Monday, November 21, 2005

ingin tahu


Tidak sukar untuk ku membaca hatimu
Bila mata lebih lantang bersuara
Apa ku percaya dedaun mekar di pepohon
Rupanya gugur di musim luruh

Dalam diam cinta telah mengubah hati
Dalam diam persimpangan menanti
Bila berdampingan jalinan mesra tiada lagi
Tiada sinar kasih menyinari

Mungkin dirimu dah ada pengganti
Yang melukis senyuman hati mudah tercuri
Mungkin juga diriku sudah menyusahkan
Tidak sempurna lagi apa itu kah di hati

Demi kasih kita katakanlah sayang
Hanya awan mendung yang kan menanti kita
Tak guna berpura jika hati tawar demi kasih kita
Ikhlaslah padaku
Masihkah punya ruang di sudut hatimu
Atau dah tertutup pintu di hatimu
Katakanku ingin tahu
Ingin tahu kerna masih sayangkanmu

Daku faham bibir enggan berbicara
Mungkin tak sanggup lihatku kecewa
Setelah sekian lama
Impian di bina bersama
Namun takdir punya kisah berbeza

Tak terbayang pedih rasa di hati
Tak pernah ku alami tak bisa diubati
Tanpamu di sisi ku bagai hilang punca
Ku hilang segalanya hanya kau saja ku cinta

p/s : just love this song so much!

Sunday, November 20, 2005

biarkan aku tenang di sini ...

saban hari aku berusaha mencari segala yang terindah dari dalam diri aku sendiri untuk aku hadiahkan pada insan lain, terutamanya untuk insan yang aku sayangi. semua yang aku kongsi adalah yang terbaik dari aku agar insan itu dapat senantiasa merasakan kebahagiaan dalam hidupnya namun seumpama lilin yang terbakar membunuh diri - itulah aku.

puas sudah aku tangisi, puas aku ratapi dengan apa yang terjadi tapi belum ada makna pada diri yang memandang kerana aku menyimpan segala rasa di dalam ini - hati.

belum habis aku berfikir tentang ketentuan perjalanan kehidupan, apakah aku bertuah di sini atau akan terus merasa terbeban hanya kerana memikirkan tentang perasaan yang kadangkala tenang bak memandang hamparan lautan luas dan kadangkala berkecamuk bak sesat di hutan yang tiada jalan pulang.

sampai saat ini, belum ada damai di hati. aku akan terus berlari mencari di mana letaknya kaki langit agar bisa aku daki dan diam di awan biru melihat kehidupan di bawah sana yang penuh palsu. saat itu, jangan ditanya ke mana hilangnya aku kerana jawapannya ada pada kamu.

sesekali pandanglah aku di sini, selagi aku masih di sini.

p/s : photo di atas adalah ihsan MEER (akungantaro.cjb.net) - dia antara lelaki terindah yang pernah aku temui. tengkiu Meer atas persabahatan kita!

Wednesday, November 16, 2005

kita selalu berusaha sedaya upaya untuk memuaskan hati orang lain tapi kadang-kadang orang lain macam 'tak nampak' yang kita dah usaha sedaya upaya. 'dan disebabkan itu' ada ketikanya kita perlu letak diri kita dulu before orang lain sebab kita pun ada perasaan jugak! lagipun, if kita tak sayang diri kita, sapa lagi nak sayang? - IZ

aku suka sangat ngan lontaran perasaan Iz tu! ada benarnya kata-kata dia, aku sendiri dah letih ngan 'manusia-manusia' yang datang dari planet mana ntah yang tak penah nak belajar memahami kehidupan ni. skarang ni aku dah maleh nak cover-cover jaga hati orang lain dah, dah berabad dah aku jadi 'hamba' kepada perasaan orang lain tapi yang akhirnya aku sendiri yang jadik Mr Tension. orang tak akan pernah mengerti apa yang kita rasa sebenarnya kerana hati manusia ni lain tulusnya. punya nak jaga hati orang sampai aku korbankan perasaan aku sendiri, selalu sangat cam tu. aku tak tahu la pasal aku ni mudah sangat nak jaga hati orang sedangkan orang lain aku tengok slumber membuta jer sampai aku pikir banyak kali 'apa la yang ada dalam jiwa dorang tu?

