Friday, July 29, 2005

cerita di malam JUMAAT

AKU - anak kedua dari tiga adik beradik yang semuanya lelaki tapi emak ada ambik anak angkat perempuan dari Hospital Sungai Petani yang kini dah kitaorang bela sampai umur 14 dah pun, dah jadik anak dara, kasih sayang mak ngan ba pada dia jangan cakap la kan, maklumlah sesatunya anak tunggal pompuan tapi aku memang tak kasi peluang punya, salah sikit jer aku bising satu dunia hehehe nak mendidik bukan nak jadi rimau! Alhamdulillah kitaorang bahagia satu family cuma bila bukak suratkhabar baca tentang kes rogol la, samun la, apa apa ntah lagi yang membabitkan pompuan, hati aku jadik tak tentu arah tambahan lak aku ni jarang stay kat umah, dah la selalu travel, moga Allah lindungi keluarga aku.

Kat umah yang tinggal hanya ba (yang dah pencen) dan mak yang masih keja kat klinik kerajaan (tapi tahun depan dah pencen), adik laki aku (tak lama lagi nak sambung study, lain benar masa aku dulu abis SPM jenuh minta nak masuk IPTA/IPTS, skarang ni abis SPM aku tengok tawaran sambung study punya banyak, hari-hari ada surat posmen antar, jeles plak aku!).

Abang? Hmm ini yang nak aku kongsi ngan korang. Abang aku dulu sebilik ngan aku, pas dia kawin (11 tahun dulu) dia dah move keluar dari umah coz dia beli umah sendiri (lega...so jadi la bilikku istanaku). Skarang dah ada 3 anak (semuanya laki gak hehehe kang time aku cam ni gak ker? hmm bila aku nak kawin ni? hehehe). Sebelum kawin, hubungan aku ngan abang tak berapa ok (mayb aku kecik lagi so dia maleh nak kawan ngan budak kecik) tapi pas abang dah kawin kitaorang jadi rapat sampai skarang, kalau kuar jalan ngan abang kiranya cam jalan ngan Rosyam Nor la (abang aku kulit cerah, tinggi, pendek kata ensem la hehehe bleh ke puji abang sendiri?) Sejak kebelakangan ni kitaorang cam dah lost contact, abang busy ngan keja aku pun sama, aku ada gak tanyakan mak abang tak datang umah ke, mak cakap ada gak sesekali tapi aku yang tak der kat umah, aku pun tepon dia, bukan tak ingat...bukan lupa tapi waktu aku ingat nak tepon selalunya aku kat blakang stage (waktu tengah rehat nunggu giliran show), mana bleh nak call waktu tu, bising sangat!

Ntah apa yang aku ingat sangat bila aku selalu mimpi baby, hmm kalau korang penah baca entry aku dulu, slalu mimpi 2 baby, pas satu malam ke satu malam sampai aku sendiri tertanya-tanya, pastu aku mimpi abang datang umah plak! Hmm....semalam segalanya terbongkar bila abang datang umah, kitaorang kuar ronda ngan keta aku. Abang citer dia baru saja kehilangan 2 baby kembar, wifenya keguguran! Kepala aku tetiba pening. Aku cam terkejut. Terus teringatkan apa yang sering aku mimpi di minggu-minggu lalu. Dalam family kitaorang tak penah ada sejarah kembar, mayb di sebelah pihak akak ipar aku. Hati aku sedih sangat. Aku slalu ada perasaan nak ada baby kembar (abih tu tak reti-reti nak kawin? hehehe). Aku cakap kat abang, kalau la baby kembar tu tak gugur, aku nak sorang! Dah tak der rezeki agaknya.

Tapi yang lebih dari itu yang terlintas di dalam fikiran aku...mimpi terlalu sinonom dalam idup aku. Setiap mimpi yang datang dalam idup aku bukannya satu kebetulan tapi ada cerita di sebaliknya tapi aku tak la taksub sangat ngan mimpi ni cuma aku anggap satu alamat kehidupan aku sendiri. Satu ketika dulu aku penah mendapatkan rawatan saraf dari seorang pakar. Katanya aku antara manusia pelik di dunia hehehe, nak tahu apa kepelikan aku? JENG JENG JENG tunggu episod berikutnya! (Err..korang jangan ingat aku gila plak!)

p/s : Semoga Allah menempatkan mereka yang telah pergi menemuiNya di kalangan orang-orang yang beriman. AL-FATIHAH.

Tuesday, July 26, 2005

http://akungantaro.cjb.net



Terhangat Di Pasaran ... kalau korang nak tahu ini la yang namanya MEER. Satu ketika dulu sebelum aku mula buat blog, aku dah penah lawati blog Meer ni tapi waktu tu aku baca cam 'nak tak nak' jer. Tapi aku tertarik sangat ngan foto-foto yang ada dalam blog dia (karang korang cuba jenguk koleksi dia kat http://akungantaro.cjb.net). Waktu itu aku guna printer 'bias-bias' je, walaupun ingin sangat nak print semua foto dia nak wat koleksi, sabar je la sampai la April lalu aku dah beli printer yang 'bias-bias' gak tapi advanced la sket untuk printing photo! Tapi aku dah lupa dek tenggelam ngan kesibukan kerja sehinggakan aku kenal ngan one of the blogger yang namanya Hilmy yang aku nick as Mie (thanks Mie atas persahabatan ni ek!) Mie penah cakap yang dia suka ngan blog aku kerana cerita idup aku yang penuh ketabahan (tabahkah aku? hehehe) pastu dia ada kasi alamat blog Meer, katanya Meer ni kiranya cam idola dia la coz 'lebih banyak' pengajaran hidup yang telah Meer tempuhi. Hmm aku apa lagi, terus menjelajah ke seluruh pelusuk blog Meer (cam tak sangka aku kembali ke blog ni yang pernah aku datang dulu) Sejak itu aku mula membaca kembali blog Meer dan mula print hasil 'keluhan' Meer ngan Taro. So far baru 376 mukasurat yang aku print (takder banyak masa sangat nak online) Sebelum akhir tahun ni aku nak abiskan print dan jadikan koleksi peribadi yang berharga selain dari koleksi katak aku tu! Korang mesti tertanya-tanya apa sangat la citer mamat tu ek? Hmm aku tak tahu macam mana nak jelaskan kat sini dengan perkataan tapi seandainya korang ada masa, cuba-cubalah menjelajah ke blog Meer. Ada 'sesuatu' yang aku cari selama ini dan ia ada di sana.

