Sunday, August 13, 2006

cerita CHEESE CAKE & PUDING JAGUNG

ALKISAH .....

Aku ni suka sangat makan Cheese Cake, Choc Cake dan Puding Jagung. Aku masih ingat lagi sejak di bangku sekolah menengah lagi aku selalu suka makan Choc Cake yang mak kawan aku buat, sedap sangat sangat dengan choc yang moist sangat, aku ingat lagi masa aku Form 4 aku minta resepi kat mak dia tapi punya la banyak alasan, aku plak bangang sangat time tu, jumpa je mintak resepi, banyak kali pulak tu sampai la abis sekolah menengah aku tak dapat gak resepi. Satu hari aku jumpa resepi tu dalam buku mak aku (mak aku pun ada rupanya!) Hmm sejak itu sampai sekarang aku buat bisnes Choc Cake setiap kali Syawal DAN Choc Cake yang pertama aku nak jual pada Syawal tu aku hadiahkan pada mak kawan aku tu hehehe sendiri rasa la orang kedekut ilmu sangat!

Citer pasal puding jagung plak, akak ipar aku ni suka sangat buat puding jagung kasi kat aku, satu hari tu aku minta la resepi macam mana nak buat puding jagung tu (aku ni memang tabiat, menda yang aku suka makan, aku suka buat sendiri dari beli coz aku rasa mahal sangat!) Akak ipar aku kasi la dan aku pun buat la hehehe ntah kat mana salah, puding tu tak keras keras hehehe sejak tu aku tak penah buat dah! Maleh dan kecewa kot....

Sejak beberapa tahun lepas plak aku minat cheese cake plak, bila kenal ngan Aisye, dia dulu blajar diploma hotel, dia tahu la resepi dan cam ner nak dapatkan cheese cake yang sodap! Hmmm aku penah gak cakap sindir-sindir dia yang aku nak sangat rasa cheese cake dia buat tapi sampai skarang aku tak dapat lagi, aku tak tahu napa dia malas nak buat ke atau dia memang tak der peralatan nak masak cheese cake tu kat umah dia.

Tadi petang aku pegi Giant hehehe jeng jeng jeng, dengan resepi yang aku amek dari internet, resepi Puding Jagung dan Cheese Cake, aku pun menyopping beli bahan-bahan. Sampai je umah aku terus ke dapur, mak tengah goreng cucur cempedak dan aku memulakan operasi, Alhamdulillah sebaik sahaja abis FFM19 kat Astro, aku siap dua jenis pencuci mulut - Puding Jagung dan Cheese Cake hmmmm aku hepi sangat, cubaan kali ni menjadi. Aku ingatkan susah la nak wat dua menda ni. Sodap siot, bukan nak puji la, aku tak sabar nak kasi Aisye rasa esok petang, dia nak datang umah aku antar Nasi Ayam Blackpepper coz mak aku suruh mak dia masak 30 bungkus! Hmm nak wat kenduri kat tempat keja katanya!

Esok, Aisye akan makan menda yang aku wat sendiri. Hmm tak sabar nak tunggu esok!

p/s: Korang kalau nak try resepi tu, contact aku, dijamin senang jer!

Saturday, August 12, 2006

bosan!

aku betul-betul bosan ngan sikap manusia yang ntah apa-apa, tak suka kalau kita buat sesuatu perkara yang tak dapat diterima tapi dorang bleh buat apa saja yang dorang rasa tak salah dorang buat. aku tak akan lupa bila aku dikatakan bangga diri dengan kenyataan yang aku buat, langsungnya aku mohon maaf, mungkin ada yang aku kurang sedar bila bercakap tapi kalau dorang lantang bercakap tentang dorang yang mulakan itu pastu jadi ikutan, bukan bangga diri ke tu? bukan menabik dada ke tu? bila aku tegur langsung sentap! ada ke jenis manusia cam ni? aku bosan btul la, susah la kalau dalam satu relation tu tak bleh nak tegur. lagi satu, kalau tegur, ada plak statement itu ini yang aku perlu anggukkan kepala tanda setuju, akhirnya memang aku anggukkan kepala pun, malas nak ambik pusing, semoga orang ini bahagia dengan hidupnya. moga juga akan ada satu hari nanti, dia sedar tentang apa yang dia jalani dalam idupnya, sekian. wassalam

Friday, August 11, 2006

SUBHANALLAH ....

Ya Allah,

Sesungguhnya aku penat sangat melalui hidup aku. Terlalu banyak dugaan yang datang sehinggakan kadangkala aku jadi jemu, memikirkan apa lagi selepas ini. Aku cuba bawa diri aku seorang, menyepi tanpa ada unsur yang meletakkan diri aku seperti dulu : penuh dengan dunia palsu tapi semua itu masih mengejar aku. Kadangkala aku jadi marah, apa yang mereka mahukan dari diri aku yang sebenarnya sudah lama mereka letakkan di bawah telapak kaki mereka. Apa lagi yang ada untuk mereka rampas, aku sendiri tidak tahu.