kalau nak dicakapkan tentang perasaan ini, hmm tak akan pernah habis. cuma bila aku dah slalu sangat disakiti, aku bleh doa je la agar satu hari nanti dorang-dorang ini akan sedar apa yang dorang lakukan selama ini, especially bila dorang kena buku ngan ruas!

untuk korang-korang, baik la utamakan hati korang dulu sebelum jaga hati orang lain, skarang bukan lagi masa jadi bebaik sangat, hehehe dah tu jangan la kejam sangat! biarlah bersederhana tapi utamakan diri sendiri dulu.

p/s : menghitung hari mencari sebuah perasaan.

NITA ... diva dalam ciptaan

NITA .... bagi aku dialah DIVA dalam ciptaan, aku yakin sedikit masa lagi Nita akan sebaris dengan bintang-bintang ternama yang lain. 12hb November merupakan satu lagi tarikh bermakna buat aku, sejak pagi aku di Batu Kawan untuk majlis Rumah Terbuka Equine Home, pastu jam 3 petang untuk majlis Rumah Terbuka Putera Puteri UMNO Batu Kawan, sampai PISA Penang jam 6pm dah nak rush untuk opening show, penat sangat tapi aku kira ok lagi, yang kesiannya tengok dancers yang dari pagi terlari sana sini. Aku sempat gak mandi dalam PISA hehehe (kejap je curik masa).

Nita datang ngan Daniel dalam jam 8 malam, aku loloskan (ader ke perkataan ni?) untuk jumpa ngan Nita dan Daniel, hmm senang banget tanpa karenah bila berurusan ngan PR dorang, tak macam nak jumpa ngan Mawi that day padahal bilik area situ cuma ada dancers ngan artiste jer, dancers pun kalau tengok artiste gitu gitu jer, over sungguh PR Mawi (opsss...marah plak peminat Mawi karang, aku pun minat gak ngan Mawi tapi skadar minat gitu-gitu jer!)

Sebaik je aku masuk, Nita dah melemparkan senyuman kat aku, Daniel pun anggukkan kepala dan senyum. Hmm indahnya dunia aku rasa, harapnya sifat yang dorang miliki ini tak akan berubah bila dah popular karang (skarang pun dah popular) Aku sempat say Congrats dan bergambar ngan dorang 2-3 snap, ok la tu. Aku tegur Nita 'eh sama tinggi la plak'. Nita ketawa manja (serius...kalau dapat sunting Nita jadi 'ehem-ehem' aku tak cari lain dah - setiap orang ada pilihan citarasa memasing kan? Hmm AISYE - awak tetap dalam hati saya hehehe statement apakah ini?) Kat wajah Nita dan Daniel bagai sedang bercerita tanpa henti betapa dorang gembira sangat dengan pencapaian dorang. Wajah aku pun non-stop bercerita gak..tentang gembiranya aku menyaksikan kejayaan dorang!

Sebaik sahaja nama Nita diumumkan, seluruh stadium PISA bergema dengan sorakan, meremang bulu roma aku, sempat gak berangan kalau la aku yang ada kat atas pentas tu hehehe...aku suka sangat bila Nita sampaikan lagu Ku Mohon dan Big Spender, hmm she's talented lah! Paduan suara, tarian dan komunikasi Nita terlalu berkesan, ramai yang puji kehebatan vokal Nita. Sepanjang Nita nyanyikan lagu tu, aku berada di bahagian tepi stage, sorang..bawa diri menghayati satu lagi 'produk' hiburan negara. Saat sedang menghayati, sambil menyanyi Nita membelakangi penonton dan memandang tepat ke anak mata aku - aku lihat ada senyuman di hatinya, aku lihat!