20 Julai 2005 aku dah pun jumpa ngan Meer untuk kasi pesanan vcd dan novel dari Indonesia. Nyatanya Meer simple dan aku hepi giler dapat jumpa ngan dia. Segala cerita yang aku baca dari blog Meer mcm datang silih berganti. Ya Tuhan, Kau jadikan makhluk ini dengan segala keindahan yang telah menutupi segala kedukaan dalam dirinya....sejak ari tu kitaorang hanya sms je. Dan skarang aku dah print koleksi foto yang Meer simpan dalam galeri dia tu, dah 66 keping yang aku print dalam saiz 4R dan aku simpan dalam album pastu album tu aku letak dalam keta aku. Kengkawan yang naik keta aku tak abis-abis memuji foto yang Meer ambik tu (ni yang jeles ni...akan ku ambik foto yang lebih indah dari itu! pastu akan aku simpan koleksi Meer di dalam bilik aku je dan koleksi aku akan berada 24 jam dalam keta aku! hehehe) Semua foto Meer 'hidup & bercerita', itu yang buat aku kagum sedangkan kata Meer dia tak der pendidikan khusus dalam fotografi (bukankah bakat itu kurniaan Ilahi?)

aku pernah tanamkan sebuah hati yang luka di sini, aku simpan agar lukanya bisa sembuh. tapi, bisa sembuhkah setelah musim sudah bertukar ganti? tersedar...luka itu masih di sini...di dalam hati (MEERTARO)

p/s : Meer, sori ek published Ur blog add tanpa kebenaran Meer tapi Zac rasa blog Meer perlu dikongsi : pengalaman hidup insan terlalu mahal untuk dibeli tapi jika mampu didapati secara percuma, apa salahnya berkongsi kan?

Monday, July 25, 2005

aduhai HUJAN ...

23 Julai, aku cover function pelancaran butik kat Sungai Ara, aku bawak dancers untuk 3 persembahan, bilik changing dah la kecik pastu kena kongsi ngan model plak! Hmm yang menarik, 19 pasangan model yang tak penah aku jumpa dalam mana mana show, hmm mostly ada rupa tapi ada gak yang 'yer ke'. Yang hampehnya sombong-sombong plak tu, aku yang kaya ngan senyuman ni dibuat dek jer, ada ke patut? Hmm lantaklah! Skali aku tengok show dorang tergelak aku...HANCUS, aku sian ngan owner butik tu, pakaian pengantin dia punya la veri the canteik tapi dek kerana pembawakan model yang mostly 'kureng', pakaian tu nampak biasa je, pose pun nampak sangat dibuat-buat. Kekadang manusia lupa dan mencipta kekurangan itu sendiri tapi bila kegagalan datang dalam hidup mula nak nyesal, takder guna lagi dah. Kalau la owner tu sanggup kuarkan sikit budget ambik model yang berpengalaman, aku yakin produk dia tu lebih mendapat perhatian petang tu, ini aku tengok show tengah on kat stage, orang kat bawah sibuk ambik buffet dinner hehehe, moga ianya jadik 1 cabaran dan pengalaman - (aku yang suka belajar dari pengamatan)

24 Julai - berbeza dari situasi malam sebelumnya, kali ini aku bawak dancers 10 orang untuk Official Launching Penang Shopping Carnival kat Summit BM, masa latihan model yang kuar 'meletop'! Baru la nampak siapa 'model' yang sebenarnya. Pakaian peragaan petang tu biasa je - simple but practical tapi dek kerana yang membawanya berfizikal 'model', apalagi...show dapat perhatian la. Dan yang lebih menarik, aku sempat berbual ngan sorang model laki kat back stage, kongsi citer pengalaman dia, hmm tak sombong pun cam 'model-model' semalam. Yang wat aku sedey bebanyak tu, model ni berbangsa Cina yang murah senyum dan santunnya, model semalam tu bangsa aku! Abang sedih diiikkkk .......

25 Julai - jam 4.01am aku masih di meja komputer, dek kerana 'terkejut' dengan berita gempa bumi dan gegaran yang sampai ke Penang, aku tak bleh tido hehehe, teringat memacam, cukup la ngan pengalaman tengok dengan mata sendiri Tsunami lepas, tak sanggup aku nak tengok lagi.

Beberapa malam kebelakangan ni aku mimpi dapat baby, tapi baby siapa? Hehehe aku pun tak tahu, tak der menda lain ke aku nak mimpi ek? Mimpi terbang kat langit waktu malam ke, mimpi jadi anak raja kejap ke...hehehe ntahlah!

p/s : aku nak turun bawak, tolong mak buat sandwich untuk dijual jap lagi kat pasar. aku anak orang miskin, tiap pagi kena wat kuih tapi best tau coz dapat bual-bual, gaduh-gaduh, ngumpat ngan mak pepagi hari sebelum Subuh hehehe...aku nak citer kat mak jap mimpi dapat baby tu hehe sure mak suruh kawin! Malas aarrr....

Thursday, July 21, 2005

semalam yang hilang ....

Semalam pas tulis tentang UNGU VIOLET, aku tak bleh tido, aku turun bawah wat air gano ais, pastu kemas bilik skit-skit, terjumpa dengan helaian kertas. Sebuah puisi yang aku pernah tulis dulu dengan judul 'Mimpi Yang Tiada Kesampaian'. Seingat aku tahun 2001, selepas balik dari Jepun, aku ada menyertai satu pertandingan pencarian model lelaki di KL, alhamdulillah dapat tapi sampai suku akhir pastu out! Hehehe...agaknya muka aku ni bebudak sangat waktu pemilihan but its ok skadar nak test market jer! Tapi aku sempat kenal ngan seorang lagi calon, namanya Aswadi, kenal pun gitu-gitu jer, sewaktu dalam perjalanan ke photo shoot tu, aku dimaklumkan bahawa petang tu penggambaran tanpa Aswadi coz dia meninggal dunia. Terdiam aku seketika, hanya Fatihah jadi hadiah. Aku sampai ke lokasi dengan sedikit terkilan bilamana mengenangkan 'masa' yang terlalu singkat, pagi kita di dunia malam belum tentu milik kita. Puisi ini aku tulis waktu mendapat berita tentang kematian Aswadi. Sekadar untuk aku kongsi ngan korang di sini .....


biarpun
antara kita tiada saling mengenali
namun
bilamana membaca ceritamu
hati tersangkut pilu

mimpimu
jauh kau bawa pergi
yang pastinya kau tak akan kembali lagi

pada tarikh itu
9 MAc 2001
berakhirnya seribu impian
hajat yang tiada kesampaian
kau tinggalkan semua satu kenangan
yang ku yakini tak mungkin mereka lupakan

Aswadi
pemergianmu menyentuh hati
menyedarkan aku
pada satu ketetapan kehidupan
setiap detik bernafasnya kita
semakin hampir kita kepadaNya

tiada apa yang dapat aku hadiahkan
hanya barisan doa
moga rohmu tenang di sana

buat keluarga dan teman yang ditinggalkan
moga kalian di beri kekuatan
izinkan aku berkongsi kepedihan ini bersama kalian ....


p/s: bayangan wajah Syah bermain lagi di ingatan ini.

