Saturday, August 27, 2005

MERDEKA



MERDEKA .... meriah giler sambutan Konvoi Merdeka Malaysia, sebanyak 148 motorsikal berkuasa besar (dari luar Penang) dan 50 (dari dalam Penang), deruan enjin jer bleh bikin hati kacau hehehe (aku suka motor besar ni, teringat lak Jaguh yang aku jual dulu tu).

Apapun yang paling penting, persembahan malam tu dapat pujian, itu yang paling penting coz itulah prestasi keja aku, Alhamdulillah. Next project untuk Tourism Penang ada 3 (InsyaAllah dalam genggaman andai itu yang dikhabarkan pada aku di akhir persembahan hari tu).

Actually malam tu ada gak problem ngan artis (Aliya dan The Muffins) yang tak nak membawakan lagu patriotik dengan alasan last minute dan tak hafal lirik tapi sejujurnya aku sedih la, dorang ni dah ditawarkan kontrak ikut konvoi seluruh Malaysia dengan tema MERDEKA so sepatutnya dari awal dorang lebih prihatin dengan konsep persembahan, kalau setakat nak nyanyi lagu pop kemudian pegang bendera Malaysia sambil lambai-lambai hmmm tak yah la, aku rasa perkara ni akan jadi pengajaran kepada penganjur (Tourism Penang) dalam pemilihan artis dan aku rasa artis ni dah buat kesilapan besar untuk tidak membawakan lagu patriotik yang di minta (Keranamu Malaysia & Jalur Gemilang) coz mayb untuk next project dorang tak akan terlibat lagi dah...sekian.

Sepatutnya malam ni aku ada show kat Shangri-La tapi semalam organiser call dah cancel coz Managing Director kilang tersebut kemalangan so ari ni aku rehat kat umah je la (lega sesangat) tapi lewat petang ni nak kuar coz Bob nak belanja makan seafood...hmm macam sedap jer!

p/s : semakin aku sibuk semakin aku sedar yang aku kesuntukan waktu.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home