Tuesday, November 08, 2005

dia .... IDOLA



akhirnya...aku jumpa gak ngan idola aku. aku minat sangat ngan Akak Diba. sebaik je tahu album dah release, aku terus gi serang kedai muzik kat Penang ni tapi frust giler tak jumpa plak so aku email Akak Diba, dia cakap ada kat Tower Records, apa lagik aku pun pegi la kat Gurney Plaza, Alhamdulillah jumpa gak, sejak ari tu (sampai ari ni) lagu Akak Diba senantiasa terpasang dalam keta aku! kitaorang saling contact each other, aku tak sangka dia sanggup meluangkan masa balas email email aku, tak pernah lekang dari emailnya menasihati aku itu ini. walaupun kitaorang baru je kenal tapi aku rasa dekat sangat ngan dia tambahan plak Akak Diba sentiasa merendah diri.

sebaik saja dancers running show, aku nampak kelibat Akak Diba kat back stage, terus aku gi jumpa dia maka lahirlah foto kat atas tu, hmm kitaorang tengah gelak pasal aku mintak dia kasi wajah yang paling cute! hmmm ntah macam mana aku bleh share ngan korang kat sini tentang keperibadian Akak Diba. aku kagum sangat tentang dia. biarlah tak tercurah di sini tapi aku tahu aku kenal hati budinya. sayangnya dia tidak berada di tangga yang sepatutnya kerana masyarakat memandang dia seumpama tiada mata, bakatnya terlalu membanggakan (bagi aku). biar sejuta kata yang aku cakapkan kat sini belum tentu ada yang menghargai, jawapan ada di tangan korang sendiri, dapatkan album Akak Diba yang berjudul Terlalu Istimewa, selamilah bakatnya! Antara lagu yang ada dalam album tu ialah :

1. Detik Itu
2. Putih
3. Fantasia Sebuah Cinta
4. Joget Hati Senang
5. Terlalu Istimewa
6. Kelabu
7. Ikan Di Laut Asam Di Darat
8. Pengorbanan
9. Begitulah Asmara
10. Hanya Restu
11. Terlalu Hina

Dalam semua-semua tu aku suka sangat ngan lagu Terlalu Istimewa. Korang baca antara kandungan email yang Akak Diba antar kat aku tentang lagu tu.

Yes lagu terlalu istimewa itu ada cerita di sebaliknya... lagu tu memang magic disebabkan kesucian seorang anak. Budak ni namanya Nurul huda Abd Ghani dan dia telah dirogol dan diperlakukan dengan kejam oleh satu makhluk yang bertopengkan manusia. Asal dari Gelang Patah Johor.. ingat tak kes tu?

Akak slalu ikut kes Nurul... dan terpesona dengan wajah dia... matanya yang bulat.. senyumannya yang penuh jiwa... satu keluarga dia trauma terutama abang dia.. dengan kejadian tu... bapanya pulak menangis teresak esak bila penjenayah tu ceritakan pada mahkamah setiap butir perbuatan dia terhadap nurul.

Maka terilhamlah satu anugerah drp Allah kpd akak dan azlan abu hassan untuk melagukan emosi yg menghantui setiap insan yg bersimpati.

Terhasil-lah terlalu istimewa... Alhamdulillah... ramai yang dapat merasakan emosi lagu tersebut. Magic yang lain pulak.. bila kak deeba ceritakan pada azlan tentang perasaan akak tentang Nurul. akak suruh dia buatkan lagu... dlm masa yg singkat, dia telah menghasilkan sebuah melodi yg memang seperti yg akak bayangkan... magic.. azlan is so talented. Akak pun buat lirik nya.. dan itulah di antara lagu pertama yg akak rakamkan utk album ini.

Hmm...tiap kali mendengar lagu tu, air mata lelaki aku gugur juga, kekadang sampai terbayang tentang abang arwah. besarnya dugaan Allah pada keluarga arwah. di tangan Akak Diba, sebuah cerita menjadi irama yang menyentuh rasa.

Dapatkan album Terlalu Istimewa dan kenalilah pemilik suara itu.

p/s : Akak, terima kasih atas semangat yang diberikan pada Zac selama ini.

1 Comments:

Blogger hisyam abbas said...

putera kat UK x de cd ini..apakah sudi mengirim buat hamba kat sini..

1:43 AM  

Post a Comment

<< Home