Monday, August 15, 2005

POYO



POYO .. itu je yang paling sesuai aku cakap kat Syafiq, hehehe actually dia baru je bali kamera digital Konica Minolta (Meer, digital kamera dah murah giler skarang ni, cepat dapatkan yang paling hangat di pasaran hehehe). Punya la banyak Syafiq rakamkan photo, tu masa kitaorang nak gi show kat EQ hotel untuk function USM ari Jumaat lepas. Aku hepi gak ada kawan suka ambik photo ni, bleh gak borak pasal teknik teknik photo ni, bleh wak pepandai coz dah memang tak pandai hehehe....Meer, biler nak ngajar ambik photo ni?

Sabtu Ahad aku 'pengsan' coz letih seminggu sampai la semalam aku ngan Bob gi jenguk sesi latihan bebudak kolej kat seberang (aku lupa plak nama kolej apa ntah) kitaorang gi sana skadar untuk polish up step dorang je pastu cikgu dorang belanja makan hmm aku makan sate (tapi tak sedap lah!)

Isnin - tadi wat presentation untuk show Tourism, alhamdulillah dah agaknya rezeki aku kot hmm next show bulan ni bleh tahan gak, mostly grand show, yang paling dekat ialah Sabtu dan Ahad ni kat Karnival TV3. Bertempat di PISA, Penang 20hb Ogos jam 12 tghari dan 21hb Ogos jam 10 pagi dan 12 tghari kitaorang wat show kat booth NONA dan WANITA HARI INI. Korang datang la karang meriahkan suasana ek!

25hb Ogos meriah gak rasanya coz launching besar-besaran UPPER PENANG ROAD, aku baru dapat confirmation show tu tadik pagi, Mr Manjit call cakap nak show yang lain dari yang lain hehehe show bogel bleh ke? Mati la aku kena buang kang! Hmm so aku call member kat Sarawak tadik suruh dia antar muzik tarian terkini yang ada gabungan tradisional dan modern touch, mamat ni memang banyak koleksi. Pastu aku dapat listing lagu untuk backup dancer untuk singer Aliya (sapa ni?) ngan The Muffin (kenal gak la).

Lapor la pulak...nak gi lunch dulu!

0 Comments:

Post a Comment

<< Home