Thursday, March 30, 2006

biarlah R A H S I A

pernahkah kau termimpi seketika
berada di tempatku
membayangkan pahit manis berlaku
tak siapa yang tahu

mungkin nanti kau jua merasakan
berdepan dengan kata menyesatkan
takkan kubumu kebal
tiada pertimbangan

keheningan malam membalutkan
kepayahan jiwa meluahkan
andai kau jujur memahami
tiadaku menjauhi

dan kisahku masih panjang
menambahkan berat yang memandang
lantasku pendam ku putuskan
biarlah rahsia
semakin aku hitung dalam cinta
tiada kuasa mampu menghalangnya
hentikan kata kata bertulangkan dusta

keheningan malam membalutkan
kepayahan jiwa meluahkan
andai kau jujur memahami
tiadaku menjauhi

dan kisahku yang masih panjang
menambahkan berat yang memandang
lantasku pendam ku putuskan
biarlah rahsia

pernahkah kau bermimpi seketika berada di tempatku ...

hampir setiap hari lagu ini menjadi santapan telinga aku, biarpun liriknya jelas menceritakan tapi kesannya jauh lebih dalam aku rasakan. bukan mudah jika punya jiwa yang suka memendam. pada pandangan mata kasar orang seperti ini seumpama tiada apa yang perlu dirisaukan namun hakikinya terlalu banyak persoalan yang ada dalam ingatan. aku antara insan yang suka menyimpan segala perasaan, samada untuk menjaga perasaan diri sendiri, perasaan orang lain dan segala macam lagi. aku sanggup dikatakan paranoid kerana aku tahu apa yang aku lakukan sebenarnya. aku tahu aku tidak mampu meminta orang lain jadi seperti aku walaupun itulah impian aku sebenarnya terutama kepada yang tersayang. tiada jalan lain yang harus aku lalui melainkan perlu meredhai perjalan yang telah pun ditentukan.

Thursday, March 23, 2006

2 S

Siti & Syafiq. Pernah tak lihat wajah kegembiraan apabila seseorang itu memperolehi sesuatu yang diangankan? Hmm aku menyaksikan perkara itu dari anak mata Syafiq, bilamana dia berpeluang bersua dengan insan pujaannya - Siti Nurhaliza. Betapa indahnya detik itu hanya dia yang tahu. Namun ada sesuatu yang ingin aku kongsi selain dari melihat kegembiraan yang terpancar di jendela hati Syafiq.

21-3-2006, 12.59pm - Syafiq hantar sms tentang petikan kata-kata Siti Nurhaliza : jangan mudah mengalah kerana tuah dan rezeki kita semua tidak sama, masing-masing sudah ada bahagiannya sendiri. apa yang penting harus terus berusaha selagi termampu. usah memandang kegagalan jika ia cermin kesengsaraan, renunglah kejayaan kerana ia cahaya perjalanan. berulang kali aku membaca hingga ada nada tenang di dalam hati aku sendiri. kata-kata itu terlalu menarik untuk dijadikan peransang dalam hidup namun adakalanya kita perlu tahu dan sedar juga hakikat betapa berat mata yang memandang, berat lagi bahu yang memikul. hidup dengan pengalaman sukar nak diberitakan. adakalanya hampir sengsara jiwa namun siapa yang tahu. berhujan tangis seorang diri. sesekali dipujuk hati agar redha dengan ketentuan Ilahi.

Wednesday, March 22, 2006

kau masih kucintai .....

Cintaku jika kau tanya pada bintang
Gemilauan sinar tak kan hilang
Akan aku sinari duniamu
Moga terpadam sangsi mu

Cintaku jika kau lihat tingginya awan
Tak kan tercakar tinggi cintaku
Hanya hati ku tahu apa mahuku
Kan dunia ku pastinya milikmu
Hingga ke akhir hayatku

hujan lebat sangat kat luar, dah berapa lama derita sangat panas berpanjangan. masa hari panas hati gelisah, skarang hujan pun hati aku gelisah gak, hmm nyatanya manusia ini seakan tak bersyukur dengan kejadian Tuhan. kelmarin, ada sesuatu yang terjadi antara aku dengan Aisye. hati aku ni macam tersentap kejap. seharian hari ini aku jadi macam biol. sejak tengahari sampai petang aku terlibat ngan sambutan kebudayaan untuk kapal pesiaran Queen Elizabeth, panas menggila di tengah pelabuhan di tambah plak dengan ingatan aku pada apa yang jadi kelmarin, semuanya buat aku tak tenteram. sampai kat umah, aku ambik wudhuk. seperti kebiasaan, aku solat sunat dan kemudiannya baring memikirkan segala yang terjadi. hujan turun lebat sangat bagaikan mahu menumpang sedih yang aku rasa. finally, aku buat kesimpulan, Aisye kurang matang. perlahan-lahan aku redakan segala keresahan dalam diri aku. walaupun hati aku terlalu terasa dengan apa yang dia timbulkan tapi aku ambik keputusan untuk lupakan saja. tak rugi beralah. mungkin hati yang terasa ini sukar untuk dilupa begitu saja tapi sekurangnya aku ambik langkah untuk meleraikan kekusutan yang ada. aku tak mahu segalanya akan buatkan hubungan kami keruh, dah cukup dengan apa yang aku lalui terdahulu.

aisye : pandanglah abang di sini.

antara KEINGINAN & KEPERLUAN

Buanglah keinginan dan kembali kepada keutamaan keperluan sahaja. Biarkan keinginan ada sebagai alat untuk memotivasikan diri tetapi bukanlah untuk dimiliki. Kenalpasti keutamaan keperluan dan bukan meletakkan nilai-nilai keinginan yang diinginkan. Renungkan.

