Thursday, June 26, 2008

untuk ke sekian kalinya .....

23rd JUNE 2008 – TAK PERNAH BERUBAH

Aku berdiri di dalam putaran roda hidupku sebagai manusia yang senantiasa berada di tengah-tengah, ke kiri aku ke kanan juga aku tapi mungkin sudah tertulis suratan hidupku tentang manusia di keliling ini tidak pernah mahu menyelami apa yang aku rasa, beban yang aku pikul, yang mereka tahu hanya menikmati senyum tawa di bibir aku sedangkan di hati yang menanggung segala rasa ini, bagaimana?

Manusia tak pernah nak bersyukur dengan apa yang dikurniakan padanya malahan seringkali melihat sesuatu yang terjadi itu atas kesalahan orang lain, menyedihkan sangat. Segalanya mereka yang betul, susah sangat nak membuang segala ego yang ada, payah sangat belajar dari pengalaman yang lalu. Kenapa mahu menjulang piala kemenangan sedangkan kejayaan itu bukan usaha sendiri tapi hanyalah kerana takdir yang menentukan. Hari ini kita mungkin bebal dengan sikap diri sendiri, berpegang utuh pada prinsip hidup yang ntah apa apa tapi esok mungkin sudah hilang segala kenikmatan yang ada itu, kan pernah aku bilang roda hidup ini berputar, makanya sedarlah diri, jadilah yang terbaik untuk diri sendiri dan lebih berharga adalah untuk orang lain. Untuk apa menyakiti sesama manusia andai di hujungnya kita yang berdosa.

Aku terpaksa membiarkan suatu keadaan ini berterusan kerana aku sudah puas menegur akan segala kekurangan, mengisi segala ruang kosong yang aku yakini jika aku biarkan akan rosaklah sebuah kehidupan. Yang aku harapkan adalah perubahan. Jangan lakukan ini untuk aku tapi sempurnakanlah untuk diri sendiri.

Seringkali aku berkorban untuk keadaan kerana aku yakini aku melakukan sesuatu yang di hujungnya nanti mereka akan tahu sebuah kebenaran. Ya Allah, bimbinglah aku dan mereka ke arah kesempurnaan. Sucikanlah hati aku dan mereka agar di jauhi segala prasangka yang terlalu hina, jauhkanlah Ya Allah. Jauhkanlah…..AMIN

Few quotes to shared with :


Berbahagialah orang yang dapat menyalahkan dirinya sendiri sebelum menyalahkan orang lain. ( Maksud hadis )


Kalau kita membenci orang, orang akan membenci kita.


Hasad dengki menghilangkan keindahan, baik keindahan badan, keindahan jiwa ataupun keindahan akal. Bahkan keindahan wajah pun mampu dihilangkannya.


Sejahat-jahat manusia ialah mereka yang suka mencari kesalahan dan kecelaan orang sebagaimana lalat mencari bangkai dari tempat-tempat yang busuk.


Walaupun hati rasa sedih, buat-buat gembira.
Walaupun hati rasa kecewa, buat-buat tiada apa.
Walaupun diri terasa luka, buat-buat tabah.Entah bila agaknya, kepura-puraan ini akan berakhir.



21st JUNE 2008 – SEBUAH CERITA YANG MASIH BELUM TAMAT


Hari ini kisah itu berulang lagi lagi, ada statement yang sama yang pernah dikatakan pada aku dan hari ini diulang semula. Aku di katakan ‘memang pandai berkata-kata’. Hmm terdiam aku seketika. Sebuah cerita yang sudah tamat dan masing-masing berjanji untuk melupakan sengketa, melupakan kisah hitam yang pernah ada tapi hanya kerana sedikit salah faham, aku dipersalahkan lagi. Hanya kerana aku membela diri, hanya kerana aku mempersoalkan apa yang terjadi, harga diri aku tercalar lagi.

Terfikir aku seketika, jika diri ini penuh dengan sifat negative, dan jika rasa itu yang bersarang di hati hingga diucapkan berkali-kali, kenapa masih menyayangi aku? Buanglah aku ini ke mana sekalipun, mungkin aku sesuai seorang diri, tak layak menyayangi dan disayangi. Sedih betul la jika berhadapan dengan manusia yang mendendam sebuah rasa dan melontarkan sesuatu yang tak sepatutnya berulang.

Di hujung cerita ini juga aku tetap insan yang bersalah, yang jahat dan memulakan segala sengketa tapi nampakkah mereka apa yang aku usahakan? Tahukah mereka yang aku menyedarkan semuanya tentang apa yang mereka lalui selama ini? Aku juga punya salah, punya jahat di dalam laluan idup yang tak sepatutnya tapi bilamana sesekali aku sedar kealpaan ini, salahkah aku untuk membimbing mereka keluar? Hmm tiada siapa yang membela aku sebenarnya. Aku rungkaikan segala permasalahan yang akhirnya aku sendiri disalahkan dan minta direnungkan apa yang jadi. Manusia mudah benar lupa.



20th JUNE 2008 – AKU MASIH DI SINI

Smalam Daniel SMS aku bertanyakan kenapa blog aku ni sepi jer. Hmm aku pun tak tahu nak jawab cam ner sedangkan banyak perkara jadik dalam idup aku. Satu persatu silih berganti. Ada perkara yang terjadi pada aku sebenarnya dan ada perkara yang tak pernah aku buat dalam idup, dah pun aku buat, takut gak tapi tak per bukan salah pun cuma kurang kena huhuhu….

