Saturday, August 28, 2004

seikhlas senyuman

Lama rasanya tak di sini, berkongsi rasa hati, kunjungan kali ini ke Kuala Lumpur menjayakan Pesta Promosi Makanan dan Kebudayaan Pulau Pinang di Pan Pacific KL. Aku habiskan seharian dengan mengacarakan persembahan kebudayaan di mana setiap kali tampil, hanya sebuah senyuman yang akan ku hadiahkan. Dan dari senyuman itu maka lahir ikatan persahabatan yang selepasnya wujud keakraban. Syukur - satu lagi permulaan kepada perhubungan tapi yang belum aku tahu adakah ianya seikhas senyumanku.

Friday, August 20, 2004

masa berlalu ...

masa berlalu dan aku masih di sini, melihat kenangan kenangan yang tertinggal, banyak sungguh dugaan dan cubaan dalam hidup aku namun aku bersyukur setiap yang berlaku darinya membuatkan aku belajar dari kesilapan dan kekurangan cuma aku rasa terkilan dengan sikap manusia manusia yang hadir dalam hidup aku seolah olah tidak mampu melihat harga sebuah perhubungan, harga sebuah kasih sayang yang terlalu indah ini.
seorang - menginsafi kejadian Ilahi, aku cari cahaya biar malam kelam kerna aku tahu di satu sudut telah tersedia untuk aku bersyukur pabila masanya tiba.
Ya Allah Ya Tuhanku, telah aku terima semuanya. Harapan jauh di hati ini semoga akan ada sinar yang aku harapkan.

Thursday, August 19, 2004

dan cahaya mula suram

Jauh dari Pulau Mutiara, namun hatiku teringatkan Fid, apa khabar dia sekarang? Mungkin ada salah aku hinggakan dia menjauhkan diri...puas aku fikir dan ruang jawapan masih kosong. Mujur di kala ini aku ada Iz (manjanya membuatkan aku senyum dan kenangan dengan Taq selalu tiba di ingatan) yang sering tak pernah putus sms aku tiap hari dan juga Nasir (stiap kata katanya penuh makna hingga membuatkan aku tenang seamat amat)
Malam ni malam keempat aku di KL, sunyi teramat sangat. Apa daya aku, mujur jadual siang penuh sibuk...
Cahaya itu bagaikan suram perlahan lahan aku harapkan ianya tidak terus kelam.

Sunday, August 15, 2004

jauh semakin jauh

Jauh semakin jauh, itu yang aku rasa, mengira hari bagaikan mengira bintang di dada langit malam. Tambahan pula malam ini hujan, seolah olah mengerti menangisi nasib insan seperti aku. Tertunggu-tunggu aku panggilan dari Fid. Diam. Kosong. Sunyi. Apa salah aku? Seingat fikiran ini telah aku hadiahkan dia kasih sayang.

Letih sangat malam ni. Penat bekerja seharian tapi tak dapat nak aku bohong ingatan ini kuat pada Fid, masuk minggu ini dah tiga minggu tiada berita yang aku terima, sudah dua pucuk surat aku kirimkan, puluhan email yang aku siapkan tapi masih tiada balasan.

Aku cuba menyelami apa yang dia rasakan saat ini. Ntah! Dulu Fid sempurna malah bagi aku dialah penyelamat keadaan dan perasaan bila Taq pergi tinggalkan aku macam tu je tapi kini keadaan dah berbeza.

Aku tahu aku tak mampu bergantung pada sesapa tapi hati aku kecewa sangat dengan kepercayaan yang aku berikan pada orang lain. Mungkin murah sangat harga sayang aku. Tapi sekurang-kurangnya aku jujur pada diri aku sendiri : menyayangi dengan setulus hati.

Saturday, August 14, 2004

segalanya mungkin ...

