Wednesday, November 09, 2005

feel so down ....

aku mahu bercerita tentang kemeriahan hari raya tahun ini namun aku tiada semangat untuk itu. hanya kerana ... aku kecewa dibohongi. kenapa manusia suka berbohong? untuk menyelamatkan diri? keadaan memaksa? terpaksa? apa juga alasan, aku tak mampu menerima bila aku dibohongi terutamanya oleh insan yang aku sayang.

hati ni macam remuk sangat sangat bilamana aku tahu aku kena bohong. aku pikir balik, apa lagi yang dia nak dari aku? apa faedahnya yang dia buat macam tu? dia lupa agaknya tentang aku yang suka mengikut gerak hati sehinggakan dia jatuh dalam ceritanya sendiri.

fikiran ni tak abis fikir kenapa kenapa kenapa? sedangkan dia tahu aku ni dah banyak berkorban untuk dia. tak pernah aku minta wang berjuta, yang aku mengemis selama ini adalah sedikit masa dari dia untuk aku, hanya sedikit.

semalam katanya, terlalu sibuk dengan urusan. tapi aku tahu (dan aku tahu) apa sebenarnya.

1 Comments:

Anonymous Anonymous said...

Memang sakit bila dibohongi oleh insan tersayang.. tetapi.. Berilah sedikit ruang untuknya. Jangan sesekali "serkap jarang". Tak elok dlm perhubungan. Setiap perhubungan perlu ada tolak ansur.

2:01 PM  

Post a Comment

<< Home