Yang nyata aku tahu Fir ada tolong aku dan aku juga tahu Daniel ada tolong aku cuma dia kunci mulutnya serapat yang mungkin. Hmm malam tu aku sembang dengan Fir pasal Daniel, rasa terharu pun ada gak. Slalu masa susah aku payah skit nak kongsi dengan sesapa tapi kebetulan Fir ada dalam situasi ni dan dia usahakan tolong aku dan aku tak sangka Daniel pun sanggup tolong aku, Alhamdulillah. Aku rasa syukur sangat ada kawan yang cam ni dalam idup aku. Allah je la yang membalasnya.

Banyak lagi rentetan cerita dalam idup aku sebenarnya, antaranya aku jumpa semula dengan sepupu aku, Abang Remysham setelah kali akhir kitaorang jumpa tahun 1999. Dia dah berjaya dengan business dia skarang ni, punya isteri yang cantik, kereta mewah dan baru je beli building untuk operate business dengan Petronas. Hmm siapa sangka masa kecik kitaorang selalu main sama, aku ingat lagi masa aku mandi dalam sungai kat Kedah, itulah kali pertama aku kenal binatang yang namanya pacat, seram sejuk aku masa tu, dia la yang tolong buangkan pacat kat badan aku. Dulu dia selekeh sangat, masa kat sekolah menengah dia tu terkenal la coz ensem dari aku (tapi skarang pun dia ensem dari aku huhuhuhu) Hmm dia dah cukup segalanya dalam usia yang muda, syukurlah. Aku pun mahu ikut jejak dia berjaya dalam usia yang muda dan aku sedang berusaha, mungkin kejayaan itu miliknya di awal usia ini. Melihat dia hari ini aku rasa hepi gak la, mungkin dah rezeki yang tertulis.

Bout my Bridal business, aku tengah usaha untuk dapatkan koleksi pakaian pengantin yang latest tapi skarang ni modal tengah tergantung, banyak yang perlu digunakan. Sib baik ada Daniel yang tolong supply kan few set untuk aku jual pakej cuma pelamin aku ngan Fir set up sendiri la, semua pakej kitaorang set sendiri. Next week nak wat fotografi n tempah brochure for promotion n marketing.

Skarang ni aku dalam usaha untuk mendapatkan dana yang besar skit dari pihak MARA, InsyaAllah. Aku nak all out business aku ni. Mayb minggu depan aku nak gi bincang dengan pegawai MARA apa yang boleh dorang cover untuk aku. Aku nak make sure semua ni dalam perancangan yang teliti coz bukan bleh nak wat main-main. Tapi harapan aku besar la untuk semua ini jadik kenyataan. Doa-doakanlah k.



16th JUNE 2008 – SEBUAH KISAH KEHIDUPAN MANUSIA


Awal pagi ini ada sesuatu yang terjadi dalam hidup aku, tentang dua orang insan yang pernah hadir mengisi kekosongan idup aku, tentang perancangan mereka, tentang usaha mereka untuk ‘mengenali’ siapa aku.

Jauh di sudut hati terlalu payah untuk menerima apa yang jadi. Sedih di hati hanya Allah yang tahu. Hmm beginilah kehidupan. Manusia tak pernah puas. Yang sering dilihat adalah kealpaan insan lain bukannya diri sendiri. Hari ini aku menjadi mangsa keadaan lagi tapi aku terima dengan segala keterbukaan.

Ya ALLAH, aku diam di sini menerima segala ujian dari Mu. AMIN

Tuesday, June 10, 2008

edisi tambahan dari IKMAL .....

Aku dapat email lagi dari Ikmal, sehari selepas itu. Hmm dia mentafsir aku dengan lebih jauh lagi. Kekadang bila orang tahu apa kita rasa, apa kita lalui, terasa cam dihargai sangat. Andai semua orang cam ni kan bagus.....

Dari rasa naluri hati ini, saya berpendapat awak sebenarnya akan melalui tempuh kesepian ini mungkin sepanjang hayat .... Sebagaimaan dalam sms semalam, sekalipun awak telah berkahwin namun jauh di dalam hati awak masih ada bekas kesepian yang tidak terpadamkan ...

Itulah musuh awak sebenarnya ... Biarpun hidup awak banyak di lingkari hasad dengki, dendam dan sebagainya tapi pada wajah awak jelas tergambar bahawa awak sebenarnya seorang yang sangat bernasib baik ... Nasib banyak memihak kepada awak, Zac ... Dan awak sering kali terlepas dari niat buruk orang ... Tapi awak sering kali gagal utk melawan kesepian dan kesunyian yang awak sembunyikan di dalam hati itu ... Syukur Tuhan megurniakan awak sebuah wajah yang tenang biarpun sesekali hempasan badai dalam hati itu kekadang boleh meroboh jambatan pulau pinang ... Awak seorang yang sangat tabah .... Juga mempunyi tahap kesabaran yang sangat tinggi ... Perliharalah dua perkara ini agar tidak hilang dalam dari diri awak, Zac .... Itu kunci kejayaan awak nanti sehingga bergelar seorang jutawan ...