Semalam aku di luar Pulau Pinang (sengaja membawa diri). Aku gembira walaupun percutian kali ini agak singkat. Semalam di sebuah negeri hari ini kembali ke Penang (bumi emas). Dah aku pujuk hati untuk melupakan Taq. Mungkin ianya mengambil masa yang agak lama tapi aku tetap mahu lupakannya, bila aku kenangkan HATI manusia tak pernah sama, mungkin selama lima tahun ini kasih aku pada dia 99.9% dan kasih dia pada aku cuma 1% sahaja, tertipu? Aku mungkin tertipu dengan sikap dia, sifat dia. Tapi sepertimana kata Bob, Tuhankan satu. Aku percaya dan aku tidak pernah mendoakan Taq akan mendapat balasan tetapi satu hari nanti aku mahu dia sedar apa yang telah dilaluinya, bagaimana besarnya rasa kasih yang aku berikan selama ini. Usia semuda dia membuatkan dia hanyut. Satu ketika dulu aku fikirkan yang aku telah menemui seseorang yang membuatkan dunia aku berwarna warni nyatanya percaturan aku salah. Kini berita terbaru yang aku dengar, Taq semakin hanyut. Hanya pada Allah aku berdoa (biarpun aku tahu siapa diri aku sebenarnya) semoga dia diberi ruang untuk melihat dirinya sendiri.

Memiliki Fid membuatkan aku lebih berhati hati. Mulanya tiada sayang tapi Fid berusaha sebaik mungkin meyakinkan aku yang dia ikhlas seikhlasnya untuk bersama dengan aku. Suaranya, gayanya menarik aku untuk terus mengenalinya. Hari ke hari aku mula merindui Fid. Namun aku masih dengan prinsipku – penuh hati hati. Tak mahu apa yang terjadi dulu berulang lagi. Sejak kebelakangan ini Fid juga bagaikan menghilang. Aku jadi runsing – apa semua ni? Tak pernah aku mengharapkan dia ada disisiku 24 jam sehari, alasan yang pernah ada, ‘Abang, Fid sibuk sangat sekarang ni.’ Wajahku tersenyum, aku juga sibuk bekerja 25 jam sehari, ke sana ke sini, tapi hati ini masih merindui. Sekeping foto yang diberikan jadi peneman di dalam wallet. Aku menunggu mahu melihat sejauh mana drama ini boleh dipentaskan. Senyum lagi aku.

Iz setiap hari dengan sms. Tanpa henti, setiap perkembangannya aku tahu. Kami tak pernah bertemu tapi aku dapat ‘melihat’ kejujurannya, keikhlasannya, kasih sayangnya yang ada di dalam hatinya untuk aku. Sayangnya, dia punya seseorang yang dekat di hatinya. Aku ‘cemburu’ dari pandangan yang berbeza, mungkin insan itu datang dulu dari aku. Tapi aku bersyukur kerana di hati Iz ada ruang biarpun sedikit untuk aku menumpang sayang.

Tuhanku, aku redha dengan setiap ujianMu.

Wednesday, August 11, 2004

selagi ada ...


Selagi ada cinta di hatiku
Selagi ada rindu yang membara
Selagi air mata ini mengalir
Kau tetap di hati ini
Cintamu tetap di hati

Selagi ku mampu bertahan kasih
Jangan sampai cinta tiada lagi
Jika memang cinta tiada lagi kasih
Tinggalkan aku sendiri
Tinggalkan cintamu kasih



Ianya mungkin sekadar lirik lagu tapi itulah rasa hati aku di ketika ini, suara Ning Baizura menyayat hati berkongsi rasa dengan aku, mungkin benar…selagi aku mampu bertahan, selagi itulah aku terus di sini dan jangan sampai cinta tiada lagi maka berakhirlah sebuah episod keikhlasan aku.

Hari ini masih ada doa aku untuk dia tapi esok lusa entahlah, selagi air mata ini mengalir, kau tetap di hati.

Tuesday, August 10, 2004

cerita kamu

Telah aku siapkan sebuah daerah untuk insan yang aku sayang tapi hingga kini masih kosong, pernah didiami dan pernah ditinggalkan. Sekarang, daerah itu kembali sepi, mungkin ada yang menghuni satu hari nanti dan mungkin juga terus kosong hingga satu masa yang belum pasti.

