Wednesday, November 16, 2005

NITA ... diva dalam ciptaan

NITA .... bagi aku dialah DIVA dalam ciptaan, aku yakin sedikit masa lagi Nita akan sebaris dengan bintang-bintang ternama yang lain. 12hb November merupakan satu lagi tarikh bermakna buat aku, sejak pagi aku di Batu Kawan untuk majlis Rumah Terbuka Equine Home, pastu jam 3 petang untuk majlis Rumah Terbuka Putera Puteri UMNO Batu Kawan, sampai PISA Penang jam 6pm dah nak rush untuk opening show, penat sangat tapi aku kira ok lagi, yang kesiannya tengok dancers yang dari pagi terlari sana sini. Aku sempat gak mandi dalam PISA hehehe (kejap je curik masa).

Nita datang ngan Daniel dalam jam 8 malam, aku loloskan (ader ke perkataan ni?) untuk jumpa ngan Nita dan Daniel, hmm senang banget tanpa karenah bila berurusan ngan PR dorang, tak macam nak jumpa ngan Mawi that day padahal bilik area situ cuma ada dancers ngan artiste jer, dancers pun kalau tengok artiste gitu gitu jer, over sungguh PR Mawi (opsss...marah plak peminat Mawi karang, aku pun minat gak ngan Mawi tapi skadar minat gitu-gitu jer!)

Sebaik je aku masuk, Nita dah melemparkan senyuman kat aku, Daniel pun anggukkan kepala dan senyum. Hmm indahnya dunia aku rasa, harapnya sifat yang dorang miliki ini tak akan berubah bila dah popular karang (skarang pun dah popular) Aku sempat say Congrats dan bergambar ngan dorang 2-3 snap, ok la tu. Aku tegur Nita 'eh sama tinggi la plak'. Nita ketawa manja (serius...kalau dapat sunting Nita jadi 'ehem-ehem' aku tak cari lain dah - setiap orang ada pilihan citarasa memasing kan? Hmm AISYE - awak tetap dalam hati saya hehehe statement apakah ini?) Kat wajah Nita dan Daniel bagai sedang bercerita tanpa henti betapa dorang gembira sangat dengan pencapaian dorang. Wajah aku pun non-stop bercerita gak..tentang gembiranya aku menyaksikan kejayaan dorang!

Sebaik sahaja nama Nita diumumkan, seluruh stadium PISA bergema dengan sorakan, meremang bulu roma aku, sempat gak berangan kalau la aku yang ada kat atas pentas tu hehehe...aku suka sangat bila Nita sampaikan lagu Ku Mohon dan Big Spender, hmm she's talented lah! Paduan suara, tarian dan komunikasi Nita terlalu berkesan, ramai yang puji kehebatan vokal Nita. Sepanjang Nita nyanyikan lagu tu, aku berada di bahagian tepi stage, sorang..bawa diri menghayati satu lagi 'produk' hiburan negara. Saat sedang menghayati, sambil menyanyi Nita membelakangi penonton dan memandang tepat ke anak mata aku - aku lihat ada senyuman di hatinya, aku lihat!

Setiap hari kumohon
Agar Kau sentiasa
Memberiku ketenangan dalam hati... kekuatan
Menempuh segala dugaan yang mencabar ini
Pasti punya ertinya

Engkau beriku harapan
Menjawab segala persoalan
Hadapi semua dengan tenang
Dengan merasa kesyukuran
Ku doa Kau selalu
Mengawasai gerak-geriku
Berkatilah ku penuh rahmat dari Mu

Oh Tuhan terangkan hati dalam sanubariku
Oh Tuhan ku berserah segalanya kepadamu
Agar jiwaku tenang dengan bimbingan Mu selalu

Ada kalanya ku merasa hidup ini seperti kaca
Jikalau tidak bersabar
Hancur berderailah akhirnya
Tabahkanlah hatiku
Melalui semua itu...
Ooh...Kuatkanlah
Cekalkanlah diriku

Curahkanlah nikmat Mu pada hidupku

p/s : saya mohon pada awak, lihatlah saya di sini, selagi ada rasa cinta di dalam hati ini.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home