Mungkin ada dari susur galur keturunan awak yang kehampirannya dengan Allah terlalu dekat dan sehingga kini doa mereka masih bersama awak, Zac .. Juga mungkin bersama keluarga awak ... Tapi apa yang pasti wajah awak dari beberapa gambar terbaru jelas mengambarkan warna dan cahaya keimanan ada disitu .. di wajah awak ... Mungkin awak dalam masa terdekat ini lebih mendekatkan diri kepada Tuhan, agaknya ... Kekalkan la kebaikan ini ... Takut kepada Tuhan bererti kita perlu lebih dekat kpdNya ... Ntahla ... Mungkin saya tersilap pandang barangkali ... Jangan ambil berat sangat apa yang saya cakap ni ... Terkadang mata manusia ini juga sering dikaburi oleh pandangan syaitan ....

Tentang kesepian dan kesunyian tu ....Kerana apa ? Rasanya kerana cinta yang terutama ... ! Cinta .. Maknanya terlalu luas ...Cinta paling agung adalah kepada Tuhan ...Awak sedang nenuju kearah itu ... Kalau awak ikhlas dan tekun dan tahu jalannya, awak akan mendapatkan cinta agung itu ....

Tapi cinta sesama manusia, itulah yang awak selalu gagal dan mungkin tidak akan menjumpainya seumur hidup awak ... Disitulah kesepian dan kesunyian itu memburu awak, sahabatku ....Tapi Tuhan telah mengurniakan ketabahan dan kesabaran yang tinggi dlm diri awak sejak azali lagi ...

Percayalah, awak tidak akan pernah rebah biarpun sepanjang hidup penuh dengan kepedihan .... !Awak akan senantiasa bernasih baik !

Percayalah awak selalu memilih utuk mengalah dari untuk menonjol kedepan menegakkan sesuatu ... Diam awak tidak pernah kalah, zac malah berbiasa biarpun terkadang bisa itu sangat meracuni awak .... Juga, terkadang awak menjadi terlalu diam ... Kalau awak banyak bercakap bukan bererti awak gembira ... Susah bgi mereka memahami siapa awak sebenarnya ... Awak sgt pandai berselindung .... JUga awak seorang yang sangat cerdik ... Tapi emosi terkadang menjadikan awak lemah dan nampak boleh dikalahkan ....Perkara ini awak perlu ambil perhatian sangat-sangat .... Jangan dedahkan emosi awak kerterlaluan ....

BUDI TAK TERBALAS


Korang ingat tak aku cerita pasal Daniel, kawan yang aku baru kenal, yang kitaorang gi Medan sesame baru-baru ni? Kan aku cakap dia ada butik pengantin gak kat Kulim, dah banyak kali dia suh aku gi butik dia amek beberapa pasang pakaian pengantin wat display kat kedai aku sementara aku nak ada collection sendiri. Sebelum ni aku teragak la skit nak pegi coz ada krisis yang timbul antara kitaorang berempat (empat? Siapa lagi ek? Hmm tak yah la aku sebut nama nama kat sini kang free je dapat publisiti) so aku jadi segan la jugak tapi semalam dia kol aku, katanya ari ni cuti, datang je butik dia so akan kasi aku pakaian pengantin untuk display kat kedai aku.

So tadik aku pegi la ngan Fir ke Kulim. Daniel kasi 3 pasang baju pengantin untuk display, hepi sangat dalam hati aku ni coz ada collection sementara, satu lagi hepi coz dapat orang yang pemurah cam Daniel dan satu lagi hepi coz dapat jumpa Mr Lovely Filan (yang all da way ada senyum di wajahnya, sebuah senyuman yang ada seribu rahsia barangkali) Pas amek baju kitaorang makan char keoy teow kat area butik Daniel, sodap gak, ya la kan orang belanja mesti sodap.

To Daniel, if U read my blog, thanks a lot for Ur support n help, I really do appreciate it. Tak terbalas jasa U pada I, tak mungkin lupa. Seperkara lagi, dengan apa yang jadi lately, I harap U tabahkan hati (I pun tabah gak neh) Tadi ada word U yang buat I terkedu jap, andai berulang lagi keadaan di mana U akan terpaksa berkorban perasaan kepada sebuah kehilangan, U tak akan sanggup lagi berhadapan dengan situasi itu walaupun diupah dengan wang ringgit. Hmmm ya la Daniel, apa yang U buat ni dah cukup besar pada satu relation. Biar apa pun yang orang cakap about U, dorang tak pernah ada dalam situasi itu. Kalo U jahat sekalipun, I hormati U jugak kerana apa yang pernah U lakukan bukanlah satu perkara yang normal, yang mampu dilakukan oleh manusia lain. Tentang apa yang terjadi dan sedang melalui idup U skarang ini, tempuhilah sebaik mungkin. I pun nasihatkan diri I jugak dalam perkara ni. Hmm my last word, jangan tinggalkan dia mcm tu saja, I tahu U akan ada dengan dia walau apa jua keadaan kan. People make mistake kan tapi jangan la selalu sangat, I kalo orang wat salah I lagi suka nak dekat coz I ada peluang nak changed orang tu tapi kalo I yang buat salah, berpapan papan I akan kena sound, sabor jer la. Once again, thanks a lot. Frenz forever.

notakakiku : ada orang baik, ada orang jahat, ada orang baik yang lebih jahat dari jahat.