Tidak pernahkah mereka sedar bahawa menfitnah itu umpama memakan daging saudara sendiri? Jika aku punya kuasa, mahu rasanya aku jadikan mereka bisu agar mereka terselamat dari dosa-dosa menfitnah, sesungguhnya aku simpati walaupun bergelodak rasa jiwa.

Makin jauh aku lari dari kumpulan manusia itu, makin dekat semua mendatangi. Aku masih diam membisu, menerima. Moga cara ini melenyapkan segala nista. Sesungguhnya aku anggap semua ini adalah secebis dugaan darimu Ya Allah.

Lindungilah aku dari segalanya, aku merayu.

Wednesday, August 02, 2006

secebis H A R A P A N

Tika keheningan aku bagai dibuai
Dinginnya malam yang panjang
Tika kegelapan sayu unggas berdendang
Mengubat hati yang rawan
Bagaikan dinginnya malam yang suram
Begitulah diriku diibaratkan

Dalam kesamaran ku rempuhi ranjau
Biarpun payah ku teruskan
Siapa memandang tidakkan ku hirau
Biarpun pedih ku tahankan
Jamahlah bintang
Beri daku sinaran
Semoga hati ku cekal

Akan ku teruskan walau harus ditelan
Seribu nista di tangan

Terbanglah hai unggas bebas di awan
Agar kan tercapai sinar gemerlapan

Tuhan ku inginkan secebis harapan
Hanya padamu ku serahkan
Apakah kan ada ketulusan jiwa
Yang menilai ku seadanya

Tuhan ku inginkan secebis harapan
Hanya padamu ku serahkan

Tuhan ku inginkan secebis harapan
Ku pasrah padamu Tuhan
Tuhan

Tuesday, August 01, 2006

cerita Sang Augustus

Ogos. Lama benar rasanya aku tak bercerita di sini, semuanya lantaran masa yang terlalu suntuk atau mungkin juga sikap aku yang agak malas bersenam jari di sini. Alhamdulillah, semua program Pesta Promosi Makanan dan Kebudayaan di Seri Pacific berjalan lancar, pihak penganjur berpuas hati, aku pun enjoy gak sepanjang kat sana, keputusannya badan aku bertambah comel sejak pulang dari KL, mana taknya buffet hotel tu tak bleh tahan siot! So skarang ni dalam proses menurunkan semula berat badan aku ni, alahai nyesal plak aku melantak ingat tak ingat masa kat KL. Bab buffet satu hal, hampir setiap hari plak aku menapak gi Bread History kat The Mall tu, roti kat situ sedap sedap belaka! Hmm sabar je la, nasib baik kedai tu tak ada dekat ngan umah aku skarang ni, kalo tak badan aku pun jadi roti la agaknya!

Pengalaman di KL kali ini macam tak dapat dilupakan je, inilah kali pertama usaha aku dengan Aisye, banyak gak rintangan nak abiskan seminggu kat sana tapi Alhamdulillah segalanya berjalan lancar, skarang ni kitaorang tengah susun strategi baru untuk promosi, InsyaAllah segalanya berjalan dengan sempurna, AMIN. Aku akan gunakan segala pengalaman aku sebaik mungkin untuk bangunkan produksi ini walaupun secara kecil-kecilan. Yang paling penting aku ngan Aisye ada usaha untuk itu.

Minggu lepas, kitaorang satu team berkampung di Bukit Bendera untuk jayakan segmen persembahan kebudayaan ari Sabtu ngan Ahad, penat siot. Bukan penat wat show tapi penat naik turun ngan ketapi yang veri the slow tu dengan manusia berhimpit-himpit tu, alahai cam nak pengsan! Ikutkan hati maleh aku nak layan show cam tu tapi penting gak untuk profit!

Aku mulanya nak masukkan sikit pic dancers masa perform kat KL tapi sesuatu yang menyedihkan dah berlaku! Aku ON pc semalam, segalanya dah hilang, segalanya! Semua bahan aku dalam My Documents dan My Pic, cam nak nangis tapi aku skarang banyak tabahkan diri hehehe aku rilex je, aku tengok satu satu mana tahu ada yang masih tersimpan tapi apapun tarak, yang ada hanya koleksi pic Meer (akungantaro.cjb.net). Itu je yang ada, aku sedih btol coz mostly photo dancers semua tu aku dah edit tapi skarang ni pc aku jadik cam baru, aku gi kedai smalam aku tanya nyonya tu aku nak format semula, dia suruh antar ari Rabu plak! Hmmm dugaan sungguh, sempat dia buat lawak, katanya skarang ni Bulan Hantu, mungkin hantu curi aku nyer document n pic sumer tu! Aku pun gelak gelak gelak dengan niat di hati karang dapat la diskon kot! Hehhehe.....

Aku dah nak siap siap ni, karang kol 2.30pm aku ada meeting di Pejabat Daerah untuk program Tahun Melawat Malaysia 2007, InsyaAllah aku nak dapatkan show untuk bahagian Barat Daya ngan Timur Laut, aku pegi karang dengan Aisye. Doakan kitaorang k!