Sudah puas aku menggembirakan hati dan perasaan manusia lain, tak pernah aku bosan walau sedikitpun malah aku bahagia melihat kebahagiaan mereka sayangnya sekali aku terluka, terlalu dalam, menyakitkan! Mungkin sudah satu suratan, lahir untuk menceriakan setiap insan.

Hancur hatiku
Mengenang dikau
Menjadi keping keping
Setelah kau pergi

Tinggalkan kasih sayang
Yang pernah singgah
Antara kita
Masihkah ada
Sayang itu

Aku mungkin kalah untuk meninggalkan setiap kenangan yang telah tercipta. Semuanya masih terasa baru, terlalu segar di ingatan. Entah sampai bila aku harus begini.
Adik sayang, berubahlah. Harapan abang tak pernah putus untuk melihat dirimu kembali pada azali, mengapa nafsu yang dikejarkan sedangkan perjalanan kehidupanmu masih jauh di hadapan. Telinga ini panas mendengar cerita ceritamu. Setiap kata yang dilafazkan bagai api yang menyambar hati, biar diri ini dibenci kerana meluahkan sesuatu untuk kebaikanmu, Abang akan terus mendoakan agar ada satu hari untuk kau tunduk ke bumi : melihat masa silam dan mengubah perjalanan kehidupan. Mengapa harus diambil perasaan orang, satu hari nanti setiap perbuatan kita ada balasan….

dari jiwa yang terluka

Manusia memang tak pernah sedar diuntung, segala kasih segala sayang yang pernah aku berikan dibuat bagai air yang mengalir. Kalau waktu ini aku merindu-rindu semua kenangan sedangkan dia terus enak dibuai kemewahan yang ditawarkan. Sebagai balasan? Apa yang diberikan? Pastinya sekujur tubuh yang masih muda, yang terunanya hilang entah kali ke berapa. Tapi aku tahu itu yang dia mahukan, kepuasan nafsu untuk diri sendiri.

Kemarin, suara seorang teman yang menyatakan orang yang aku sayang satu ketika dulu kini sedang ‘dibela’ oleh teman kawan aku juga membuatkan hatiku terasa bagai dibelah halilintar. Cerita cerita ‘jijik dan geli’ menembus ruang telinga aku. Dan aku tahu dia memang orangnya, mencari semua itu ; harta, kesempurnaan, nafsu dan segalanya! Dalam jiwa aku muncul sedih, pedih, kecewa dan ntah apa apa, semuanya kerana satu ketika dulu telah aku yakin yang aku telah mengubah kehidupannya ke arah yang lebih sempurna tapi nyatanya aku dah lama tertipu dengan lakonannya yang begitu hidup tak tertanding rasanya.

Semalam aku bermimpi, dia datang dengan wajah kesal memohon maaf sambil memeluk aku dan meminta aku kembali padanya, dan itu sekadar mimpi, aku tahu dia bukan mahukan aku lagi sebaliknya jika berpeluang mahu terus lari jauh dari aku, teringat lagi kata kata makinya menghina aku : itu yang aku dapat setelah hampir lima tahun menghamba diri pada seorang insan yang aku sayangi.

Perjalanan ini belum tamat, bukan doaku untuk melihat kejatuhan dirinya tapi sekurang-kurangnya akan ada satu hari dia menoleh kembali aku di sini : melihat betapa bertuahnya dirinya satu ketika dulu dengan aku yang terlalu menyayangi.

Tuhanku, bantulah aku, tenangkanlah jiwa ini yang terlalu banyak gelora.

Saturday, August 07, 2004

mimpi pun sama ....

Malam ini aku tak mahu bermimpi lagi ... kerana mimpiku sering saja sama, mimpikan sebuah kebahagiaan, itu yang aku mahukan. Dan aku tahu semua insan di dunia ini mimpikan perkara yang sama dalam kehidupan.

Yang jelas, aku terus bermimpi, di mata insan lain aku sempurna, punya segala dan mereka sering mimpi mahu jadi seperti aku ... hehehe, sering aku ketawa lucu, tampak sangat lakonan aku berjaya : punya sebuah kehidupan impian manusia lain.