Wednesday, July 20, 2005

UNGU VIOLET



UNGU VIOLET
- filemnya sedang rancak diputarkan di pawagam Indonesia tapi aku belum berkesempatan menonton cuma aku udah baca novelnya karya Miranda yang berdasarkan kepada skrip tulisan Jujur Prananto. Dengan menggunakan imaginasi semasa membaca novel ini, aku percaya filem ini antara yang terindah bilamana bercerita tentang nilai suci sebuah CINTA.

Lando (Ricky Hanggono) seorang fotografer yang baru saja ditinggalkan tunangnya. Dalam kesedihan dan kekacauan fikiran itu dia bertemu dengan seorang gadis penjaga tiket busway yang bernama Kalin (Dian Sastrowardoyo). Lando pun kembali menemukan semangat hidupnya. Tapi hal ini tidak berlangsung lama, kerana tanpa alasan yang jelas Lando meninggalkan Kalin begitu saja, yang membuat Kalin marah dan sakit hati.

Waktu terus berlalu, Kalin sekarang telah menjadi seorang super model, Lando melihat kehadiran Kalin dimana-mana. Timbul kerinduan dan keinginan untuk menemui Kalin kembali dan menjelaskan alasannya dulu pergi. Akhirnya kesempatan itu diperolehinya, dia berjaya menemui Kalin, tapi lagi-lagi pertemuan ini berakhir dengan tragis karena Kalin mengalami kecelakaan dan mengakibatkan dia buta. Walaupun kemudian Kalin mendapatkan penderma untuk kornea matanya yang membuat dia boleh melihat kembali, tetapi dia tidak melihat kehadiran seorang Lando, laki-laki yang sebenarnya sangat dia cintai.

Dapatkah Kalin akhirnya bertemu dengan Lando? Siapakah penderma kornea mata itu?

Begitu sempitnya waktu, begitu besarnya cinta !! Sebuah cinta dari hati yang terluka ....

Ini yang aku kongsi ngan korang hanya cebisan kecil cerita UNGU VIOLET, kalau korang nak rasa lebih 'syahdu syahdan' betapa nilai sebuah cinta, antara kekasih dan juga keluarga, jangan lepaskan peluang nonton filem ini ok! Watak utama yang bersandar pada mainan jiwa seorang lelaki. Aku cuba letak diri aku pada tempat Lando, tetiba je aku rasa sesak nafas (hmm korang mungkin belum tahu kerana belum baca atau nonton UNGU VIOLET) Yang pastinya, jika ada insan setabah Lando yang tahu ajal mautnya tapi masih tenang di alam ini, ketemukanlah aku dengan insan itu, akan aku bahagiakan setiap saat baki usianya. Ya Allah, jauhkanlah aku dari ujian ini. AMIN.

Aku mungkin kembali ke Indonesia InsyaAllah Ogos atau September (mungkin September) coz dah jatuh cinta ngan novel-novel dari sana, kali ini InsyaAllah nak borong lebih skit kot, kalaulah budget ader lebih sket coz dah plan nak gi Bali ngan Aisyeteru. Ntahlah, dunia ni semakin berjalan semakin asik pulak! Kalaulah aku ni anak orang kaya, dah lama aku pusing dunia....

p/s : hidup ini terlalu singkat sebenarnya. Aku semakin resah mengira hari yang tertinggal untuk aku. Selamilah hati ini.

MEERO

Kemarin aku jumpa gak ngan Meero. Orangnya simple jer tapi jauh dari dalam anak matanya ada banyak rahsia kehidupan yang tersembunyi, sebolehnya ingin aku kongsi dengan dia tentang hidup ini, tentang alam ni, tentang rahsia manusia ini, tentang perjalanan sementara ini, tentang segalanya! Dia jauh lebih jujur dengan dirinya sendiri, menjalani sebuah kehidupan dengan hanya bersandarkan perasaan yang dikongsi dengan ribuan manusia yang lain tanpa berselindung yang dia adalah empunya diri dan aku ingin seperti itu : jujur dengan diri aku.

Sebagaimana yang aku janjikan, kemarin aku dah langsaikan : pesanan novel dan movie yang Meer cari telah aku sampaikan (walaupun tidak selengkapnya). Kitaorang jumpa kejap je, dari jeti trus ke Padang Kota (hajat hati nak makan nasi lemak tapi abang tu tak niaga plak) - aku ngan nasi goreng ayam (tak abis pun coz mcm tak sedap jer!) Meer makan nasi ayam. Sambil makan kitaorang borak. Macam dah lama aku kenal ngan Meer ni tapi masa terlalu cemburu, sian gak si Meer nak balik jauh so aku pendekkan pertemuan tu, kalau panjang umur jumpa gak nanti. Hmm aku dah sampaikan salam semua kengkawan (yang aku kira terpesona dengan kehenseman si Meer ni). Dah pun langsai tanggujawab aku.

Pertemuan kemarin bleh la aku ibaratkan macam "begitu sempitnya waktu, begitu besarnya cinta" haaaaa kalau korang nak tahu, kata kata tu aku petik dari novel UNGU VIOLET yang aku selesai baca kemarin pagi. Karya Miranda, penulis Indonesia yang berasal dari Palembang. Aku suka sangat ngan tulisannya, menyentuh sesangat. Hmm kang citer lelebih cakap aku ni mat jiwang plak (tapi aku ngaku aku jiwang tapi sesetengah part je la! Tapi aku bangga ngan kejiwangan ini sekurang-kurangnya ia melambangkan aku ada perasaan dari hati - kan ker memiliki hati sebagai manusia itu anugerah Ilahi pada makhluk seistimewa kita?) InsyaAllah malam nanti aku ulaskan UNGU VIOLET kat blog k.