Setiap hari kumohon
Agar Kau sentiasa
Memberiku ketenangan dalam hati... kekuatan
Menempuh segala dugaan yang mencabar ini
Pasti punya ertinya

Engkau beriku harapan
Menjawab segala persoalan
Hadapi semua dengan tenang
Dengan merasa kesyukuran
Ku doa Kau selalu
Mengawasai gerak-geriku
Berkatilah ku penuh rahmat dari Mu

Oh Tuhan terangkan hati dalam sanubariku
Oh Tuhan ku berserah segalanya kepadamu
Agar jiwaku tenang dengan bimbingan Mu selalu

Ada kalanya ku merasa hidup ini seperti kaca
Jikalau tidak bersabar
Hancur berderailah akhirnya
Tabahkanlah hatiku
Melalui semua itu...
Ooh...Kuatkanlah
Cekalkanlah diriku

Curahkanlah nikmat Mu pada hidupku

p/s : saya mohon pada awak, lihatlah saya di sini, selagi ada rasa cinta di dalam hati ini.

Monday, November 14, 2005

aku masih setia

Kini telah tiba masanya

Untuk kita berbicara

Tentang hubungan ini

Yang makin dingin dan menyepi

Teman-temanku membawa berita

Berita kecuranganmu

Namun aku masih mampu

Masihku bertahan kerana

Aku masih setia

Namun kesabaranku ada batasnya

Mungkin jua kerna

Aku masih menyintai

Bukanku menyalahkan

Hanya sekadar ingin mengingatkanmu

Agar cinta ini

Kembali bahagia

Semakin kusut ku rasai

Hari berganti hari

Engkau terus membisu

Egomu makin membelenggu

Apakah aku yang keliru

Bingung dikaburi cemburu

Atau sememangnya dirimu

Sebenarnya begitu

Aku bukan boneka

Yang bisa kau lakukan semahunya

Namun cinta ini

Ku bertahan

Dan kerana

Aku masih setia..

Di sudut hatiku

Masih percaya

Dikau kembali seperti semula

Dikaukan kembali...sayang..

Friday, November 11, 2005

antara hati dan perasaan

sejak 3 hari lalu aku terasa banyak sangat tekanan dalam hidup. hmm sib baik ada Wan yang banyak menenangkan aku, tiap hari sms dia jadi teman aku. walaupun tak jumpa aku tahu dia ada, kekadang segan plak nak mengadu kat dia tapi hakikatnya aku kena ada tempat melepaskan tekanan kang tak pasal aku jadi gila.

Wan banyak kasi pandangan positif kat aku. dari mula sakit hati sampai la reda perasaan tu. sebenarnya aku cuba memahami situasi sapa saja yang ada dalam idup aku hmm pendek kata aku sanggup berkorban diri aku untuk ikut rentak orang. tapi yang menjadikan aku tertekan bila orang lain tak cuba nak memahami sedikit pun perasaan aku ni. sesekali aku telan gak rasa pahit ni tapi sampai bila?

ntahlah, kalau ikutkan hati mau jer aku jadi slumber mcm orang lain tapi mana aku nak letak anugerah Allah ni (hati & perasaan) hmm tapi dua tiga hari ni ada gak aku wat 'slumber n brutal' hehehe yang bestnya pandai plak terasa jauh hati ngan apa yang aku buat, cam ner tu? sebenarnya aku suka sangat ikut rentak orang, madu orang kasi madu la aku balas...kan sesuai cam tu?

saat ini aku tengah layan sms Wan. no tension no mension hehehe, ciao!

Wednesday, November 09, 2005

feel so down ....

aku mahu bercerita tentang kemeriahan hari raya tahun ini namun aku tiada semangat untuk itu. hanya kerana ... aku kecewa dibohongi. kenapa manusia suka berbohong? untuk menyelamatkan diri? keadaan memaksa? terpaksa? apa juga alasan, aku tak mampu menerima bila aku dibohongi terutamanya oleh insan yang aku sayang.

hati ni macam remuk sangat sangat bilamana aku tahu aku kena bohong. aku pikir balik, apa lagi yang dia nak dari aku? apa faedahnya yang dia buat macam tu? dia lupa agaknya tentang aku yang suka mengikut gerak hati sehinggakan dia jatuh dalam ceritanya sendiri.

fikiran ni tak abis fikir kenapa kenapa kenapa? sedangkan dia tahu aku ni dah banyak berkorban untuk dia. tak pernah aku minta wang berjuta, yang aku mengemis selama ini adalah sedikit masa dari dia untuk aku, hanya sedikit.

semalam katanya, terlalu sibuk dengan urusan. tapi aku tahu (dan aku tahu) apa sebenarnya.

