Thursday, September 08, 2005

CAMERON HIGHLANDS





Hmm, back to the position, rindu sangat ngan blog ni, actually pas Merdeka Day aku diam trus bukannya apa, sibuk sangat ngan function pastu trus gi bercuti ke Cameron Highlands, lega sangat rasanya, mulanya ingat nak call member aku Zul kat CH tu tapi pikir-pikir balik tak yah la lagipun bercuti ngan si dia, nak gak privacy.

Cameron Highlands mengimbau banyak kenangan sebenarnya, di sana lah beberapa tahun yang lalu aku dan x-girl aku bertemu. Skarang semua dah jadi kenangan, malas aku nak pikir bebanyak, yang aku tahu skarang ni aku mahu menghargai apa yang aku miliki kini. Bukan senang nak meraih kasih sayang orang untuk berkongsi ngan kita so bila aku miliki Aisye, aku mahu dia tahu bahawa aku terlalu menghargai dirinya....hanya dia!

Aku drive Atos aku ke sana, jimat minyak dan masa perjalanan pun singkat, nampaknya bleh la datang lagik ke sini, InsyaAllah. 3 hari 2 malam dah cukup aku release segala tekanan keja (biarpun hp aku tak berhenti berdering dan sms tak putus). Aku gi sana hari Ahad dan balik Penang hari Selasa, sampai umah trus mandi keluar semula untuk function sambutan kebudayaan kat Jeti Penang (ada makan malam atas feri sambil pusing island, mcm best je ek!) Abis je function tu trus balik umah mandi dan sembang ngan mak. Pastu layan sms ngan Aisye sambil baring dan ZZZZ. Pengsan sampai pagi.

Hari ini pun sibuk gak, tadi tengahari ada sambutan untuk PM kat INTI College, jap lagi jam 6 petang untuk makan malam ngan PM plak, skarang aku kat umah, rehat jap. Penat ni bila la nak abis ntah.

Actually aku ada banyak menda nak kongsi kat blog ni tapi tunggu je la ek bila aku btol-btol free.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home