Esok, insan paling istimewa dalam idupku (buat masa ni) akan pulang ke Penang. Hmm AISYETERU (tak sabar sangat nak jumpa, nak luangkan sehabis waktu ngan dia) Rindu giler siot macam lama sangat tak jumpa (macam dah lama aku idup di tanaha gersang pastu baru jumpa sungai...wahhh hebatnya cinta!)

Wokaylah, aku nak mandi (aku off sampai Ahad) tapi Sabtu ni ada lauching butik kat Sungai Ara, Ahad plak show untuk Shopping Carnival kat Summit Bukit Mertajam, sesapa yang ada masa tu datang la sama sama meriahkan acara k!

p/s : MEER, thanks ya atas pertemuan/persabahatan ini, tak mungkin lupa selagi ada usia!

Monday, July 18, 2005

BENTONG ... bumi bertuah

Jumaat - seawal jam 7 pagi aku dah terpacak kat Stadium PISA nunggu saki baki dancers yang belum sampai, dah bosan aku ngan keadaan cam ni, kalau cakap jam 7, jam 8 baru dorang sampai, yang pening aku gak! Sabar je la bebanyak, keja dalam bidang cam ni kekadang banyak wat aku tension tapi dah kerana minat semuanya aku telan jer! At last jam 8 pagi baru bas jalan, maka bermulalah perjalanan ke Bentong, Pahang.

Aku tak tahu bagaimana agaknya bumi Bentong yang akan dinaiktarafkan dari Majlis Daerah Bentong ke Majlis Perbandaran Bentong esok malam ini. AKu cuba membayangkan dalam kotak fikiran aku bahawa Bentong ini merupakan sebuah daerah yang mungkin sedang menuju arah pembangunan terancang, mungkin! Tak sabar gak nak berada di Bentong kerana ini adalah kunjungan kali pertama aku ke Pahang (Cameron n Genting pun Pahang kan? Tapi tak sama la ngan sebuah daerah ini)

Dari gelak ketawa bebudak dancers ngan krew sampai la semua tertidur, mata aku aku masih segar! Hmm susah btol aku nak lelapkan mata kalau tak kerana betul-betul ngantuk. Lebih kurang jam 2 petang kitaorang sampai di Selesa Hills Apartment (tempat penginapan kitaorang sepanjang majlis ini berlangsung) Sampai je makanan dah terhidang, buffet lak tu! Apalagi dah perut sememangnya kosong! Semua makan cam tak ingat hari esok! Yang bestnya makanan yang dihidangkan ala kekampungan, haaa bukan senang nak makan cam ni. Pastu organiser datang jumpa aku, dialog yang aku terkejut tapi buat buat tak terkejut.

"Ini 4 apartment untuk Ur dancers n crews, skarang jam 2.30, jam 2.45 make sure semua ada di lobi dan kita move to location."

"Err kenapa terlalu cepat sangat, mana sempat dancers nak mandi nak rehat kejap!"

"Sorry Mr Zac, kita tak terlewat dan jadual pun dah lari sebenarnya coz lepas rehearsal karang pentas nak digunakan artis lain plak!"

Aku terpaksa akur pada kehendak organiser bila 'artis' disebutkan. Most of the artist kat Malaysia ni banyak songeh. Pengalaman banyak wat aku maleh nak layan dorang ni. NAsib baik bila aku cakap kat dancers semua ok jer.

Sampai je kat location, pentas besar giler dah tersedia! Hmmm for sure majlis gilang gemilang coz pelancaran pun oleh Sultan Pahang. Bentong sebuah daerah yang masih kelihatan 'kampung' sebenarnya tapi aku suka dalam situasi itu coz rasa cam balik ke zaman silam hehehe tak la jauh beza cuma mungkin lingkungan 10 tahun yang lampau. Tapi majlis yang bakal kitaorang jayakan ini adalah untuk naiktarafkan Bentong, kira ok la tu coz dorang dah melangkah setapak lagik! Habis latihan dah jam 5 petang. Jam 8 malam start latihan perarakan sambutan Sultan - penuh dengan protokol, lepas 5 kali latihan, baru unit protokol istana datang, tension aku dibuatnya! Rupanya yang kendalikan tadi ialah MC sementara, yang bebudak dancers aku dah tunjuk muka tension. Unit protokol plak sambung lagi latihan sampai more than 10 times! Dan waktu menunjukkan jam 1 pagi. Bayangkan, dah kuar umah dari jam 6 pagi sampai 1 pagi esoknya masih bekerja! Dan lebih menyakitkan hati bila seorang pegawai Istana Pahang sebut guna mikrofon yang bleh didengari melalui pembesar suara di serata lokasi persembahan :

'Penang tak ada Sultan, pasal tu dorang ni tak tahu nak sembah macam mana!"

Pastu orang-orang Pahang yang sedang tgk latihan dari gate belakang aku ketawa! Aku terus pusingkan badan dan tengok dorang, trus diam ketawa! Kebetulan aku ngan dancers semua pakai baju bertulisan PENANG (tajaan Tourism Penang) Waktu tu rasa cam api kat atas kepala aku, bebudak dancers semua muka semakin tension. Aku pegi jumpa organiser, aku cakap better stop aku something bad will happened!

Organiser cakap ok (agaknya dia tahu apa akan jadi kalau diteruskan gak coz semua dah ok dah tapi seolah olah cam tak puas hati ntah apa apa - dari suara suara yang aku dengar dorang cakap sepatutnya Dancers Pahang yang dapat buat persembahan gala ini bukannya membawa masuk Dancers Penang ke Pahang - betul gak kenyataan ini tapi this is business! Rezeki masing-masing)

Naik je bas aku wat simple brief tentang aktiviti esok dan say sorry dengan apa yang berlaku, kiranya aku ni mostly dalam keadaan selamat coz dancers paham situasi.

Sampai apartment aku trus mandi n solat pastu join bebudak dancers makan kat ruang tamu. Pastu sorang kemudian sorang lagik minta diri nak tido sampai la tinggal aku ngan Madi. Kitaorang berbual sampai azan Subuh hehehe, macam macam hal yang keluar, dulu aku keja bank ngan Madi. Kitaorang satu department so bila aku resign dan jarang jumpa so bila jumpa ni banyak la citer yang kuar. Pas Subuh aku tido sampai jam 8 pagi.