Monday, June 09, 2008

KERANA KAU

KENAPA?

Kenapa hati saya sering dilukai?

Kenapa saya selalu perlu berkorban perasaan untuk beri laluan pada orang lain?

Kenapa saya selalu dipinggirkan?

Kenapa saya yang perlu menanggung kesan semua ini?

Kenapa di akhir cerita kesalahan itu letaknya pada saya?

Kenapa orang lain selalu diutamakan sedangkan saya yang senantiasa mencuba yang terbaik?

Kenapa saya harus menangis atas apa yang orang perlakukan pada saya?

Kenapa maruah saya selalu dipermainkan?

Kenapa saya yang selalu mengalah pada keadaan?

Kenapa saya bagai tak ada erti pada orang lain wak?

Saat ini hati saya tertutup rapat untuk mempercayai sesapa saja. Dua hari saya meminggirkan diri mencari apa kekurangan diri saya sehinggakan saya selalu disisih. Pedihnya dalam hati hanya Allah yang tahu. Berilah jawapan dan alasan terbaik awak buat saya kerana saya benar-benar menanggung kesan apa yang jadi ini.

Kerana kau ku masih di sini
Kerana kau ku bisa menangis
Dan kerana kau yang menghancurkan
Ku tiada berteman
Terkenang wajah mu aku pilu

Selangkah ku tersebut nama mu
Tak terasa jiwa ku dipalu
Oleh rindu dan dendam pada mu
Dan ketika ini dan di saat ini
Dimanakah dikau

Kau puja bulan yang mengambang
Kau pinta bunga yang di taman larangan
Kau sendakan ku punya perasaan
Dan kau menyatakan cinta ini
Hanya satu permainan

Mengapakah tak kau rasa
Bukan paras supa yang sangat ku pinta
Ohh... ohh

Tapi hati yang dapat merasa
Yang kesedihan ini tak lain
Hanyalah kerana mu

Mengapakah ku diluka
Mengapakah harus ku tanggung semua ini
Tidakkah kau merasakan
Kesedihan ini tak lain hanyalah kerana mu

Sunday, June 08, 2008

ATAS RASA INI .....

Pernah aku terbaca di dalam sebuah buku, di zaman akhir ini, segala kejahatan manusia itu akan diterima, fitnah bermaharajalela, yang terang kejahilannya diagungkan, hmm sedihnya dalam hati ini. Yang aku baca kini jadi nyata.

Ntah bagaimana mahu aku bercerita, sesungguhnya blog ini menjadi teman yang paling setia, biar tidak berbicara,membisu seribu bahasa tapi dia senantiasa ada. Sumthing happened tadi, buatkan hati aku terasa kecil. Pendirian hidup ini penting sebenarnya untuk kita melangkah. Tanpanya, kita terumbang ambing – mewarisi bisikan syaitan. Jauh aku bermaksud memohon sesuatu yang buruk terjadi tapi aku sekadar bersuara atas pengalaman yang aku tempuhi, agar dia lebih dewasa dan memahami, agar ada pengajaran yang dapat diperolehi. Tapi aku kecewa.

Saat ini aku bagai terbuang. Seorang. Sepertimana selazimnya, benar kata Ikmal, aku akan senantiasa sunyi. Mereka akan terus dalam kehidupan mereka seolah tiada apa yang pernah terjadi tapi aku tak punya apa. Terlalu berdosakah aku? Hina sangatkah aku? Hinggakan begini aku disisihkan, kejinya diri aku rasa saat ini.

Seribu pembohongan, penipuan, fitnah – semuanya selesai dengan perkataan maaf. Sedangkan satu persatu telah diatur agar segala hukuman kesalahan ini menjadi milik orang lain. Aku yang terherat ke lembah ini, ditunjuk tunjuk dosa yang perlu aku tanggung, beratnya Ya Allah untuk aku terima.

Hari ini aku tak akan lupa, air mata yang jatuh lagi ini berasal dari kebahagiaan mereka, berpunca dari sikap mereka, hmm mereka yang pentingkan diri, yang mahu menoktahkan segala kesulitan tapi pernahkah melihat aku di sini yang menerima segala beban ini? Sedihnya dalam hati aku tak tertanggung rasanya. Diri mcm bangkai yang tak ada guna.

Aku sedih sangat, aku tak tahu nak berlakon meraih simpati, yang mampu mengundang rasa kasihan orang. Yang aku tahu adalah menjadi diriku sendiri. Hari ini sekali lagi aku menggalas beban yang ditinggalkan, milik bersama tapi aku yang menanggungnya. Lemahnya aku rasa saat ini.

Di akhir cerita ini, akulah yang paling jahat…..sedangkan mereka seperti biasa.