Tuesday, November 08, 2005

dia .... IDOLA



akhirnya...aku jumpa gak ngan idola aku. aku minat sangat ngan Akak Diba. sebaik je tahu album dah release, aku terus gi serang kedai muzik kat Penang ni tapi frust giler tak jumpa plak so aku email Akak Diba, dia cakap ada kat Tower Records, apa lagik aku pun pegi la kat Gurney Plaza, Alhamdulillah jumpa gak, sejak ari tu (sampai ari ni) lagu Akak Diba senantiasa terpasang dalam keta aku! kitaorang saling contact each other, aku tak sangka dia sanggup meluangkan masa balas email email aku, tak pernah lekang dari emailnya menasihati aku itu ini. walaupun kitaorang baru je kenal tapi aku rasa dekat sangat ngan dia tambahan plak Akak Diba sentiasa merendah diri.

sebaik saja dancers running show, aku nampak kelibat Akak Diba kat back stage, terus aku gi jumpa dia maka lahirlah foto kat atas tu, hmm kitaorang tengah gelak pasal aku mintak dia kasi wajah yang paling cute! hmmm ntah macam mana aku bleh share ngan korang kat sini tentang keperibadian Akak Diba. aku kagum sangat tentang dia. biarlah tak tercurah di sini tapi aku tahu aku kenal hati budinya. sayangnya dia tidak berada di tangga yang sepatutnya kerana masyarakat memandang dia seumpama tiada mata, bakatnya terlalu membanggakan (bagi aku). biar sejuta kata yang aku cakapkan kat sini belum tentu ada yang menghargai, jawapan ada di tangan korang sendiri, dapatkan album Akak Diba yang berjudul Terlalu Istimewa, selamilah bakatnya! Antara lagu yang ada dalam album tu ialah :

1. Detik Itu
2. Putih
3. Fantasia Sebuah Cinta
4. Joget Hati Senang
5. Terlalu Istimewa
6. Kelabu
7. Ikan Di Laut Asam Di Darat
8. Pengorbanan
9. Begitulah Asmara
10. Hanya Restu
11. Terlalu Hina

Dalam semua-semua tu aku suka sangat ngan lagu Terlalu Istimewa. Korang baca antara kandungan email yang Akak Diba antar kat aku tentang lagu tu.

Yes lagu terlalu istimewa itu ada cerita di sebaliknya... lagu tu memang magic disebabkan kesucian seorang anak. Budak ni namanya Nurul huda Abd Ghani dan dia telah dirogol dan diperlakukan dengan kejam oleh satu makhluk yang bertopengkan manusia. Asal dari Gelang Patah Johor.. ingat tak kes tu?

Akak slalu ikut kes Nurul... dan terpesona dengan wajah dia... matanya yang bulat.. senyumannya yang penuh jiwa... satu keluarga dia trauma terutama abang dia.. dengan kejadian tu... bapanya pulak menangis teresak esak bila penjenayah tu ceritakan pada mahkamah setiap butir perbuatan dia terhadap nurul.

Maka terilhamlah satu anugerah drp Allah kpd akak dan azlan abu hassan untuk melagukan emosi yg menghantui setiap insan yg bersimpati.

Terhasil-lah terlalu istimewa... Alhamdulillah... ramai yang dapat merasakan emosi lagu tersebut. Magic yang lain pulak.. bila kak deeba ceritakan pada azlan tentang perasaan akak tentang Nurul. akak suruh dia buatkan lagu... dlm masa yg singkat, dia telah menghasilkan sebuah melodi yg memang seperti yg akak bayangkan... magic.. azlan is so talented. Akak pun buat lirik nya.. dan itulah di antara lagu pertama yg akak rakamkan utk album ini.

Hmm...tiap kali mendengar lagu tu, air mata lelaki aku gugur juga, kekadang sampai terbayang tentang abang arwah. besarnya dugaan Allah pada keluarga arwah. di tangan Akak Diba, sebuah cerita menjadi irama yang menyentuh rasa.

Dapatkan album Terlalu Istimewa dan kenalilah pemilik suara itu.

p/s : Akak, terima kasih atas semangat yang diberikan pada Zac selama ini.