Wednesday, September 14, 2005

HATI

Sekeping hati,
Mampu mengungkap sejuta rasa
Mampu menyimpan sejuta rahsia
Hati merasa insan gembira
Hati terasa insan terseksa
Kerana hati jiwa merana

Rasa hati
Perlukah kita memendam rasa
Patutkah rasa menjadi rahsia
Wajarkah wajah memancarkan rasa
Wajarkah mata membiaskan rahsia

Rahsia hati
Relakah kita meluahkannya
Untuk berkongsi suka dan duka
Atau tegakah kita membiarkan rasa
Berterusan menjadi rahsia?

ElleaNur05


aku suka sangat puisi kat atas tu, aku rasa la kan, manusia ni bezanya adalah HATI, dah banyak benar aku jumpa manusia, yang paling pasti hati memasing berbeza sangat. yang paling aku takut skali ialah manusia yang tak pernah memikirkan hati dan perasaan orang lain, hmm kes bahaya giler ni, doa aku selalu jangan la sampai aku dibutakan hati, tak sanggup rasanya dikatakan manusia tanpa perasaan.

sebenarnya aku dah jumpa manusia tanpa hati dan perasaan ni, selalunya bila 'terbukti' dorang jenis cam tu aku akan jadi 'manusia bengong' jap hehehe, aku suka berpikir, seringnya aku pikir : apsal la dorang ni tak tahu jaga hati manusia lain sedangkan hati tu kan anugerah pada makhluk yang bernama manusia. tapikan, aku slalu jaga hati orang, seringnya hati aku yang sakit plak! macam mana tu? takkan karma gak kot? karma apanya, kekadang tu cam nak lari jauh jauh duduk sorang diri, itu yang aku rasa kalau mengikut kehendak hati la.

soal hati dan perasaan ini kalau nak dikongsi sampai mati pun tak abis, yang aku tahu skarang ni aku nak jaga hati aku, family aku, hati Aisye, hati orang sekeliling aku!

0 Comments:

Post a Comment

<< Home