Ya Allah, aku merayu, lihatlah air mata aku ini, aku yakini Engkau Lebih Mengetahui, pujuklah hati aku jangan sampai aku lumpuh lagi. Aku terima segala ujian ini dengan redha. Ya Tuhanku, beratnya aku rasa bilamana perasaan ini bagai tak dipeduli oleh sesiapa. Aku mohon padaMu Ya Allah, andai ada anugerah ketenangan untuk diriku dengan syarat aku harus bersendiri, kurniakanlah. Aku lebih redha bersendirian dengan keagungan ketenanganMu dari dikelilingi seribu teman yang tak pernah melihat apa yang aku rasa di jiwaku. Saat ini aku tak punya siapa yang mampu aku percaya…..

Setelah kupahami aku bukan yang terbaik
Yang ada di hatimu
Tak dapat kusangsikan
Ternyata dirinyalah yang mengerti kamu
Bukanlah diriku ..

Kini maafkanlah aku
Bila aku menjadi bisu kepada dirimu
Bukan santunku terbungkam
Hanya hatiku berbatas 'tuk mengerti kamu
Maafkanlah aku..

Walau ku masih mencintaimu
Ku harus meninggalkanmu
Ku harus melupakanmu
Meski hatiku menyayangimu
Nurani membutuhkanmu
Ku harus merelakanmu

Dan hanyalah dirimu
Yang mampu memahamiku
Yang dapat mengerti aku

Ternyata dirinyalah
Yang sanggup menyanjungmu
Yang ramah menyentuhmu
Bukanlah diriku..

Saturday, June 07, 2008

ada 2 cerita

DI SEBALIK WAJAH …..

Aku ada kawan blogger nama Ikmal, tak pernah jumpa pun tapi Ikmal ni pembaca setia blog aku, dia ni cam biskut, jap ada jap ilang. Aku selalu buka blog dia coz citer dia best tapi tak pernah update dah, lama gak. Dua tiga hari lepas kitaorang ada email, tu pun bila dia antar email tanyakan aku coz dia penah SMS aku beberapa bulan sudah tapi katanya ada reply cakap ‘ZAC TAK ADA’ hmmm aku pelik gak, sapa la yang ‘rajin’ membalas sms hp aku plak, seingat aku hp aku senantiasa ada dengan aku dan aku plak rajin sms, mustahil la aku nak reply sms orang yang tanya khabar aku dengan sms cam tu, apapun hanya Allah saja yang tahu.

Tadi Ikmal ada email lagi, email yang buatkan aku terdiam. Sebak ada gak dalam dada, tipulah kalo tak bergenang air mata bilamana seseorang yang jauh tak pernah berjumpa, yang hanya mengutusi email sekali sekala, yang mengenali aku hanya menerusi blog tapi mampu membaca aku, menilai aku, mentafsir aku. Hmmm kadang-kadang insan depan mata pun belum tentu dapat memahami kita sebaik mungkin. Hepi aku ada kawan cam gini. Hmm ntahlah, memang aku hepi, sekurangnya aku tahu ada orang yang senantiasa bersama aku.

Aku kongsi kat sini, antara kandungan email yang yang Ikmal antar tadik…..

Percayala, awak mmg ada tanda nk jadi jutawan cuma jangan jadi jutawan rupiah sudah la. Dari gambar kat blog tu saya nampak pada wajah, awak seorang yang sangat jujur, hati-hati dalam kejujuran itu akan ada banyak manusia lain yang akan mengambil kesempatan. Orang seperti awak akan hancur dalam dendam tapi tidak akan pernah sekalipun membalas dendam. Awak seorang yang terlalu perahsia, hati awak juga selalu sepi, awak yang selalu membuat sesuatu sampai sempurna dan sangat teliti, awak selalu menjaga perasaan orang lain biarpun hati sendiri terluka, awak takkan cakap kalau sesuatu itu tidak memuaskan hati tapi murah dengan pujian. Awak adalah seorang yang selalu dan terlalu banyak berfikir. Terlalu pemaaf. ITULA AWAK .......... Hati-hati ye .... Dalam setiap kebaikan pasti ada yang tidak menyukainya, itula hidup, itula warnanya. Hati awak terlalu lembut sebenarnya ....Diri awak sarat dgn fitrah kebaikan ... Jagalah fitrah itu jangan dikotori ...

Aku baca berulang kali, terlalu banyak makna yang harus aku persetujui di sini. Kadang kadang aku jadi bosan untuk berdiri demi orang lain tapi aku tak faham kenapa aku sering terperangkap dalam situasi tu, dah tu selalu jadi mangsa tak puas hati orang sedangkan aku dah cuba sebaik mungkin, di hujungnya aku juga yang salah. Mungkin ada benar, dalam kebaikan kita pada orang lain, ada yang tak menyukainya.

Dalam asyik menaip, Ikmal kirimkan aku SMS

Awak kena tabah, hati awak akan sepi sepanjang hayat sekalipun awak dah berkeluarga. Sepi itu bahaya. Awak tak akan hancur kerana dendam tapi akan rosak kerana sepi. Orang mcm awak perlu lebih dekat dengan Tuhan.

Hmmm si Meero plak antar SMS tanya dah dengar ke background muzik kat laman web www.sepithemovie.com? Hmmm aku pun bukak la laman web tu, lagi la aku rasa sepi.

notakakiku : emangnya aku kesepian sekarang ini, melihat perjalanan sebuah kisah itu yang sedang meniti. Ntah di mana noktahnya tapi aku yakini ada. Ya Tuhan, tabahkanlah hatiku.