Esok jam 10 pagi dah move ke location, perjalanan dari apartment kitaorang ke location ambik masa setengah jam, dancers semua tido je, penat semalam tak abis lagik, dah sampai sana organiser cakap pentas tak bleh guna plak coz ada artis nak gunakan lagi untuk rehearsal. Jam 3 petang baru bleh sambung. Organiser minta dancers tunggu sekejap kat back stage, aku cakap sorry la coz dorang ni tak cukup rest, aku bawak semua balik apartment (puas hati aku). Pas lunch semua balik bilik, aku mandi lagi (untuk dapatkan kesejukan itu hehehe) pastu buka air cond dan ZZZZZZ......

Petangnya running sekali lalu rehearsal, pastu dah start make up! Ruang belakang stage jadik pack giler dengan more than 50 dancers bila dicampur semuanya (with others dancers and models from KL).

Alhamdulillah persembahan malam tu berjalan lancar, MC malam tu ialah Kak Engku (memang meletop!) Artis lain yang terlibat ialah Nassier Wahab (maintain ensem siot), Siti Sarah (semakin cute - performance dia wat aku cam nak pegi kiss dia je, memang all out!), Hattan, Dia Fadilla, Roslan Shah, Mandy, Rabbani dan sorang lagi artis dari Malaysian Idol nama apa ntah.

Tengok jam dah kol 1 pagi, packing costume sampai jam 2 pagi, move to apartment, mandi lagik pastu move back to Penang! Singgah makan kat Rawang pastu aku dah tak tahu apa lagi yang berlaku cuma sedar sedar dah ada atas Jambatan Penang jam 8 pagi. Akhirnya tiba juga ke destinasi. Hmmm.....

ISNIN
- aku ada janji ngan Meer petang ni nak serahkan pesanan novel dan VCD yang aku beli di Medan tak lama dulu tapi ada fashion show untuk hi tea karang kat Gurney plak, habis sure dalam jam 5 petang, hmm sempat agaknya! Waktu ini mata aku masih merah menahan kemengantukan.....

Wednesday, July 13, 2005

MEDAN - satu perjalanan kehidupan

JUMAAT - Aku sampai di Polonia Airport, Medan jam 2 petang waktu Medan. Suasana yang tak banyak berubah, syukur Alhamdulillah tiada masalah yang aku hadapi, ambik teksi terus menuju hotel Sri Deli (hotel ntah berbintang atau tidak). Hanya hotel ini yang masih punya kekosongan, yang lainnya udah penuh! Fikiran aku ligat berfikir, apsal penuh? Hmm ramai sangat ke pelancong di kota yang sesak ini? Aku alihkan semua yang berada di dalam fikiran dengan terbaring di katil. Bau busuk bilik ni. Semuanya lengkap cuma berbau, bau apa aku pun tak pasti langsung aku bangun terus menuju kamar mandi dan bersiram sepuas-puasnya, LEGA. Semua pakaian aku keluarkan langsung menuju ke Pasaraya Yuki, aku terus mencari pewangi kamar hehehe puas hati aku! Hmm aku beli sedikit biskut ngan mineral water untuk stok lapar tengah malam hehehe……balik je ke bilik aku teruskan acara menyembur! Aaahhhh wanginya dan aku tertidur plak!

Azan dari Masjid Simpang Raya sayup kedengaran, hmm dah Asar! Pas menunaikan fardhu, aku call Martin (kenalan aku dari Nias, kitaorang kenal since kunjungan aku mewakili Penang pada zaman aku bergelar Artis Budaya..hmm tahun 1999) Martin datang ke bilik pastu kitaorang keluar gi shopping! YES YES YES aku pusing satu bangunan SUN PLAZA (cam KLCC tapi aku rasa Sun Plaza ni meletop lagik!) Pencarian bermula, semua kedai jual VCD dan BUKU aku masuk semata-mata mahu lunaskan janji pada Meer untuk mendapatkan senarai 10 VCD Indonesia yang dipesannya hmm yang dapat hanya 5. Yang bakinya belum lagi diterbitkan dalam bentuk VCD. VCD yang aku dapat untuk Meer :

1. TAK BIASA
2. KIAMAT SUDAH DEKAT
3. TITIK HITAM
4. AIFFEL … I’M IN LOVE (extended version)
5. ANDAI IA TAHU

Hmm…kalau korang nak tahu, VCD yang Meer minta semua ada nilai yang berjaya menarik perhatian penonton Indo, ini aku tahu dari staff kedai VCD kat sana, dorang pun heran macamana aku bleh tau pasal judul-judul VCD ni, setiap kali di tanya aku hanya tersenyum (cam bangga) tapi sebenarnya aku kehairanan mana la Meer tahu semua judul ni? Hmm maleh nak piker, aku beli jer!

Untuk aku plak…jeng jeng jeng aku beli 5 novel Indonesia :

1. Cinta Penuh Air Mata – ANDREI AKSANA
‘tak mungkin aku membagi cinta, karena diriku masih terikat, meski takdirku bukan milikmu, hanya kau yang mengisi hidupku’

2. Abadilah Cinta – ANDREI AKSANA
‘walau penantian tak bertepi, juga malam hanya titik sepi, tetap ku menanti dalam sunyi, berdoa semoga kau kembali’

3. Ungu Violet – MIRANDA
‘begitu sempitnya waktu, begitu besarnya cinta’

4. Tentang Dia – MAAMMAR EMKA
‘cuma ada dua hal besar dalam hidup ini – cinta dan kematian. Ketika kita siap menerima keduanya, bererti kita siap menghadapi apa saja …’

5. Mengejar Matahari – TITIEN WATTIMENA
‘persahabatan adalah setiap detik yang dilalui’

Aku suka membaca, sebenarnya tak kisah sangat jenis bahan baca tapi ada dua sebab aku semakin minat dengan novel-novel karya penulis Indo, yang pertama aku sukakan Andrei Aksana…tulisannya membawa aku ke alamnya. Kata-katanya bersulam puisi, sering memerangkap aku untuk berenang ke dasar hati setiap watak jelmaan itu, karyanya juga beserta CD lagu hehehe itu yang best so feeling baca sambil dengar lagu yang dia nyanyikan sendiri. Novel penulis lain best gak, dengan judul unik, bahasa indah dan lebih dalam maksudnya. Bukan mahu menidakkan penulis tempatan tapi lain padang lain belalang kan? Aku dah jatuh cinta dengan cara penulisan dorang. Nasib baik aku tak bawak duit banyak, kalau la ada lebihan sure aku bleh borong semua novel kat Gramedia tu, banyak sangat sampai tak tahu nak pilih yang mana. Yang lebih menarik perhatian aku, tak penah aku kunjungi kedai buku yang pengunjungnya punyalah ramai, aku rasa cam kat pasar….tiga kali aku kunjungi Gramedia, pengunjung berhimpit himpit memilih buku, sukanya aku cam tergolong dalam ketagihan ilmu! Hmmm….alangkah baiknya kalau kedai buku kat Malaysia cam ni gak!