Tuesday, March 21, 2006

destinasi - darul naim

KELANTAN - aku kembali tanpa sebarang perancangan, hanya kerana urusan yang perlu diselesaikan secepat mungkin, Serambi Mekah ini aku jejaki lagi. Semuanya tercatat yang manis-manis belaka walaupun hanya seketika aku di sini. Bertolak dari Penang jam 3 pagi Isnin dan tiba semula di Penang jam 1 pagi Selasa. Tempoh yang terlalu terhad tapi terisi kenangan yang terlalu bermakna. Aku luangkan secubit masa yang ada di Kota Bharu dan juga Rantau Panjang. Hmm sesungguhnya aku jatuh cinta untuk berbelanja di sini. Kalau dulu aku sukakan Kota Medan Indonesia tapi di Rantau Panjang ini rupanya melebihi segala apa yang ada.

Dalam kesibukan menjelajah, aku tak biarkan mata ini memandang cara hidup masyarakat Kelantan. Di sini wanitanya banyak berdikari. Kesibukan Pasar Besar Siti Khadijah cukup menarik minat aku. Unik. Biarpun tak sepertimana yang digambarkan tapi hati aku cukup teruja melihat suasana di sini. Sempat gak aku borong keropok basah dan kering buat ole-ole keluarga kat Penang.

Yang paling best dapat makan Nasi Kerabu ngan ayam bakar cicah budu hmm boleh tahan gak sodapnya! Kuih Akok hmm sampai skarang terasa sedapnya kat mulut aku ni, bahulu bakar pun best! Banyak lagi la yang aku dapat rasa sampai perut ni terasa semakin membesar tambah plak asyik gelak je sepanjang masa ngan Eton tu sampai nak termuntah jadinya. Sempat gak aku belikan seluar jeans untuk Aisye dan yang paling istimewa aku beli anak patung katak yang BESAR sangat dengan harga RM50 jer! Macam tak percaya coz kat Penang yang sederhana besar harga RM150! Hmm skarang dalam keta kat seat sebelah dah ada teman aku ke mana jer!

Darul Naim akan ku jejaki lagi! InsyaAllah.

Thursday, March 16, 2006

dia ... SITI NURHALIZA






impian. harapan. angan-angan. kenyataan. akhirnya dengan izin Tuhan, aku dapat saksikan juga buah hati rakyat Malaysia ini secara bertentang mata. siti nurhaliza datang bertandang ke PISA mengadakan persembahan sempena Makan Malam Tahunan Seagate. sebulan sebelum itu aku diberi tugasan untuk segmen persembahan, a part from that tugasan untuk back-up dancers untuk Siti untuk lagu Rindu dan Nirmala.

Siti bagaikan gula, manisnya mengundang semut hitam. tiba-tiba aku teringatkan Mawi, beginilah juga situasinya semasa Mawi ke PISA dulu namun kawalan Mawi lebih ketat hinggakan kami di dalam team production pun tidak dapat bergambar namun dengan Siti sedikit jauh bezanya. Siti hadir dengan senyuman sambil melambaikan tangan pada sesiapa saja. indahnya senyum yang terukir. melihat Siti di depan mata bagaikan tidak percaya, bagai ada kuasa yang menarik aku untuk terus melihatnya.

malam itu Siti sampaikan 5 buah lagu, inilah kali pertama aku mendengar suara sang penghibur kesukaan ramai itu secara LIVE. dia jauh berbeza dengan penampilan di zaman awalnya. aku bagai terlalu kagum biarpun aku bukan peminat yang sebenarnya. aku terlalu sukakan segala kesederhanaan yang ada pada dia. dengan bakatnya, dengan sifatnya, aku percaya masih belum ada mana-mana artis yang mampu menggugat kehebatannya. khabarnya pakej untuk membawa Siti dan 10 ahli rombongannya mencecah RM42 ribu, hmm betapa bertuahnya dia yang bernama SITI NURHALIZA.

Friday, March 03, 2006

andai .....

jauh benar aku mengelamun malam ni. baru sebentar tadi aku lihat bintang di dada langit, seperti lapang di dalam jiwa. aku tak mengerti apa yang seharusnya aku fikirkan saat ini. semakin hari aku semakin bingung dengan segala apa yang aku rasa. kenapa aku tidak layak meluahkan segala perasaan yang terpendam? aku punya hak untuk itu. namun setiap kali aku luahkan, dia pula tampil dengan perasaan dia di atas apa yang aku luahkan. pernahkah dia fikir jika tidak kerananya, dia tidak perlu terasa apa yang aku rasa sebelum itu.

sesekali aku terasa bagai terlalu penat untuk teruskan perjalanan kehidupan ini. aku bukannya jenis insan yang memandang ringan atau dapat melupakan segala apa yang jadi sekelip mata. setiap satu dari kisah hidup aku akan melekat kuat di dalam jiwa, setiap satunya aku jadikan pengajaran. aku bisa belajar dari pengalaman kehidupan namun tak semua yang boleh aku kutip jadikan pengajaran.

untuk dia, terpulang awak untuk menilai siapa saya. sesungguhnya saya punya dunia saya biarpun jauh terasing dari insan biasa. saya tahu saya punya dunia saya sendiri. biarpun kita bernafas pada udara yang sama tak semestinya kita punya pegangan yang serupa.

andai semalam aku punya kuasa, ingin aku takluki semesta. biar di jiwa kita dipenuhi cinta.

-putera-