6TH JUNE 2008 - DRAMA MINGGU INI

Sebuah cerita yang sungguh menyayat hati, hari ini aku makin mengenali siapa insan di sekeliling aku, tak perlu la aku menyatakan dengan lebih jauh lagi tapi sendiri ingat la, sungguh memalukan. Manusia yang terumbang ambing cam ni, bodoh sombong tak akan ke mana hidupnya. Mungkin di fikirnya aku ini bagai budak mentah yang tak tahu apa apa. Hmm aku sengaja mengambil sikap diamkan diri, aku mahu lihat sejauh mana dia mampu membawa diri. Berlakon sangat sangat dalam dunianya sendiri. Kadang-kadang aku termenung mahu ketawa tapi ada kalanya aku bimbang juga, mahu menangis seakan tiada apa, melihat satu persatu geraknya dalam dunianya yang dia sendiri tak pasti.

Sebenarnya aku tak tahu apa yang mahu aku luahkan kerana rasa ini terlalu dalam di sudut hati. Bukan sekali dua aku kenal manusia sebegini, dah beberapa orang yang aku kenali pergi dari hidup aku dan akhirnya kembali dengan berita duka. Kenapa kembali sedangkan awal dulu dah pernah aku hamparkan pesanan. Bukankah semata-mata membuang masa kehidupan diri sendiri?

Ada pengajaran hidup kebelakangan ini yang menambahkan pengalaman aku – jangan mudah percaya pada sesiapa, seringnya aku tahu tentang ini tapi aku sering juga tewas. Manusia hanya mampu bersuara tapi belum mampu mengota. Sedih juga perasaan hati bilamana mengetahui tentang kebenaran yang pahit tapi aku terima. Hari ini juga aku dicerca, dihina untuk ke sekian kali. Ada pihak bertepuk riang atas semua ini tapi aku percaya Allah itu ada, melihat segalanya. Di pihak lain seolah baling batu langsung sembunyi tangan, mudahkan? Hmm tapi jangan fikir semudah itu, lambut laun manusia yang penakut ini akan berhadapan dengan kehilangan juga. Kala itu mungkin dia akan sedar apa sebenarnya yang telah dia lakukan satu ketika dulu. Siapa sebenar-benarnya yang hipokrit, kesian sungguh. Mengapa ada manusia yang mcm ni ntah, hmmm berpura baik sedangkan hatinya? Subhanallah…..

Hari ini aku mendapat kembali sesuatu yang pernah aku hilang, aku bangga kerana jalinan ini masih utuh, hanya Tuhan yang tahu kenapa ianya masih ada walaupun telah hilang satu ketika dulu. Dan untuk mereka yang cuba menjarakkan hubungan ini, sudah-sudahlah….tak perlu bercerita yang buruk-buruk untuk melihat terpisahnya persaudaraan yang terjalin. Dalam hati kalau dah ada sifat dengki, jauhkanlah. Renungkan tentang hakikat alam, hidup yang hanya sementara ini, bukankah lebih baik kalau senantiasa kita nikmati semua ini bersama.

Berbalik pada nawaitu, sematkanlah yang terbaik untuk diri kita dan orang lain, di hujungnya pasti tiada lagi rasa kecewa.

Segalanya aku serahkan pada Ilahi…..

Thursday, June 05, 2008

PAKU DI HATI

Tadi petang di ketika semua housemate aku sedang enak tidur, aku tak tahu nak buat apa. Ari ni aku ada banyak masa yang terluang so aku gunakan untuk surf net jer la. Aku jumpa cerita ini. Sesuai sangat. Kekadang manusia ni bila sakitkan hati orang mudah je mintak ampun mintak maaf sedangkan dia tak pernah nak sedar yang dia dah tinggalkan parut luka di hati. Bila baca je cerita ni aku tengok jauh di sudut hati aku hmmm banyaknya parut. Penat sungguh menjaga hati orang lain sedangkan hati sendiri terabai. Doranglah yang terbaik, doranglah sempurna, segalanya milik dorang. Tak perlah, dorang calon syurga tingkat ke sebelas kot! Tak per lah, hati aku dah berparut, mungkin ini bahagian untuk aku…..korang hayati cerita ini k.

Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja. Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku.

"Untuk apakah paku-paku ini ayah?" tanya pemuda tersebut.

"Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita ini, bagi melepaskan kemarahan mu" jawab ayahnya.

Pada hari yang pertama sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok batu tersebut. Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya, jumlah paku yang digunakan juga berkurangan.

Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul paku menembusi tembok batu tersebut. Akhirnya tibalah pada suatu hari, dimana pemuda tersebut tidak marah, walau sekali pun.

Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira. Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku itu satu persatu, pada setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan. Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-paku tersebut. Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut kepada bapanya dengan bangganya.

Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata "Kau telah melakukannya dengan baik, anakku, tetapi lihatlah kesan lubang-lubang di tembok batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatan sama lagi seperti sebelumnya. Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini.