Kasih aku ikhlas tapi siapa yang melihat? Siapa yang menghargai? Entah siapa ... di mana salahnya sayang aku ini sering dipandang bersahaja.

Malam ini aku masih sendiri, mengharap kasih sang bulan lagi buat ke sekian kali. Sunyi begini teringat aku pada :

Sal (moganya awak bahagia dengan dia tapi saya tahu awak tak pernah mendapat apa yang awak mahu, banyakkan bersabar sayang, InsyaAllah satu hari nanti segalanya berubah)

Taq (Abang dah berikan segalanya, melebihi dari apa yang sepatutnya, tanggungjawab ini sudah selesai, jika kehidupan itu yang Taq mahukan, terserah ... cuma, percayalah di hati ini mahu melihat sebuah kehidupan yang lebih sempurna buatmu)

Fid (di mana Fid? di mana Fid skarang? Fid datang, berikan abang keyakinan dan buatkan abang tersenyum seketika tapi kini Fid sembunyi. Sesekali Fid kembali dan abang masih menanti, mahu melihat sejauh mana erti sayang yang sering Fid ucapkan)

Iz, terima kasih atas rasa sayang yang dikongsi. Sekurang-kurangnya hati ini gembira. Abang 'lihat' Iz sebenarnya, jauh di hati.

Buat semua insan yang aku sayang, moga kalian lebih berbahagia dari aku.

telah ditulis sebuah perjalanan ...


Shafura – Hadham adalah pasangan kekasih dan mereka ‘mungkin’ akan bertunang dalam tempoh terdekat sayangnya impian tak jadi kenyataan. Seminggu lalu mereka terlibat dalam kemalangan ketika mahu melintas jalan di pintu masuk USM Sungai Dua, Hadham koma dan meninggal semalam di saat Shafura mahu menerima ijazah dalam bidangnya.

Hadham mengalami pendarahan dalaman. Kelurga Shafura menyatakan yang mereka senang dengan Hadham yang disifatkan serba serbi baik dan sempurna.

Aku terdiam lagi, belum habis hiba dengan berita Allahyarham Farid, keesedihan kepada merpati dua sejoli ini terus menyerang hati aku. Ya Allah, sungguh berat ujianMu.

Shafura kehilangan orang tersayang, begitu juga aku. Bezanya Hadham tak mungkin akan menjelma lagi di depan mata sedangkan aku…aku tahu insan yang aku sayang masih di sini ada di hati. Cuma jodoh tak panjang. Aku teringatkan Fid …. Biarlah masa menentukan sejauh mana kasih sayang aku dan dia.

Shafura, doaku – moga kau berbahagia. Hadham – Al-Fatihah.

dia telah pergi

Al-Fatihah – mungkin itu aja ungkapan sesuai untuk aku hadiahkan kepada Muhammad Farid, pelajar Tingkatan 4 SMA Dato Kelana Petra Maamor di atas kematiannya setelah dipukul sekumpulan 8 pelajar dari sekolah yang sama.

Subuh ini, air mata aku bergenang, tapi kali ini bukan kerana apa, kerana kecewa melihat betapa murahnya harga sebuah nyawa manusia di tangan manusia lain. Farid dah pergi dan tak mungkin kembali. Yang membunuhnya didapati bersalah tapi di bawah undang undang juvana. Sedihnya…sedangkan mereka semua sudah akil baligh dan pastinya sudah dapat menilai baik buruknya laku dalam kehidupan.

Ayah Farid dan ibunya dapat menerima keputusan mahkamah tapi aku tahu jauh di sudut hati mereka mana mungkin boleh lupa si pembunuh yang mengambil nyawa anak mereka. Aku cuba mencari jawapan, menyelam perasaan mereka yang membunuh : aku mahu tahu apa yang ada di jiwa mereka saat itu : tiada apa yang dapat aku baca.

Tiada ikatan antara aku dan Farid tapi hati ini meronta-ronta bagai mahu kembali ke masa lalu dan menyelamatkan sebuah nyawa.

Farid, aku hanya mampu berdoa – moga rohmu tenteram di sana.
Amin.