Pas beli buku ngan VCD tu aku balik bilik, mandi nak siap nak tido, teringat plak kat Arie..anak Medan yang aku kenal semangat kesungguhannya mengorbankan usia remaja semata-mata untuk menyara keluarga dan adiknya yang masih bersekolah, aku masih ingat dengan keluhannya padaku beberapa tahun lalu, tentang impiannya, tentang harapannya, tentang semangatnya. Aku SMS Arie mengatakan yang aku di sini – di kota dia dibesarkan. Dia reply : Abang, Arie gembira kali Abang di sini, syukur Alhamdulillah doa Arie dimakbulkan. Belum sampai setengah jam Arie berdiri di depan pintu bilik aku, wajahnya menceritakan kegembiraan dia bertemu aku, wajahnya juga menceritakan kepahitan dan kesengsaraan hidupnya! Pakaiannya kusut, katanya baru pulang kerja jam 6 petang dan mahu masuk kerja jam 11 malam hingga 3 pagi, esoknya jam 10 pagi hingga 6 petang semula. Aku diam. Aku bagai hilang arah, sebab itu beberapa kali kedatangan aku ke sini aku tak hubungi Arie dan keluarganya – aku terlalu payah melihat wajah kesusahan keluarga itu. Malam itu dia meluahkan sebuah cerita lagi. Aku banyak diam membisu. Saat itu hati aku tak putus bersuara pada Allah : memohon aku diberi kekayaan agar mampu aku membantu insan seperti Arie. Wajahnya tak aku perhatikan, hanya mendengar suaranya bercerita, dalam diam suaranya semakin mengecil, aku tahu dia menangis. Arie bagaikan tertekan dengan apa yang dilaluinya dalam usia 22 tahun. Aku peluk anak itu – biar dia merasakan bahawa aku juga merasai apa yang dia rasakan. Penat yang aku rasai setelah kesiangan ke sana sini hilang bila sepanjang malam itu dipenuhi dengan cerita derita Arie. Aku sudah cukup bingung dan sudah cukup merasai derita jiwanya. Rupanya ada insane yang lebih menderita dan lebih sengasara dari hidup aku. Aku lihat Arie banyak menyembunyikan kedukaannya, bila berjumpa lagi ngan aku kali ini dia terus bercerita seolah tiada lagi hari esok dan aku jadi pendengar yang harus setia. Semakin panjang dia berbicara semakin banyak simpati aku padanya. Namun apa daya yang aku ada untuk terus di sini sebagaimana yang dia pinta. ‘Kenapa harus cepat pulang? Tak punya sedikit masa lagi untuk Arie kongsi perasaan ini ama Abang?’ Aku diam. Moga Arie tahu jawapannya.

SABTU – semalaman tidak tidur. Biarlah, sekurang-kurangnya episod cerita Arie disandarkan juga di bahu aku. Awal lagi aku dah ke Medan Mall ngan Abang Ozet– shopping! Naik motor tak pakai helmet di tengah Kota Medan, cam gangster je aku rasa dah tu jalanraya kat sini cam tak der system, lampu warna apa sekalipun dorang redah jer! Kecut gak perut aku dibuatnya! Hmm inilah masanya. Puas aku berbelanja. Bukan senang nak shopping barang murah ni. Banyak gak la Rupiah aku melayang tapi tak per aku rasa puas, tekanan keja dan hidup selama ini cam tetiba melayang. TAPI…masa nak balik hotel, sepanjang jalan pulang itu aku tengok anak anak kecil kat tepi jalan main gitar sambil minta sedekah mengharapkan ihsan untuk sesuap nasi agaknya. Yang lebih menyedihkan aku ibu ngan anak ‘melepak’ di tengah tengah kesibukan jalan juga meminta sedekah, teringat mak ngan adik adik aku kat Penang. Sesungguhnya aku rasa bertuah. Pandangan aku ke arah lain, sengaja aku alihkan, tak sanggup nak lihat penderitaan dorang, kisah Arie semalam pun dah cukup menginsafkan. Di hotel aku tengok barang-barang aku shopping, terasa bersalah sangat ntah napa …. Jurangnya antara aku dan pengemis jalanan itu terlalu payah aku terima.

Aku pernah terbayangkan apsal reality tv kita tak wat program cam ala ala AF tapi dari bab agama, contohnya cam ceramah ke baca Al-Quran ke, azan ke, pastu ada komen juri pro ngan undi penonton hehehe tak der penaja agaknya! Dan bila aku tgk TV Indo, dah ada lah program cam itu! Its real…peserta di beri masa berceramah agama dengan cara tersendiri dan dikomen juri professional dan diundi penonton! Hmmm cam mimpi je aku rasa. Tabik hormat btol aku kat Indo ni.

Satu lagi program Nikah Gratis (Kawin Free) hehehe…pasangan yang terpilih ni biasanya orang susah la, yang bercinta tapi tak mampu nak kawin, nak wat kenduri, nak pakai pakaian mewah dan segalanya. Hmm terharu gak rancangan ni, bila dua hati jadi satu, bayangkan orang susah tetiba dapat sesuatu yang bermakna dalam hidup dorang? Kebahagiaan yang terpancar kat wajah dorang tu lebih ikhlas….

Another one sama cam rancangan TV3 skarang ni BERSAMAMU kat sana nama apa ntah tapi dorang dah mendahului, penaja utama rancangan dorang ialah SUZUKI. Pengacara dorang 2 lelaki tapi memang menyentuh perasaan.

Tapi yang memeningkan kepala aku ialah konsert dangdut bleh kata setiap tv ada hehehe sampaikan kekadang tu aku ‘terlayan’ gak hehehhe pening, sib baik jap jer kat sini, kalau lama skit sure aku balik Penang ngan imej dangdut hehee ‘ayoohh mas, kita dangdut!’