Kau boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya. Tetapi ingatlah, tak kesah berapa kali kau memohon maaf dan menyesal atas perbuatan mu, namun lukanya masih tetap ada. Luka di hati adalah lebih pedih dari luka fizikal.

p/s : sedihnya hati aku, kenapa aku sering disakiti hati? Mungkin kerana aku lebih suka berdiam diri? Ntahlah….kekadang hanya kerana disakiti hati, aku melakukan perkara yang tak sepatutnya hanya untuk memuaskan hati aku dan kala itu juga kesilapan terus menjadi milik aku sedangkan siapa yang memulakan? Noktah di situ, semuanya salah aku. Hmmm kalo tak cukup iman, kurang pendirian, rosak idup aku. Ya Allah, bimbinglah hambaMu…

Wednesday, June 04, 2008

4th JUNE 2008 – SEBUAH CERITA BERSILAT LIDAH

Aku sudah bergelumang dalam industri hiburan ni sejak usia aku 15 tahun, mulanya sebagai pemegang bunga manggar je, kemudian jadik penari, kemudian jadi event assistant, kemudian jadik freelance emcee dan sekarang aku punya produksi milik aku sendiri. Dalam tempoh tu aku juga bekerja sepenuh masa sebagai Customer Service Assistance untuk syarikat insuran – P&O Insurance Co Bhd, jawatan yang sama untuk syarikat penerbangan – Singapore Airlines dan sebuah bank – Epic I, BCB Bank Berhad. Kenapa aku perlu bercerita tentang semua ini? Jawapannya terlalu mudah, di dalam semua lapangan kerjaya aku ceburi aku jumpa dengan pelbagai jenis manusia, terlalu banyak, terlalu menyesakkan fikiran sebenarnya. Pelbagai ragam manusia ada di dalam dunia ini. Semua ini aku kumpul aku nilai dan yang mana baik aku jadikan pendamping aku dan yang mana buruk, haruslah ke tong sampah jawapnya.

Yang paling aku banyak jumpa adalah manusia hipokrit, fuh hebat orang jenis ini. Yang hanya nampak kesalahan dan kesilapan orang tapi diri sendiri, segala rahsia disimpan baik baik dalam poket. Dan dia nya tetap sempurna di mata semua insan. Amin. Aku tahu manusia jenis ini, punya gelodak rasa ingin diberi perhatian tapi sikit-sikit dah la kan. Aku tak pernah nak marah atau nak jauhkan diri sebaliknya aku simpati.

Seingat aku, golongan penari (aku ngan kengkawan aku la) selalu disalahtafsir tentang kehidupan kami. Segalanya yang negative. Aku akui mulut dorang ni memang berbisa tapi kebanyakkan yang aku kenal punya hati budi yang baik. Yang di luar sana plak, mulut manis cam tanam tebu je kat tepi bibir tapi maaf cakap la kan, hati? Hmm ntahlah macam mana nak aku ibaratkan.

Ringkasnya, aku susah nak percaya pada sesiapa dah. Bak kata orang Indonesia, golongan ini pandai ‘bersilat lidah’ hmm sakit hati ini hanya Allah yang tahu tapi mujurlah aku mampu membendung sebaik mungkin. Aku mahu melihat dan terus melihat sejauh mana segala lakonan dunia ini mampu bertahan. Aku pernah dikata ‘sepandai-pandai tupai melompat, ke tanah juga akhirnya’ dan aku akui tentang kata-kata itu dan aku sering ingatkan diri dan aku juga suka ingatkan orang lain tentang ‘dunia ini berputar, adakalanya kita di atas dan adakalanya kita di bawah’

p/s : jadilah manusia sejujurnya….

Tuesday, June 03, 2008

3rd JUNE 2008 – SEMALAM BERSAMA WATSON

Happening – perkataan tu la yang mampu aku ucapkan, memang persembahan dan sambutan guest malam ni meriah sangat. Alhamdulillah organiser puas ati dengan show, siap nak offer untuk tahun depan lagi, InsyaAllah.

Acara makan mcm semalam gak la, aku amek banyak photo dancers, karang aku edit aku letak sini k. Tapi part yang paling best ialah dapat barangan cenderamata dari Watson. Each of us dapat….jeng jeng jeng…..

NIVEA Body Whitening Milk
LOREAL White Perfect
CELLU CLAIR Anti Cellulite Gel
EUBOS Liquid Skin Cleasing Emulsion
OFF LOTION Mosquito Repellent
PALMER’S Cocoa Butter Formula
COOL GIRL Glitter On Me Perfume – adakah ini untuk aku?
NIVEA Hydro Balance Foam
NIVEA Deodorant Extra Whitening Night Cream

K la, nak kuar dengan Fir jap, gi minum minum. Adios….

Monday, June 02, 2008

WATSON’s DINNER 2008



Ari ni production house aku dapat kepercayaan Watson Malaysia untuk perform kat annual dinner dorang untuk staff utara, hepi sangat aku. Actually offer ni dah lama aku dapat tapi ari ni ngan esok la tarikhnya. Konsep dorang Retro hmmm best gak sesekali wat item cam gini so aku prepare lagu Malam Pesta Muda Mudi, One Night Only (btol ke tidak ntah la tajuk dua lagu ni) satu lagu lagi Ku Mahu nyanyian Dato Siti Nurhaliza. Untuk show cam ni aku tak ada collection costume coz show aku banyak tertumpu pada tradisional asli n kontemporari so terpaksa la aku mengeluarkan budget untuk dapatkan set costume baru untuk boys n girls untuk 3 tarian ni hmm tak per la, pikir sebagai pelaburan. Aku dapatkan semuanya kat KL (senangnya nak dapatkan costume di KL) Thanks to Mr Firdaus!

