Tuesday, September 27, 2005

dan disebabkan itu .....

seharian aku dari awal pagi keja sampai malam, juz sampai umah. actually kesibukan keja menjelang ujung tahun dah memang jadi kebiasaan aku tapi hari ni 'letih' lebih skit coz aku tepon sana tepon sini, lobi orang sana lobi orang sini, minta itu minta ini semata-mata aku nak lepaskan diri dari kena outstation ke JB Jumaat nanti COZ dah janji nak jumpa Aisye. akhirnya usaha berbaloi, itupun last minit. hepi bukan kepalang rasanya dalam hati aku tapi bila dapat sms 'cakap la betul-betul, semua ni effect mood saya tau!'. abis? aku ni makhluk apa agaknya? aku pun ada mood gak. trus mula aku nak me'moody'kan diri, dah malas aku nak nulis kat sini berkali-kali, orang lain je ke ada perasaan, aku ni tak der perasaan ke? puncanya hanya kerana mulanya aku cakap kat Aisye kena pegi gak pastu bila dapat hepi news tu aku sms la cakap tak yah pegi, tetiba dia antar sms cam tu plak! hmmm.....

sampai umah trus kasi Milo, susu tin, beras dan lelain yang aku beli kat mak, aku lepak dalam bilik jer (cam drama la pulak) aku pejamkan mata pastu zzzzzzzzzzz, alih-alih dengar suara mak tanya tak mandi ke tak solat ke tak makan ke? aku tetido rupanya (aku ni jenis kalau dah letih yang benar-benar letih dan sakit hati yang benar-benar sakit, maka jawapannya ialah AIR - marah & TIDO - letih) InysaAllah semuanya bleh lega!

suratan @ kebetulan, blog abang shak dengan satu artikel tu macam sesuai je ngan apa yang aku cari selama ni, hmmm aku kongsi ngan korang semua, jadikan panduan ek kalau korang sayangkan hubungan korang (peringatan untuk aku gak!)

apsal pasangan korang curang dalam diam? (fuhhh minta selisih malaikat 44 aku jadi curang, tak sanggup aku - statement baik ke ni?) banyak sebab sebenarnya pasangan bleh curang dalam diam (tolonglah untuk semua pasangan-pasangan, dari korang nak curang, baik cakap je 'saya dah tak nak continue hubungan ni!' - jangan mainkan perasaan orang beb! antaranya sebab-sebab kecurangan dalam diam ialah :

Rasa Marah - percaya atau tidak, rasa marah dapat mengundang kecurangan. korang mungkin tak sedar, rasa marah sering terpendam dalam diri pasangan. dia mungkin tak meluahkan coz tak mahu sengketa atau ketika itu tidak mahu melukakan hati anda. korang pun sering abaikan perasaannya dengan mengambil mudah sesuatu perkara dan tidak mahu meminta maaf. mungkin korang juga sering menimbulkan kemarahannya dengan melakukan perkara-perkara yang tidak disukainya seperti pegi disko, nak fun je, cakap lepas dan mencabar keegoannya. oleh itu, cara membebaskan diri yang dianggap paling menyenangkan ialah dengan melakukan kecurangan. iyalah, marah buat jiwa tertekan dan fikiran tidak lagi berfikir secara rasional. haaa.....aku slalu gak cam ni, bila marah je aku pikir bebukan! tapi masih under control beb tapi aku pun manusia biasa gak kan, ntahlah!

Sering Berjauhan
- korang dan si dia sering berjauhan. contohnya, korang belajar di universiti dan dia bekerja di kampung halaman anda. korang hanya pulang sekali sekala berjumpa dengannya ketika cuti semester. mungkin juga korang atau si dia asyik kerja out-station, di hantar kursus sehingga berhari-hari, berminggu-minggu atau mungkin bertahun lamanya. sudah pasti kesetiaannya tercabar apabila sering berjauhan. mungkin dia akan mencari pengganti yang dapat mengisi kekosongan di saat korang tiada. niat dia mungkin sekadar suka-suka, tetapi akhirnya terjebak dengan cinta! hmm...kalau handphone aku bleh cakap sure dia cakap kat aku badan dia sakit coz aku slalu sangat sms kat lover aku tu tapi lover aku tu busy la pulak nak membalas sms aku. balas tetap balas walaupun lambat macam mana skalipun, walaupun tersasar perkara yang aku sms kekadang tu. aku ada bila dia memerlukan dan dia (kadangkala) ada bila aku memerlukan, cam ner tu?

Ketidakpuasan dalam Kasih Sayang
- dia mungkin merasakan korang tidak memberi perhatian dan kasih sayang yang secukupnya. korang sibuk ke sana sini dan kerjaya korang membuat korang tidak ada cukup masa bersamanya. Akibatnya dia rasa kesunyian dan diabaikan. oleh itu, dia tergamak mengkhianati cinta korang untuk keluar dengan orang lain yang lebih menghargainya dan sudi meluangkan lebih waktu dengannya. aku sibuk? memang aku sibuk tapi aku lebih sibuk sms/tepon lover aku sejak aku ada dia tapi kalau orang lain yang berikan aku lebih perhatian skarang ni dari lover aku sendiri, apakah aku akan termasuk dalam kategori ni?

Merasa Tidak Dihargai
- lelaki memiliki sifat ego. mungkin korang sering menyakiti hatinya, melakukan sesuatu yang wat dia tension dan melemparkan kata-kata yang tidak manis. dia mungkin diam dan tidak membalas, tapi perasaanya terhiris. bila dia rasa tidak dicintai dan dihargai, egonya terluka. ego yang terluka mengakibatkan kesan yang buruk. biasanya dia akan "membalas" dengan mengambil tindakan di luar dugaan seperti berlaku curang di belakang anda! dia berlaku demikian kerana ingin merasa diterima dan dicintai iatu perasaan yang tidak dapat dirasakan bila bersama anda. aku rasa inilah sebab yang paling utama bila berlakunya kecurangan dalam diam kot, ego dan lelaki memang tak dapat lari so hati-hatilah kan kalau sayangkan hubungan tu!

aku rasa cukup la sebab sebab kat atas tu, kang tulis bebanyak ada plak yang tension, yang risau tak dapat tido, bagi diri aku tak nak janji apa apa pada hubungan ni, yang aku tahu aku ni jenis yang komitmen pada hubungan. aku sayang sangat ngan Aisye skarang. aku tahu aku sendiri tak dapat nak pastikan sejauh mana hubungan kitaorang skarang ni tapi aku akan cuba sebaik mungkin untuk make sure it will last 4ever!

p/s : baca, fikir, jadikan panduan!

2 Comments:

Anonymous Anonymous said...

kita selalu berusaha sedaya upaya untuk memuaskan hati org lain, tp kadang kadang org lain macam 'tak nampak' yg kita dah usaha sedaya upaya. 'dan disebabkan itu' ada ketikanya kita perlu letak diri kita dulu before org lain, sebab kita pun ada perasaan jugak. lagipun if kita tak sayang diri kita, sapa lagi nak sayang...kan..kan.. :-]

9:04 PM  
Blogger lelaki di dalam cermin said...

apa daya kita untuk memaksa orang lain mempunyai perasaan seperti kita. bukan mengaku kalah tapi hanya berserah semoga satu hari nanti biar terbuka hatinya untuk menilai apa sebenarnya yang ada dalam jiwa ini.

10:34 PM  

Post a Comment

<< Home