Malamnya Arie datang lagi. Katanya singgah sebentar kerana esoknya dia sibuk. Katanya pertemuan itu mungkin kali akhir, entah bila dia dapat jumpa aku lagi, tangan aku diciumnya lembut, kata Arie … “Abang, biar jauh manapun kita terpisah, yakinilah Arie terlalu bersyukur kepada Allah kerana di datangkan Abang pada Arie yang banyak memberi semangat untuk Arie dan keluarga. Hanya satu yang Arie pinta dari Abang, jangan lupakan kami di sini. Ibu senang sekali dengan kehadiran Abang dan persaudaraan kita. Kita jauh terpisah dengan jarak dan jurang kehidupan tapi Arie yakin Abang juga seperti Arie yang sering merasakan kehadiran satu sama lain. Pesan Arie, Abang jangan tinggalkan ibadat solat dan ingatlah bahawasanya Dia senantiasa memerhatikan kita, ingat ya Abang.” Anak itu memeluk aku dengan penuh erat seolah-olah tiada lagi pertemuan selepas ini. Dada aku berombak kencang. Saat itu terlalu sukar aku gambarkan. Arie diuji Allah, andainya aku dalam situasinya belum mampu aku sekuat dia.

Malam itu aku lepak di balkoni melihat jalanraya Medan. Biar udah lewat malam sampai masuk awal pagi tapi masih kelihatan kenderaan tanpa henti, warganya masih berkeliaran. Atas urusan apa aku tak pasti! Dan nyatanya malam kedua aku tidak mampu tidur lagi. Air mata aku menitis di bumi Medan – kota ketiga terbesar di Negara Indonesia selepas Jakarta dan Surabaya. Aku tidak tahu kenapa terlalu pilu rasa di dalam hati aku. Rasanya banyak lagi penderitaan yang belum aku saksikan di negara lain (di negara aku sendiri juga mungkin ada insan yang memerlukan tapi tidak aku sedari) Dalam diam aku panjatkan segala kesyukuran pada Ilahi.

AHAD - Sakitnya kepala teramat sangat, selepas Subuh aku tertidur, hp aku berbunyi, dari Abang Ozet bertanya mahu ke mana, aku ke Medan Mall jer nak shopping last round, aku pegi sorang je, Abang Ozet menyusul kemudian. Ya Allah … ramainya manusia, hmm sampai pusing aku jadinya. Hampir setengah hari gak aku kat mall tu, lega semua yang nak aku beli ada di situ. Yang paling penting dan kewajipan setiap kali kunjungan ke sini ialah underwear CK ngan Versace (murah siot) Aku beli 4 underwear (puas hati aku) Abang Ozet sampai, kitaorang borak-borak kat situ jap pas tu dia hantar aku balik hotel, borak lagi…banyak je perkara nak bual, dulu Abang Ozet study di USM so dah jadik rapat cam abang kandung sendiri, lagipun aku suka bual ngan dia coz dalam lucu dia banyak maksud tersembunyi….skarang dia dah jadi Pensyarah di sebuah universiti di Medan. Tengah bual, masuk staff Housekeeping nak kemas bilik so aku bual lak ngan mamat tu, hmm lagi la kesian, sejam upah kerja hanya Rp2500 (kira-kira RM1) Nafas aku cam dah mati kat situ. Banyak gak yang aku interview dia..kat dalam hati aku ni waktu tu bukan lagi nangis dah tapi dah tahap melolong!

Abang Ozet balik, aku tido, bangun dah hamper senja, aku siap siap, pas Maghrib aku call Martin ajak dia kuar nak belanja dia makan. Abang Ozet datang plak bawa barang satu plastic besar…hmm dia mintak aku kirimkan kepada Pak Su, aksesori tari. Pastu dia kasi sebiji Bika Ambun (kegemaran aku ni) Aku plak order kat hotel 4 biji tambahan, nak bawak balik kasi kat jiran-jiran! Abang Ozet antar aku ke Gramedia Sun Plaza, kali ni aku tak beli novel dah cuma aku buang masa baca skit skit synopsis novel yang ada, banyak plak yang baru tapi memandangkan duit Rupiah aku dah tinggal sket, aku tak beli apa dah. Aku bawak Martin makan kat Pagar Ruyong. Aku suka suasana kat situ, kunjungan sebelum ini pun aku lepak situ, makan sate ngan murtabak, balik hotel sakit perut!

ISNIN – Siap dah semuanya. Seawal jam 8 pagi aku ambik teksi depan hotel terus ke Airport, sampai trus check in aku lepak je kar ruang nunggu. Pastu masuk satu group, aku rasa semua orang Malaysia coz dari dorang cakap aku tahu group Penang tapi sorang pun aku tak kenal so aku wat dek jer la. Spatutnya jam 11.20 dah fly tapi jam 12.45 masih kat ruang nunggu, dengarnya pesawat ada technical problem, hmm ni yang wat aku kecut perut ni, akhirnya masuk gak pesawat jam 1 petang so aku apa lagi doa doa doa doa hehehe tahu takut! Seat aku 8A kat tepi tingkap, sempat aku call ibu Arie kasi tahu yang aku dah nak fly balik ke Penang. Sedih sangat waktu ibu Arie pesan supaya aku jaga diri dan ingat dia selalu kat sana, cam nak nangis tapi control macho siot! Zaasssss selamat di udara, baru je nak pejam mata aku rasa cam nyawa melayang hehehhe passenger jerit! Korang tahu pasal? Pesawat tu cam junam sket alahai aku rasa cam kecik je diri aku ni. Sib baik semua under control, Pramugari (ishk ishk seksi giler pramugari dorang, dah la badan sekeping pastu skirt pendek, kulit putih melepak, dada hmmm ntah lah sensitip bab ni!) wat announcement minta semua bertenang. Dan ibu ibu juga bapak bapak dalam peswat itu pun diam sket, cam berlakon pilem plak aku rasa!

Sampai kat Penang tak der orang nak ambik so aku pun ambik teksi je la, bayangkan dari Airport Penang ke umah aku kena bayar RM60! Hmm mahal siot tapi nak wat cam ner, bayar jer lah! Sampai umah aku gedeboommm zzzzzzzzzz di dalam kamar aku yang aku rindui hehehehe….

