Wednesday, November 16, 2005

kita selalu berusaha sedaya upaya untuk memuaskan hati orang lain tapi kadang-kadang orang lain macam 'tak nampak' yang kita dah usaha sedaya upaya. 'dan disebabkan itu' ada ketikanya kita perlu letak diri kita dulu before orang lain sebab kita pun ada perasaan jugak! lagipun, if kita tak sayang diri kita, sapa lagi nak sayang? - IZ

aku suka sangat ngan lontaran perasaan Iz tu! ada benarnya kata-kata dia, aku sendiri dah letih ngan 'manusia-manusia' yang datang dari planet mana ntah yang tak penah nak belajar memahami kehidupan ni. skarang ni aku dah maleh nak cover-cover jaga hati orang lain dah, dah berabad dah aku jadi 'hamba' kepada perasaan orang lain tapi yang akhirnya aku sendiri yang jadik Mr Tension. orang tak akan pernah mengerti apa yang kita rasa sebenarnya kerana hati manusia ni lain tulusnya. punya nak jaga hati orang sampai aku korbankan perasaan aku sendiri, selalu sangat cam tu. aku tak tahu la pasal aku ni mudah sangat nak jaga hati orang sedangkan orang lain aku tengok slumber membuta jer sampai aku pikir banyak kali 'apa la yang ada dalam jiwa dorang tu?

kalau nak dicakapkan tentang perasaan ini, hmm tak akan pernah habis. cuma bila aku dah slalu sangat disakiti, aku bleh doa je la agar satu hari nanti dorang-dorang ini akan sedar apa yang dorang lakukan selama ini, especially bila dorang kena buku ngan ruas!

untuk korang-korang, baik la utamakan hati korang dulu sebelum jaga hati orang lain, skarang bukan lagi masa jadi bebaik sangat, hehehe dah tu jangan la kejam sangat! biarlah bersederhana tapi utamakan diri sendiri dulu.

p/s : menghitung hari mencari sebuah perasaan.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home