Tuesday, September 27, 2005

mengapa HIPOKRIT ?

Malam ke Pagi ke? Aku bingung. Sejak kebelakangan ni memacam perkara datang dalam hidup aku, puas aku cuba cari jalan memahami setiap apa yang mendatangi aku. Makin aku cuba fahami makin aku rasa seksa sangat jiwa aku ni apatah lagi aku ni jenis yang suka memendam hanya kerana mahu menjaga hati dan perasaan orang lain. Aku tak pasti samada sikap aku ni baik untuk aku ke tidak, yang nyatanya aku semakin tertekan skarang. Aku cuma harap orang-orang yang ada sekeliling aku ni faham dengan kata hati aku tapi aku tengok sengaja aku tidak difahami hanya kerana ego masing-masing.

Sebenarnya aku ni jenis terasa hati kejap je pastu dah ok balik. Aku malas nak pikir lama-lama tapi sampai bila aku nak jadi cam ni? Makan dalam sesangat rasanya. Aku tak suka la keadaan macam ni, wat aku tension jer. Orang bleh wat aku itu ini tapi kalau aku wat skali itu ini kat orang, hanya aku je yang nampak! Apa ingat aku ni tak ada perasaan agaknya. Aku ingat lagi, sejak zaman sekolah menengah dulu aku slalu wat aktiviti sendiri padahal kengkawan keliling pinggang, aku soping sendiri, tgk wayang sendiri, kuar makan sendiri, melancong sendiri, semuanya kerana aku suka cam tu, memang la kita idup bermasyarakat tapi aku hepi sangat waktu wat semua menda sowang diri pasal tak der sapa nak ganggu aku. Tapi skarang ni aku dah ada somebody yang istimewa dalam idup aku so aku banyak kongsi ngan dia la wat apa pun tapi itu tak bermakna aku ni difahami. Kekadang aku terasa gak dengan apa yang jadi tapi aku lebih suka telan semuanya. Malas nak gaduh-gaduh cuma aku slalu ingatkan diri aku, aku juga manusia biasa, sampai satu tahap aku juga tahu apa itu rasa bosan, menyampah dan segala macam. Aku slalu ingatkan Aisye jangan sampai ada semua rasa itu dalam hati aku. Yang paling aku benci adalah manusia hipokrit. Kononnya tak buat itu tak buat ini tapi bila dah terbukti, hmmm sapa nak jawab plak?

Saat ini aku terlalu bingung. Boleh aku percaya pada makhluk Tuhan yang bernama 'manusia' ini? Adakah aku harus percaya untuk dipermainkan lagi? Bingung....oh Tuhan, jangan kau dekatkan aku lagi pada manusia yang penuh dengan wajah seribu bayang. Sesungguhnya aku hanya mampu melihat satu wajah pada hati mereka sahaja.

p/s : sham, nuar takut. nuar bimbang sangat. sebolehnya dalam hati nuar ni mahu fikir yang baik baik jer tapi itu bukan yang nuar 'rasa'.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home