Aku bawak 6 dancers je, past tarian kedua kitaorang dapat offer joint the buffet. Hmm apa lagi, mcm sebulan tak jumpa makanan je semua jadinya. Aku pun hancur! Aduh pas makan cam nyesal la plak (tapi sempat gak aku tapau bawak balik umah, bleh tapau ke buffet? Huhuhu sesekali tak per la kan)

Tapikan tadik masa makan aku ada ingat seseorang la. Hmmm tak per lah, dah takder depan mata nak wat cam ner, aku ingat yang ada depan mata dah la. Makan punya makan sampai semua naik nak termuntah jadiknya padahal ada satu item lagik. Memang makan tak hingat dunia la semua malam tadik.

Esok satu malam lagi nak perform, aku nak amek pic dancer boys plak! Ciao….

1st JUNE 2008 – MAKIN HARI MAKIN BINGUNG

Hari ini yang penat bagi aku, bertolak dari KL jam 1.10am dengan Fir, kitaorang bawak balik keta Cikgu Saiful, Choreografer Kumpulan Kebudayaan Seni Mutiara. Sampai Penang jam 4.30am, pas Subuh aku pengsan. Penat sangat sangat. Jam 8am aku bangung terus siap balik umah,jumpa family aku. Momo dah makin besar tapi kurus la plak aku tengok dia, mayb dalam proses kehilangan bulu coz dalam tahun pertama dia akan hilang bulu sebanyak 3 kali. Makin lincah si Momo ni, tak duduk diam langsung.

Balik umah aku siapkan kertas kerja yang aku kena antar dalam minggu ni, bob datang umah bincang pasal item n pemilihan lagu untuk show esok dan lusa. Petang jam 6pm dorang training sampai kol 10pm, sian aku tengok dorang.

Balik umah aku memang penat sangat sangat. Mandi n nak zzzzzzzzzzz jer tapi ada hal plak yang jadi yang buatkan aku tak faham tapi aku malassssss sangat nak layan manusia yang sekejap cam ni sekejap cam tu seolah tak faham situasi atau sengaja buatkan diri tak faham aku tak tau la. Keadaan tak sama macam dulu,kenapa satu persatu perkara yang dah diselesaikan diungkitkan kembali? Apa sebenarnya yang mahu diketengahkan aku pun tak tahu. Bertanya soalan yang dah ada jawapan, bercakap tentang perkara yang dah jadi nyata. Hmm dah la aku ni banyak nak fikirkan masalah yang tak pernah nak selesai, ada lagi rupanya yang belum ‘selesai’. Yang tahu, hanyalah keluarkan statement dari mulut dan jiwa sendiri kemudian sentap…….sekian SELAMAT MALAM

Aku pun tido coz letih. Banyak keja nak buat esok.

Sunday, June 01, 2008

31th MAY 2008 – WAJAH WAJAH KUALA LUMPUR




Hari ini hari terakhir aku di Kuala Lumpur, dah seminggu aku menjalankan tanggungjawab aku untuk mengacarakan persembahan sempena Pesta Promosi Makanan dan Kebudayaan Pulau Pinang di Legend Hotel, KL. Hmm dalam tempoh seminggu ini, pelbagai perkara yang terjadi. Banyak yang aku kutip untuk dijadikan panduan dan pengalaman dalam idup aku ni. Pelbagai ragam manusia yang aku temui. Selalunya aku akan handle kumpulan penari aku sendiri tapi kali ini berbeza kerana aku bekerja di bawah arahan orang. Kumpulan Kebudayaan Seni Mutiara Pulau Pinang merupakan sebuah kumpulan kebudayaan di bawah Setiausaha Kerajaan Pulau Pinang, bagi aku kumpulan ini punya harapan yang cerah untuk terus berkembang asalkan mereka punya system pengurusan yang baik. Yang pastinya aku dah menjalankan tanggungjawab aku sebaik mungkin, sedih gak nak tinggalkan dorang semua yang dah macam family ni tapi setakat tu saja tempoh kerjasama aku ngan kumpulan ni. Lagipun banyak lagik kerja yang menanti aku kat Penang karang. June akan tiba esok, jadual June aku terlalu penuh hinggakan aku jadik takut nak terus melangkah hmm ntah napa aku masih rasa cam ni walaupun aku dah tempuh bertahun-tahun.

Di sini gak aku kenal ngan kawan-kawan baru as Doc (best giler kenal ngan doc ni, orangnya simple, funny n easygoing hmm kalo sumer orang dalam dunia ni cam gini kan besh), Karl (kawan si Fir yang punya pandangan jauh melangkaui usianya yang masih muda, tengkiu bawak gi makan kat Kampung Baru) ngan Azmir Arif (pendatang baru dalam dunia seni suara, aku pasti dia akan pergi jauh tak lama lagi, korang dengarkan single dia yang berjudul Maafkan Aku kat www.myspace.com/azmirarif)

p/s : banyak kenangan yang buatkan aku ketawa sepanjang di sini, sebenarnya. To Daniel, thanks so much bro! (mungkin u tahu apa sebenarnya…..)