Monday, September 19, 2005

AnDaI ......



andai hati aku dapat senyum macam bibir aku kan ke besh! tiap hari aku kena senyum, tiap hari aku kena ketawa, tiap hari aku kena make sure yang aku bersuara, tiap hari aku kena wat semua tu tapi orang tak tahu yang aku terpaksa melakonkan mcm-mcm watak hanya kerana nak puaskan hati semua orang di sekeliling. kalau aku tak senyum, diam membisu, semuanya akan bertanya apa sakit ke aku sihat ke aku dan memacam lagi la, aku pun manusia biasa gak, ada hati ada perasaan, takkan all the time nak senyum memanjang. dalam hati ni hanya Tuhan je yang tahu cam ner seksanya aku.

kekadang aku ketawa kat bibir tapi aku nangis cam nak rak dalam hati ni. aku malas nak cakap, aku tak minta dibalas segala apa yang aku kasi tapi sekurang-kurangnya, hargailah aku kat sini. dalam idup ni banyak sangat perkara yang perlu aku pikir, aku yakin korang pun sama kan? nak pikir itu nak pikir ini tapi bila hal perasaan dipermainkan, aku bleh jadi lumpuh trus, semangat bleh hilang ntah ke mana. soal hati bukan bleh wat memain, macam macam hal bleh jadi kalau mainkan hati ngan perasaan orang. hmm aku harap aku dihargai bilamana bercakap soal perasaan, aku berharap jer lah!

p/s : awak, moga awak memahami apa sebenarnya yang sedang kita lalui bersama.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home