Thursday, August 05, 2004

dari satu langkah ...

dari satu langkah ke satu langkah aku teruskan perjalanan ini walaupun sunyi. Inilah kehidupan : kita tak berhak memilih jalan. Tak pernah aku mempertikaikan takdir Tuhan atau mengeluh dengan ketentuan tapi sekadar bersuara pada semesta, sekurang kurangnya terluah juga perasaan.

pergi saja
cintamu pergi
bilang saja
pada semua
biar semua
tahu adanya
diriku kini sendiri

diriku kini sendiri. Buat kali kedua aku sendiri. Sekarang aku diduga lagi dengan cinta untuk terus menyayangi dan disayangi (buat kali ketiga). Tak tahu samada masih ada cinta lagi untuk aku pertaruhkan. Biarlah … biar masa yang menentukan.

selamilah jiwa ini yang terluka

Kau merubah segala
Cinta yang ku dahaga
Kehadiran dirimu menyinari
Mekar semula hatiku

Kau lukis hidupku
Kau hias hatiku
Kau sambut cintaku
Tulus ikhlas suci hatimu ... kasih

Kaulah segalanya
Yang menyinar hidupku ... kasih
Hanya satunya
Yang ku cintai

Sambutlah cintaku
Jangan kau pergi dari sisiku
Cintaku padamu
Ikhlas sejati

Hulur tanganmu kasih
Sambut cintaku
Jangan tinggalkan daku
Seorang diri
Tak sanggup lagi dilukai

Maafkan daku
Jika salahku
Peristiwa yang pernah ku alami dulu
Aku tahu betapa pahitmu
Menerima sejarah hidupku



Kekadang aku rasa tak adil dengan dia yang banyak memberikan kasih sayang pada aku, setelah aku kecewa, dia datang – beri aku sepenuh kasih sayang tapi sampai ketika ini aku masih tak percaya dan sukar untuk aku terus percaya pada apa yang dia kasi. Semuanya sebab aku dah kecewa dengan hidupku pada masa lalu, salahkah aku untuk terus merasai kepahitan tu? SALAH…itu kata orang lain bila aku mintak pendapat tapi aku sekadar berhati hati dengan hidup aku sendiri. Aku tak mahu kecewa lagi, pedih sangat rasanya nak melalui semua ni (sekali lagi)

Fid, maafkan Abang. Abang sayang Fid, Abang yakin yang Fid ikhlas ngan Abang tapi berilah ruang masa untuk Abang membina semula keyakinan dalam diri Abang sendiri. Percayalah, satu hari nanti, kasih dan sayang ini akan jadi milik Fid sepenuhnya!

Selamilah Jiwa Ini Yang Terluka

Tuesday, August 03, 2004

ntah apa apa

Lamanya aku tak berseloka di sini. Sibuk! Itulah perkataan paling tepat. Bulan Julai penuh dengan persembahan, setiap minggu! Tambahan lak skarang ni tengah siap untuk nak ke Kuala Lumpur untuk Pesta Promosi Makanan dan Kebudayaan Pulau Pinang, hujung bulan nak terbang ke Bangkok (dah lama dah teringin sangat nak jejakkan kaki ke sana, kata teman yang baru pulang : di sana ada kehidupan yang penuh warna warni) sejauh mana ianya berwarna, tunggu catatan aku ok! J

Aku dah makan, dah mandi, dah solat dan skarang menghadap komputer (bila la aku dapat beli note book?) Hmm….di depan aku ada katak! Bukan seekor tapi banyak sangat! Kenapa katak? Hehehe…sekadar replica, anak patung dan memacam lagi berasaskan katak.

Acan – sedapkan nama kawan aku? Dia yang mengenalkan aku dengan dunia katak. Unik sangat bila dikaji kehidupan katak, bermula di air dan berpindah ke darat (mungkin aku juga berhijrah?). Tak ramai yang sukakan katak, mungkin kerana katak dikatakan hodoh tapi bagi aku katak cantik sangat! Kebanyakannya berwarna hijau (mak suka warna ni) Hijau kan mendamaikan…


Katak …. Kaulah Segalanya!