HP bunyi, sms rupanya ‘ko kena datang studio, organizer nak jumpa jam 7 mlm bincang show kat Pahang’. Cam ner tu? Menyumpah seranah aku dalam hati. Aku bangun, mandi, makan ubat sakit kepala, tunggu mak balik dari kerja, jumpa mak jap lepas rindu pas tu kuar ke studio…

Aku letih giler. Tak ada perasaan dorang ni. Aku resign kang baru dorang tahu tapi pastu aku nak makan apa? Sapa nak bayar duit keta aku? Bil Streamyx aku lagik…..tak jadi resign hehehe….

p/s : Rindu sangat pada AISYETERU aku tu, rindu nak dengar suaranya, rindu nak dengar rengekan manjanya, rindu dengan kekerekannya hmm dan juga kepoyoannya…2 minggu lagi baru nak jumpa!

Thursday, July 07, 2005

jika ia sebuah CINTA

AWAK, jika ia sebuah CINTA, SAYA mahu ianya begini ....


jika ia sebuah cinta ia tidak mendengar
namun senantiasa bergetar

jika ia sebuah cinta ia tidak buta
namun senantiasa melihat dan merasa

jika ia sebuah cinta ia tidak menyiksa
namun senantiasa menguji jiwa

jika sebuah cinta ia tidak memaksa
namun senantiasa berusaha

jika ia sebuah cinta ia tidak cantik
namun senantiasa menarik

jika ia sebuah cinta ia tidak datang dengan kata-kata
namun senantiasa menghampiri dengan hati terbuka

jika ia sebuah cinta ia tidak terucap dengan kata
namun senantiasa hadir dengan sinar mata

jika ia sebuah cinta ia tidak hanya berjanji
namun senantiasa mencuba memenangi

jika ia sebuah cinta ia mungkin tidak suci
namun senantiasa tulus mewangi

jika ia sebuah cinta ia tidak hadir karena permintaan
namun hadir karena ketentuan

jika ia sebuah cinta ia tidak hadir dengan kekayaan dan kebendaan
namun hadir kerana pengorbanan dan kesetiaan



Lelaki Terindah
Terima Kasih kerana sudi menyayangi insan ini.
Love You So Much

MEDAN

MEDAN...itulah destinasi aku berikutnya. Kali ini kunjunganku seorang diri tanpa Bob yang selalu ke Medan dengan aku. Dua tujuan utama - majlis perkahwinan Abang Rahmat dan juga sesi taklimat program pertukaran budaya malaysia - indonesia. Saat ini aku belum packing apa apa lagi, ntahlah rasa cam malas nak ke Medan. Hmm tapi dek kerana JANJI dan juga tuntutan kerja, aku lupakan semua 'kemalasan' aku tu.

Esok aku ke Medan dengan penerbangan Jatayu Airlines jam 2 petang. Jap lagi nak buat list pesanan kengkawan dari Penang. Hmm tapi yang paling banyak pesan barang ialah Meer. Dalam list ada 10 VCD Indonesia yang dia pesan ngan novel Lelaki Terindah. Lucu betul mamat ni, apapun aku akan cuba dapatkan untuk Meer. Aku tahu dia sure hepi kalau aku dapatkan semua tu (sejak baca email dia smalam aku trus budget time bila nak kuar soping bila nak ke umah kengkawan kat sana hehehe) Bob plak nak underwear CK, alahai cam dah tak der underwear kat Penang ni tapi kat sana for sure murah lah, bebudak dancers pompuan pesan make-up tapi manalah aku tahu nak beli makeup so karang aku kena contact ngan Abang Andy @ Abang Ozet @ Abang Asep coz dorang lebih tahu. Abang Ak lak pesan rambuk palsu untuk pengantin. Semua dah dalam list cuma aku je tak der plan apa apa tapi kali ni aku nak abadikan setiap saat aku di Medan. Kenangan tu....

Aku tak bleh nak nulis panjang, esok si dia nak antar aku ke airport (ishk ihsk part ni yang lemah ni tapi tak per la blajar kontrol) Macam la nak pegi jauh hehehe sejam je penerbangan tapi ya la kan idup mati tak siapa tahu, pertemuan perpisahan tu di tangan Tuhan. Hmm doakan aku slamat pegi dan slamat pulang ek!

SALAM AKHIR.

Saturday, July 02, 2005

nota cinta

Buat awak yang saya sayang,

Ketika surat ini ditulis, saya pasang lagu-lagu ballad romantik kat PC saya. Waktu ini lagu Endless Love, Mariah Carey. Lagu tu penuh ngan kata kata indah, itu yang buat saya bersemangat nak tulis warkah ini kat awak.

Awak....saya nak awak tahu yang saya sememangnya betul-betul jatuh hati kat awak. Awak betul-betul dah memiliki hati saya. Pertemuan demi pertemuan kita bertemu dan mengenali diri masing-masing. Dan setiap detik pertemuan itu saya tahu awak memang benar-benar ikhlas menyayangi diri saya. Saya dapat lihat dari mata awak dan menilai dari kata-kata awak. Gerak hati saya juga berkata supaya memiliki awak sepenuhnya. Dan saya kini telah pun terima diri awak seadanya. Pada mulanya saya agak ragu-ragu untuk jatuh cinta ngan awak disebabkan kerjaya awak yang begitu glamour yang membuatkan saya takut. (Awak pun fahamkan!) Ye la awak banyak jumpa orang tapi bila saya fikir semula, saya tak kisah ngan semua tu. Saya percaya awak seorang yang yang ikhlas dan boleh dipercayai. Pandai-pandai la awak jaga kepercayaan saya ni. Saya tahu awak menjadi rebutan tapi saya tahu awak tetap sayang saya. Betul kan? Saya rasa bertuah gak awak pilih saya walaupun saya tak der rupa sangat! Saya harap awak tak menyesal kenal saya. Terimalah saya seadanya.

Baru sebulan kita kenal tapi rasanya banyak kenangan dan memori indah yang kita lalui. Pastinya saya tak akan lupakan saat ini. Dan saya amat berharap banyak lagi saat-saat indah yang bakal kita lalui. Saya nak spend time banyak ngan awak bila saya ada masa terluang.

Saya nak ucapkan terima kasih banyak-banyak kat awak kerana menyayangi diri saya dan terima saya seadanya. InsyaAllah kita akan lalui suka duka bersama, saya harap hubungan ini akan berkekalan lama. Dan saya nak awak tahu saya sayang awak.

p/s: terima kasih atas kata-kata indah ini, akan saya simpulkan menjadi sesuatu yang abadi : jauh di sudut hati.