, ada satu part tu bila Iz ni sakit sangat-sangat tak bleh drive nak ke klinik so dia minta tolong lover dia ni antarakan tapi lover dia ni wat dek je, yang tahu kikis RM je la, assigntment lover pun Iz tolong settle, hisshh memacam lagi la yang Iz buat sampai maleh aku nak citer kat sini menyakitkan hati jer!

Sampai pada satu episod dorang clash dan Iz menghadapi masalah melupakn lover dia ni! Berita ini aku sambut ngan gembira so aku nekad stay ngan Iz kasi dia semangat dan motivation (amboiiii...kasi motivation kat orang plak, yang aku ni cam ner? Hehehehe) Alhamdulillah Iz bleh terima hakikat, aku slalu cakap kat dia supaya jangan jadi hamba cinta dan jangan bodoh nak ada lover cam tu, tak bleh pakai!

Sampai la smalam aku dapat sms dari Iz...budak Sawarak tu datang balik dan Iz layu balik! Hmmm satu jer sms aku antar kat dia.

"Saya fikir saya telah berjaya dalam usaha saya untuk membawa diri awak keluar dari segala kedukaan namun saya gagal. Iz, awak dah dewasa, fikirlah menggunakan akal fikiran bukan lagi perasaan, Assalammualaikum."

p/s : sedih sangat aku rasa bila perasaan yang menguasai kehidupan, kesakitan itu bertukar menjadi kebahagiaan.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home